Monday, January 19, 2009

trem

minggu pertama di hannover amat mengujakan bagi aku. first time dapat rasa summer kat negara mat salleh , walaupun lebih kurang kat cameron highlands jer.

rutin setiap hari gi kerja dan balik jam 2.00 pm. benda dalam kilang aku tak boleh citerlah kot pasal "highly confidential". cuma operator-operator mat salleh ni cukup berdisiplin dari segi keje (contoh "work to time" dan tumpuan tinggi pada keje). mengular-mengular ni aku tak nampaklah. dari segi lain aku tengok orang malaysia pun boleh buat sama level dengan dia orang.

habis keje , nak gi mana.. takkan balik kot. awal lagi. aku bawak budak-budak aku pergi town centre "Kropker" dan "Stentor" untuk jalan-jalan. naik tremlah macam biasa. murah dan dapat tengok pemandangan setiap bandar yang kita lalu. trem ni jalan atas jalan raya (atas rail dia sendiri). confirm tak dak jam.

naik trem ni , isnin-jumaat kalu berani tak payah bayar tiket pun tak pa sebab tak ada sapa yang check tiket. bukak je pintu trem tu masuklah. mat salleh ni dah anggap sapa yang naik trem ni mesti bayar tiket , civilised countrylah katakan.

cuma sabtu-ahad jangan buat pasal tak bayar. nanti adalah kena belasah dengan polis german ni. ada inspector ticket atas trem ni yang berpakaian biasa , check tiket. kalu dia check tak dapat tunjuk tiket , nanti dia bawa kau turun dan tu dia satu kereta polis dah tunggu kau kat next station. aku pernah tengok benda ni live , satu mamat ni (macam turki) kena tarik keluar dari trem dan kena belasah kat station sebelum bawak masuk dalam kete polis. sebabnya , tak da tiket .. so aku dah pesan kat budak-budak aku sabtu-ahad sapa yang gatal tak nak beli tiket , korang tidurlah kat balai aku tak nak jamin.

selalunya , sampai town semua berpecah nak jalan sendiri-sendiri. biasanya aku bagi dua jam dan kemudian kumpul balik satu tempat sebelum balik hotel. aku biasa lepak mc-d. makan fish burger jer. pizza hut dan kfc pun ada tapi tak confidence aku nak masuk. shopping mall dia ada , tapi barang-barang mahal giler. aku sempat beli baju anak aku (masa tu umur 2 tahun). 13 euro sehelai. pergh .. tapi pasal nak ada brand " made in germany" kat kolar baju tu aku belilah. tapi sekarang dah entah kat mana wife aku simpan pun aku dah tak hengat.

cuma jam jer murah masa tu. tengah summer sale. aku sempat gi satu butik jam , e-sprit dan casio. murah giler dan ori. aku sempat beli dua tiga biji untuk kakak , abang , ayah dan pak-mertua aku. emak aku , aku belikan kristal (dia memang minat betul). wife aku dapat handbag. aku tak beli apa pun .. tak da benda yang aku minat.

apa pun kat sini ,makan jerlah yang payah. community muslim ada , turki tapi aku tengok pun kena fikir dua kali nak beli ke tak. tulis halal dan jual kebab , tapi dalam kedai bela anjing. cuma aku confidence beli bila pergi satu town (perkampungan turki) kat bandar tu , nama tempat aku dah lupa. siap ada masjid lagi.

itu jer dulu. next time aku sambung.
"auf widersehen"

No comments: