Wednesday, October 29, 2008

Open House

aku beraya kat umah maharnisah kat taman melawati.saja jer aku nak
gi umah dia , cuti-cuti weekend ni tak dak buat apa kat umah.gerak dari shah alam,5.15 pm sampai dah kat maghrib.

land mark untuk sampai umah dia,cari bp petrol station lepas masuk traffic light taman melawati dari zoo negara.terus lagi dari bp station then 1st simpang turn right (ada sekolah taman melawati II).terus jer sampai jalan hujung (bas stand) turn right.terus lagi ada simpang (masjid on right hand side).turn left,terus jer sampai nampak prima court on left hand side (terrer jugak aku cari umah dia tak pakai peta ni,hehehe..main belasah redah jer).

husband dia dan keluarga melayan aku dengan baik (pekena nasi minyak,daging masak kicap,ayam masak pedas,tose etc.).maharnisah masih macam dulu jugak tak besar-besar (tinggi tu jer,jangan marah haa..).adik dia aku tengok lebih tinggi dari dia.family dia (+ sebelah husband)berkumpul petang tu kat umah dia.aku tumpang menyibuk jer dengan hero aku.aku borak dengan emak nisah dan hubby dia (coz nisah malu-malu jer nak sembang dengan aku),sebelum makan tu.

aku ingat nak snap gambar family dia (camera dah bawak tuu..),segan pulak coz ramee sangat orang kat umah dia.last-last aku gerak balik,7.50 pm (jiran-jiran dia pun dah start datang beraya).

husband nisah bukak pasar mini kat area-area situ.anak-anak dia 4 orang semua (terrer
menyanyi yang kakaknya tu..).

aku sampai shah alam 9.30pm,siap lebih kurang tidur (tak sempat blogging,wife aku pakai internet siapkan tesis dia).itu saja.

Sunday, October 26, 2008

Movies 80's













Cartoon 80's













kartun-kartun kat atas aku rasa relevan hanya masa zaman kita jer kot..

aku rasa budak-budak sekarang ni lebih kenal PS3 dari kartun-kartun ini semua.macam mana dengan anak-anak korang?

Retro 80's





















Siapa pernah melalui zaman 80an? sila angkat tangan.
retro tu...bro

kita membesar dengan menonton kartun G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks & Mickey Mouse. takkan lupa pulak Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan?

internet? email? ape ke bendanya tu ..? CD? sidi oraza kenallah..pelakon 90an.kaset, tape macam kartridge tu penah laa dgr..

tiket wayang pun 5 ringgit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia.

bila dah habis exam, bawak game board ke sekolah.main Monopoly, kad Donkey,Happy Family dan lain-lain dalam class. tapi bunyi loceng laa yang paling best sekali...rehat

permainan kegemaran, main guli, penutup botol, teng-teng,galah panjang/o-rung,Coca Cola (sekarang baru sebut coke), ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…

hmmm..ni pun kita main dulu ni. main baling-baling kapur laa. hmm …budak-budak sekarang,bagi dia orang , mana pernah dengar lagu ’We Are the World, We Are the Children…’dan lagu ‘Uptown Girl’ yang dia orang tau,yang cover version Westlife nyanyi….bukan Billy Joel nyanyi… bagi kumpulan ini ada satu je Jerman kat dunia ni,dan ada satu je Vietnam.

drama opah (lakonan aziz m.osman sebagai burn dan budak bob tu),buck rogers,oshin,battlestar galactica semua pernah hadir dalm hidup kita.

CD sekarang baru ada. Michael Jackson dah putih dah time tu. Kalu filem ,Spiderman dgn Incredible Hulk tu dianggap filem2 baru. tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Atari’ dan ‘Game & Watch’...Aku rasa kena kasi dia orang ni semua tuition dulu.tak percaya pernah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.

pernah budak-budak sekarang terfikir macam mana kita semua boleh survive masa exam tanpa handphone yang canggih-canggih.

untuk refresh balik , aku add apa-apa yang berkenaan dengan masa zaman 80's dulu.
khas untuk tatapan "yeop-yeop dan yong-yong" sekalian.

Saturday, October 25, 2008

Jejak Ke-5

aku dapat kesan maharnisah pada jam 11.30 am. beliau bertugas sebagai guru di sk taman melawati II.berkeluarga dan mempunyai 4 cahaya mata.ada dalam 5 minit aku dapat bercakap dengan dia,coz dia mengajar sebelah petang.aku call siang-siang ni (walau terpaksa curi sikit masa keje aku,sementara tunggu meeting office aku start ..hehehehe) sebab tak nak mengganggu korang semua pada waktu malam. untuk budak pompuan,takut laki korang suspect aku bukan-bukan pulak.yang budak laki-laki tu oklah kot ...tak da hal punya.

penjejakan (betul ke bahasa aku ni..)aku yang seterusnya,lily zarina di klang,selangor.

Friday, October 24, 2008

Badminton


Aku joint team badminton sekolah 1986 under cikgu shaharudin.aku berpeluang jugak untuk ikut dia pergi training kat dewan orang ramai padang tenggala (ikut dia naik motor dia) . Itu pun masa dia jadi pengadil bila lawan antara sekolah. Sebelum game start dia training dulu dengan aku dalam 30 minit.

Lepas tu aku dok tepi court jadi linesman.
Masa tu dewan badminton mdpt kat kampung padang bola belum ada lagi
Team badminton sekolah dulu di ketuai oleh ahmad zawawie (awie) –first single ,shahriman (aku lah..)-second single ,khairuddin-third single ,fairuz azura & azamil-first double dan shahriman & ismail-second double.

Kalu ikut line up team ni memang kuat.single memang awie susah nak dikalahkan (sebab dia pukul bola jauh sampai ke baseline). aku punya expertise is on pukulan sideline cross court dan khairudin , menggunakan kelebihan tinggi badan dia untuk ketuk smash. aku pun dapat kalahkan awie sekali saja masa latihan. Kiranya aku dan khairudin sama level lah (awie one step above).

Double sama kuat (masa tu jenis main depan-belakang) tak lagi kiri-kanan. Kita punya tempat training kat badminton court blok b. masa tournament dapat takat first round jer.kalah dengan sk bota kanan 3-2.

Mengejutkan , first game awie kalah 3 set (aku tengok dia temper jer main petang tu..tak macam biasa). Jangan-jangan sk bota pakai bomoh lagi kot .. aku sambung second game menang 2 set .third game khairudin kalah 2 set (banyak smash sangkut kat jaring).

First double kalah 3 set.
Second double menang (main satu set jer.. pasal dah confirm pun sk bota qualify for next round. bagi chance ismail pegang reket jer main).
Team badminton pompuan aku tak berapa ingat.yang aku ingat narimah is one of the player. Yang lain tu , kalu ada sapa-sapa ingat tolong remindkan aku yer…

Time tu aku main pakai reket yonex (ada lagi aku simpan kat umah,sebagai bahan sejarah).
Frust betul aku sebab tak dapat go to the next round. Nak buat macam mana team competition,kena terimalah.

Aku dengar tahun 1987 , format tournament badminton ni dibuat secara terbuka pulak. depa dapat merasa main kat dewan mdpt parit buat pertama kali.

Zairul hisham (budak tahun 5) aku dengar dapat sampai peringkat suku akhir.
Masa tu champion budak sekolah chung hwa parit (rendah jer dia,tapi gaya dia main macam yang-yang, ex-china badminton player).

Dia selalu training kat padang mdpt. aku dapat sekali merasa “bertarung“ dengan dia,selepas perlawanan di atur oleh budak-budak yang selalu main kat dewan tu (sebab tak ada budak kat situ yang dapat kalahkan dia lagi).

aku lawan dengan dia satu set jet. alhamdulillah aku berjaya menumbangkan dia (lepas tu tiba-tiba jer dia kata tak nak main dah..takut ker).apa pun aku puas sebab dapat kalahkan “champion parit” sebelum aku meninggalkan pekan parit (aku tukar sekolah).

aku punya idola masa tu ialah hastomo arbi (ex-indonesian player).

majulah sukan untuk negara

Wednesday, October 22, 2008

Kalah Memang Tensen





Tahun 1986 srk iskandar shah masuk lagi tournament ni.selepas jadi juara tahun 1985,kami disebut-sebut sebagai favourite untuk pertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Sebagai langkah awal untuk mempertahankan kejuaraan,cikgu nazri membuat rombakan dalam skuad terdahulu. Beberapa pemain muda (chewah..ayat aku) dari tahun 5 di bawa masuk kedalam skuad sekolah.antara yang menyertai kami ialah ahmad zawawie (awie),shahrul azlan (aeen) ,zairul hisham, azamil dan mohd khairi (budak tanjung belanja). Pertukaran posisi juga dilakukan kepada beberapa pemain seperti khir ditukar kepada bek kanan dari penyerang tengah dan penjaga gawang di kawal oleh awie menggantikan meor nasaruddin.

Skuad utama 1986 : penjaga gol : ahmad zawawie pertahanan : khairil azam , azamil , maswani ,khir
midfield : khairudin , syamsul (chom) penyerang : zairul , shahrul azlan , nor azman ,
shahriman strategi : 4-2-4
warna jersi : home – orange away - merah

sewaktu perlawanan persahabatan,skuad ini” meratah” jiran kita (sk parit 6-0).barisan penyerang kali ini memang yang terbaik aku rasa pernah dilahirkan oleh srk iskandar shah (sepanjang 6 tahun aku sekolah kat sini).

Bayangkan dalam perlawanan awal kumpulan,kami jadikan lauk sekolah layang-layang kanan 6-2 dan sk parit 6-0 (kalu tak silap aku).dengan barisan pertahanan yang kental diketuai oleh kete kebal (khairil azam) berpasangan dengan azamil (never say die..sepak bola hujung kaki dia pergi macam peluru ),pantang bola lekat di kaki lawan pasti kena gomol jawabnya player lawan.

tak lupa kepada khir dan maswani (cukup pederas kalu lari) yang sentiasa buat overlap ke atas membantu jentera serangan melalui bahagian sayap kiri dan kanan.

Penjaga gawang..tak payah diperkenalkan lagi..dengan aksi stunt dia terbang menggagalkan serangan lawan (teringat aku pada bruce grobbler ,ex-keeper Liverpool). memang keeper kami ini cukup disegani dan jadi bualan pihak lawan.

midfielder ,khairudin still our kapten cukup tahan lasak.dia turun naik bantu semua bahagian dalam pasukan.di mana ada bola di situ dia ada.sepanjang perlawanan berlangsung langsung tak tunjuk rasa penat (kaptenlah katakan),syamsul (chom,anak pak din) cukup klasik.dia tak banyak berlari atas padang (sebab tubuh berisi sikit),. tapi gaya dia semasa melakukan lorongan bola kepada striker cukup mengkagumkan mengingatkan aku kepada john barnes (ex-liverpool player).cukup padu dan berbisa sepakannya ke gawang lawan (one of our regular scorer jugak).pakar free kick luar kotak penalti.

talking about our strikers ..well.zairul dan aeen silih berganti mengegarkan jaring gol lawan (tak silap aku zairul kami punya top scorer dulu). keduanya ada cukup package sebagai twin striker ( kuat lari dan agresif sewaktu bola di kaki) walau tubuh tak tinggi mana pun. norazman kelebihan dia waktu turn body masa dapat bola (sebijik macam aksi ronaldinho)dan boleh sepak guna kedua-dua kaki kiri dan kanan. shahriman walau tak kuat lari , tapi aku punya masterpiece is hantar/silang bola kepada scorer ngam-ngam ikut word class punya spec (tak ada plus minus punya) dan free kick taker, “ bend it like beckham”.

Selain tu,super-sub kami tun mohd asri dan pemain simpanan lain seperti fairuz azura,mohd khairi,meor nasaruddin juga tidak kurang hebatnya dan lain-lain player yang aku tak dapat recall balik (minta maaf yer ..)
tahniah kepada cikgu nazri .cukup package team kali ini pantas dan agresif.susah nak jumpa team macam ni walau seribu tahun lagi.

aku rasa team kali ni macam Real Madrid pulak sebab semuanya star-star belaka.

Di separuh akhir,kami tumpaskan sekolah rendah pasir gajah 3-2 (lawan kat padang mdpt,parit). Malang menimpa di peringkat akhir , kami tumpas kepada sekolah rendah bota kiri,dengan keputusan 1-0 (gol di 5 minit terakhir sebelum masa perlawanan berakhir. perlawanan berlangsung di sekolah rendah sri kaya,bota kiri (lihat gambar di sebelah).ada orang kata sekolah bota ni main jampi,sebab masa half time ada orang tua pakai kain pelikat lilit di kepala perasap kemiyan di garisan tengah padang.entahlah ..susah aku nak percaya benda-benda macam ni. benda dah lepas. kalu tak aku report kat FAM dulu.

tapi post match punya sembang,ramai complaint (termasuk aku),rasa berat je kaki nak tendang bola dan rasa penat sangat walaupun kami dah biasa main waktu petang (tengah panas terik) masa kat parit. apa pun,lepas game cikgu nazri bawak kami semua makan mee goreng kat pekan bota kanan.sayang sekali kami tak dapat kami meneruskan perjuangan seterusnya untuk bertarung antara daerah pulak.

apa pun aku salut kepada semua player dalam pasukan ini sebab meneruskan tradisi kesinambungan sekolah sebagai “gergasi bola sepak daerah perak tengah”.
well done boys

shahriman “mc manaman”
jersi nombor 7

Jangan Pandang Tepi : Yang Lemah Semangat Jangan MASUK




pengalaman kedua aku jumpa momok (maksud:hantu dalam bahasa jawa) adalah di malam yang sama jugak (sambung citer sebelum ni).
jam 4.20 am. aku lalu satu jalan di antara bandar felda neram dan bandar al-muktakabbillah (apasal lah kat terengganu ni senang sangat jumpa hantu).

aku ikut jalan belakang (shortcut), bukan ikut jalan tepi pantai pasal kelam kabut lepas terjumpa benda tu tadi kat bukit goh,kuantan.

masa kete aku nak panjat satu bukit (rujuk gambar di sebelah), adalah satu motor ni lalu tepi kete aku.pelik jugak aku “ape ke he nya yeop” ni malam-malam bute ni naik motor.tak reti nak tidur kat umah ke,kata aku dalam hati. kete aku naik slow je (bukitlah katakan).masa aku overtake motor dia,aku sempat jeling ke tepi tingkap (masa tu wife aku dah tidur). guess what … jeng!jeng!jeng!

pakcik yang naik motor tu (sebab aku nampak jelas tubuh badan dia macam orang tua) ,pakai selipar jepun,baju kemeja lengan panjang warna biru,seluar khaki warna kelabu dan tak pakai helmet—muka dia totally flat .. maksudnya muka dia tak ada rupa (mata ,mulut hidung semua tak ada).berderau darah aku..aircond dalam kete pun aku tak rasa sejuknya.berpeluh aku dibuatnya. apa lagi akupun pecut habis.masa tu tak ingat accident ker apa ker.yang aku ingat nak cepat sampai next town sebelum stop. sepanjang jalan tu, kete aku solo jer tak ada pulak kete dari arah yang sama atau arah berlawanan yang ada kat jalan masa tu (depa dah pakat kot dengan hantu ni..nak kacau aku malam tu..cinabeng betul).

last sekali aku sampai kat bandar al-muktakabillah ni,stop kat masjid. masa tu around 5.00 am.malangnya masjid dia gelap gulita.bengang betul aku.nak tunggu kat masjid,takut nanti orang bandar tu suspect aku nak pecah masuk curi duit tabung masjid pulak karang.

aku cakap kat wife aku.tak kira apa jadi aku nak redah jer sampai bandar dungun (45 minit dari situ).aku siap pasang radio kuat-kuat (tapi pelik , anak aku boleh tak jaga pulak..walaupun bising dalam kete). alhamdulillah,selamat semuanya (tima kasih untuk wife aku, coz turut berjaga kat sebelah,teman aku).aku sampai dungun 6.20 am.

david teoh kalu nak buat citer hantu lagi,bolehlah jumpa aku untuk buat skrip terbaru citer hantu dia “Jangan Pandang Tepi”.


lain-lain tempat yang kena hati-hati:
1. lebuh raya pantai timur (di antara maran-paya bungor,pahang)-lembaga melambai di tepi jalan (pada satu laluan lurus) atau lembaga ni tiba-tiba melintas jalan dalam keadaan kabus melitupi jalan. waktu bila kena? waktu malamlah..takkan pukul 3.00 pm pulak.

2. simpang masuk ke jalan ke bandar pusat jengka (dekat petrol station Caltex). ikut jalan lama.kenderaan tiba-tiba terasa berat (walaupun tekan minyak) semasa melintasi kawasan ni. akan beransur-ansur balik ke keadaan normal selepas beberapa ketika.
tips yang aku boleh bagi : bawa kete terus cari tempat yang terang dengan lampu atau ada orang berkumpul.hentikan kete kejap,buka pintu (kononnya nak bagi benda tu keluar). cakap di persilakan keluar ,aku nak gerak ni. aku tak kacau kau dan aku pun tak jemput kau naik kete aku. kemudian teruskan perjalanan,insyallah ok. pengalaman ni budak kilang aku pun ada kena,tapi dia kena masa naik motor untuk balik kampung.

3. kawasan R&R nilai , arah selatan. filem a.razak mohaidien (7 perhentian) sedikit sebanyak cilok idea dari citer ni (dulu lagi masa 90an). seorang perempuan mintak tumpang kete kat kawasan ni (kenapa kalu citer hantu jer,mesti libatkan perempuan .. ) untuk ke selatan dengan alasan ketenya rosak. tapi mamat yang selalu kena ni jenis tak sedar.orang lain tak nampak perempuan ni,dia sorang saja nampak. tengah jalan,perempuan ni akan terus hilang dari dalam kete (duduk belakang).

4. jalan lama antara jasin-merlimau (lepas keluar tol jasin, lipat kajang). dua senario. pertama,ada lembaga putih duduk mencangkung kat jambatan (kiri kanan ladang getah).jalan ni memang sunyi dan gelap tak ada lampu jalan.. kedua, ada lembaga putih berdiri tengah jalan,di antara selekoh-selekoh tajam tu.

aku citer ni bukan nak takut-takutkan korang. korang nak percaya ke tak , terpulang .. cuma hati-hati. itulah gunanya ada kawan-kawan. “prevention better than cure”

shahriman

Monday, October 20, 2008

Kenangan Kampung Padang Bola



gambar menceritakan segalanya.

shahriman

We Are The Champion : Pasukan Bola Sepak 1985




aku ingat lagi team bola sekolah kita masa tahun ni.untuk pasukan darjah 5 , lepas peperiksaan penilaian darjah 5 ada tournament daerah perak tengah.coach sapa lagi kalu tak cikgu nazri-the special one (macam jose maurinho jer..hehehe). aku ingat sikit2 jer player semua ni.

team player : goal keeper-meor nasaruddin , defender-khairil azam,maswani,noraj,khairudin (kapten), midfield-syamsul anuar (chom), striker-mohd khir,norazman (left winger),shahriman mac "manaman"(akulah.sapa lagi, right winger),ismail (winger),fairuz azura (winger),tun mohd asri ..lupe dah teman bebudak lain..ada lagi ni.

apa pun kami juara masa tahun 1985 ni.kalahkan sekolah bota kanan tak silap aku (3-2).
final hari sabtu jam 8.30 am kat padang MDPT.masa tu main kaki ayam jer (pakai shin guard kat kaki).

aku cukup resepect dengan cikgu nazri pasal strategi football dia.masa time ni tengah seri 2-2 (extra time).dia masukkan tun mohd asri (anak dia,tapi bukannya cronisme yer..) sebagai super-sub striker.tun ni jenis kuat lari dan sebagai pengacau depan pintu gol lawan (abah dia dah inform awal tu).

yang aku ingat budak2 semua menjerit (termasuk awek2) tepi padang cakap gol....lepas corner kick dari norazman dari sebelah kiri terus ke depan goal post ,dan tun menyelit ditengah-tengah kesibukan depan goal post untuk mengelirukan tumpuan penjaga gawang lawan (kau tolak goal keeper tu yer tun..aku nampak..heheehehe.tak pa dimaafkan ini bukannya world cup pun).dan disepak masuk oleh player kita ke dalam jaring (sapa score aku tak ingat).punyalah gamat pagi tu kat padang,crowd pun ramai datang menyokong srk iskandar shah parit unuk bergelar champion daerah perak tengah.

sebagai reward menang,cikgu nazri belanja satu team makan mee hailam dan abc kat kedai tepi sungai dekat kedai buku rs adam.punyalah seronok masa tu.

hari isninnya kat sekolah masa perhimpunan kat blok b,semua football player diberi penghormatan khas daripada guru untuk keluar beratur depan murid-murid semua dari darjah 1 sehingga darjah 6. punyalah bangga giler masa tu.masa sebut nama sorang2 tu malu pun ada (yelah..jadi macam hero penyelamat sekolah pulak..).budak-budaklah katakan.

lepas tu dapat makan free lagi kat kantin sekolah,guru besar pulak belanja.
terima kasih cikgu.

shahriman

Tips Memandu Waktu Malam







saja jer nak kongsi dengan korang, terutamanya yang selalu berjalan jauh terutama waktu malam.
aku ada banyak pengalaman memandu malam,nanti aku update session ni esok.saja jer nak kasi suspense dulu.
ingat , jangan pandang belakang...hohohoho...

shahriman

aku tak tahu korang semua percaya ke tak..citer hantu-hantu ni.
untuk budak perempuan yang hubby korang jenis suka travel malam-malam,lepas ni kena fikir dulu kalu nak gerak.tak pun dok umah jer,tak payah nak keluar-keluar malam.teman korang kat umah lagi dapat pahala.budak laki-laki pandai-pandailah korang.

kalu gi kuala terengganu (KT) berhati-hati pada dua tempat ni (ini citer betul aku pernah kena).
ikut lebuhraya pantai timur nak ke kuantan (keluar tol bukit goh),itulah highway paling ujung sekali coz yang lain hanya siap 2010.

masa tu tahun 2004 (lepas cuti raya haji tak silap aku) aku stop kat sini (kawasan rehat tol) jam 3.00 am (mengantuk sangat).tak da sapa pun masa tu (sebiji haram kete pun tak da).aku dengan wife dan hero aku jer.tengah tidur2 ayam tu,tiba-tiba tingkap cermin kena ketuk (aku ringkaskan jerlah yer).muncul lembaga wanita india berpakaian ala penoreh getah sedang memandang ke dalam kete aku (dia ketuk sebelah tingkap wife aku). pertama kali,aku tengah mamai buat derk jerlah.few minutes later muncul lagi lembaga ni kat tingkap..wife aku punya takut kejutkan aku dan aku pun nampak wajah sama dalam samar kabus pagi tu.

pelik tiba2 jer kawasan kami park kete tu penuh kabus (pada hal masa stop tadi tak da pun).aku pun apa lagi pecutlah terus dengan kelajuan 110 km sejam (masih ikut peraturan polis) ikut jalan masuk ke felda jerangau jabor untuk ke KT. tak bercakap langsung aku dengan wife aku dalam kete.kat laluan ni pun aku jumpa hantu jugak (malang betul aku .. satu malam jumpa sampai dua hantu). nanti aku sambung.
tapi aku rasa betul jugak pengalaman aku dan wife aku tu ,coz office mate wife aku pun terkena jugak sekitar tahun lepas dalam jam 1.00 pagi kat tempat sama.

no further comment.

Gambar Aku Dulu-Dulu



tengok jer..jangan gelak-gelak.
gambar ni masa umur aku 13 tahun ..
ada macam yusri kru tak..


shahriman

Parit Dalam Kenangan






inilah beberapa imej pekan parit yang sempat aku goggle dalam internet.
yang dah tak dok kat pekan parit lagi , harap gambar ini dapat mengimbau kembali nostalgia kenangan lalu.

Daerah Parit telah mendapat nama Parit daripada tercetusnya serangan Siam. Pada ketika itu Parit telah dibina untuk mengelakkan serangan dan merupakan kubu bagi kerajaan Perak.

Kemungkinan pada ketika itu ilham untuk memberi nama kawasan Daerah Parit datang kerana terdapat sebuah parit yang dibina di sekitar kubu.

Di percayai juga kawasan Parit merupakan kawasan penempatan awal penduduk di Perak dan juga penduduk asal kawasan Perak Tengah. Ini kerana jika anda ingin mencari penduduk awal negeri Perak anda boleh menjumpainya di Daerah Parit.

Di pekan Parit terdapat satu tugu peringatan (jam besar) merupakan tugu peringatan sempena kemerdekaan dan dibina pada 1957. Ia dibina dari derma warga tempatan.

Mengikut sumber dari penghulu Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit.

Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan orang Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal wujud di tebing Sungai Perak.

Penduduk awal di Daerah Parit berjumlah di dalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke Semenanjung Malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

shahriman

Super Hero










aku saja nak tulis pasal tajuk ni. korang ingat lagi hero-hero korang zaman kanak-kanak dulu.

kalu tak ingat mai aku tolong refresh balik ingatan korang.untuk budak pompuan aku tak berapa ingat kartun apa yang dia orang tengok..she-ra,jem ... entahlah.

bila ingatkan balik zaman dulu-dulu memang best, ingat main jer.tak payah nak pening kepala fikir pasal keje,hutang nak bayar sana sini dan macam-macam lagilah yang orang besar kena buat.



kalu sekarang aku boleh jadi super hero , apa yang best haa..
cicakman pun ok jugak..sebab dapat selamatkan fasha sandha ..hehehehe.
jangan marah.