Wednesday, October 22, 2008

Kalah Memang Tensen





Tahun 1986 srk iskandar shah masuk lagi tournament ni.selepas jadi juara tahun 1985,kami disebut-sebut sebagai favourite untuk pertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Sebagai langkah awal untuk mempertahankan kejuaraan,cikgu nazri membuat rombakan dalam skuad terdahulu. Beberapa pemain muda (chewah..ayat aku) dari tahun 5 di bawa masuk kedalam skuad sekolah.antara yang menyertai kami ialah ahmad zawawie (awie),shahrul azlan (aeen) ,zairul hisham, azamil dan mohd khairi (budak tanjung belanja). Pertukaran posisi juga dilakukan kepada beberapa pemain seperti khir ditukar kepada bek kanan dari penyerang tengah dan penjaga gawang di kawal oleh awie menggantikan meor nasaruddin.

Skuad utama 1986 : penjaga gol : ahmad zawawie pertahanan : khairil azam , azamil , maswani ,khir
midfield : khairudin , syamsul (chom) penyerang : zairul , shahrul azlan , nor azman ,
shahriman strategi : 4-2-4
warna jersi : home – orange away - merah

sewaktu perlawanan persahabatan,skuad ini” meratah” jiran kita (sk parit 6-0).barisan penyerang kali ini memang yang terbaik aku rasa pernah dilahirkan oleh srk iskandar shah (sepanjang 6 tahun aku sekolah kat sini).

Bayangkan dalam perlawanan awal kumpulan,kami jadikan lauk sekolah layang-layang kanan 6-2 dan sk parit 6-0 (kalu tak silap aku).dengan barisan pertahanan yang kental diketuai oleh kete kebal (khairil azam) berpasangan dengan azamil (never say die..sepak bola hujung kaki dia pergi macam peluru ),pantang bola lekat di kaki lawan pasti kena gomol jawabnya player lawan.

tak lupa kepada khir dan maswani (cukup pederas kalu lari) yang sentiasa buat overlap ke atas membantu jentera serangan melalui bahagian sayap kiri dan kanan.

Penjaga gawang..tak payah diperkenalkan lagi..dengan aksi stunt dia terbang menggagalkan serangan lawan (teringat aku pada bruce grobbler ,ex-keeper Liverpool). memang keeper kami ini cukup disegani dan jadi bualan pihak lawan.

midfielder ,khairudin still our kapten cukup tahan lasak.dia turun naik bantu semua bahagian dalam pasukan.di mana ada bola di situ dia ada.sepanjang perlawanan berlangsung langsung tak tunjuk rasa penat (kaptenlah katakan),syamsul (chom,anak pak din) cukup klasik.dia tak banyak berlari atas padang (sebab tubuh berisi sikit),. tapi gaya dia semasa melakukan lorongan bola kepada striker cukup mengkagumkan mengingatkan aku kepada john barnes (ex-liverpool player).cukup padu dan berbisa sepakannya ke gawang lawan (one of our regular scorer jugak).pakar free kick luar kotak penalti.

talking about our strikers ..well.zairul dan aeen silih berganti mengegarkan jaring gol lawan (tak silap aku zairul kami punya top scorer dulu). keduanya ada cukup package sebagai twin striker ( kuat lari dan agresif sewaktu bola di kaki) walau tubuh tak tinggi mana pun. norazman kelebihan dia waktu turn body masa dapat bola (sebijik macam aksi ronaldinho)dan boleh sepak guna kedua-dua kaki kiri dan kanan. shahriman walau tak kuat lari , tapi aku punya masterpiece is hantar/silang bola kepada scorer ngam-ngam ikut word class punya spec (tak ada plus minus punya) dan free kick taker, “ bend it like beckham”.

Selain tu,super-sub kami tun mohd asri dan pemain simpanan lain seperti fairuz azura,mohd khairi,meor nasaruddin juga tidak kurang hebatnya dan lain-lain player yang aku tak dapat recall balik (minta maaf yer ..)
tahniah kepada cikgu nazri .cukup package team kali ini pantas dan agresif.susah nak jumpa team macam ni walau seribu tahun lagi.

aku rasa team kali ni macam Real Madrid pulak sebab semuanya star-star belaka.

Di separuh akhir,kami tumpaskan sekolah rendah pasir gajah 3-2 (lawan kat padang mdpt,parit). Malang menimpa di peringkat akhir , kami tumpas kepada sekolah rendah bota kiri,dengan keputusan 1-0 (gol di 5 minit terakhir sebelum masa perlawanan berakhir. perlawanan berlangsung di sekolah rendah sri kaya,bota kiri (lihat gambar di sebelah).ada orang kata sekolah bota ni main jampi,sebab masa half time ada orang tua pakai kain pelikat lilit di kepala perasap kemiyan di garisan tengah padang.entahlah ..susah aku nak percaya benda-benda macam ni. benda dah lepas. kalu tak aku report kat FAM dulu.

tapi post match punya sembang,ramai complaint (termasuk aku),rasa berat je kaki nak tendang bola dan rasa penat sangat walaupun kami dah biasa main waktu petang (tengah panas terik) masa kat parit. apa pun,lepas game cikgu nazri bawak kami semua makan mee goreng kat pekan bota kanan.sayang sekali kami tak dapat kami meneruskan perjuangan seterusnya untuk bertarung antara daerah pulak.

apa pun aku salut kepada semua player dalam pasukan ini sebab meneruskan tradisi kesinambungan sekolah sebagai “gergasi bola sepak daerah perak tengah”.
well done boys

shahriman “mc manaman”
jersi nombor 7

No comments: