Friday, October 24, 2008

Badminton


Aku joint team badminton sekolah 1986 under cikgu shaharudin.aku berpeluang jugak untuk ikut dia pergi training kat dewan orang ramai padang tenggala (ikut dia naik motor dia) . Itu pun masa dia jadi pengadil bila lawan antara sekolah. Sebelum game start dia training dulu dengan aku dalam 30 minit.

Lepas tu aku dok tepi court jadi linesman.
Masa tu dewan badminton mdpt kat kampung padang bola belum ada lagi
Team badminton sekolah dulu di ketuai oleh ahmad zawawie (awie) –first single ,shahriman (aku lah..)-second single ,khairuddin-third single ,fairuz azura & azamil-first double dan shahriman & ismail-second double.

Kalu ikut line up team ni memang kuat.single memang awie susah nak dikalahkan (sebab dia pukul bola jauh sampai ke baseline). aku punya expertise is on pukulan sideline cross court dan khairudin , menggunakan kelebihan tinggi badan dia untuk ketuk smash. aku pun dapat kalahkan awie sekali saja masa latihan. Kiranya aku dan khairudin sama level lah (awie one step above).

Double sama kuat (masa tu jenis main depan-belakang) tak lagi kiri-kanan. Kita punya tempat training kat badminton court blok b. masa tournament dapat takat first round jer.kalah dengan sk bota kanan 3-2.

Mengejutkan , first game awie kalah 3 set (aku tengok dia temper jer main petang tu..tak macam biasa). Jangan-jangan sk bota pakai bomoh lagi kot .. aku sambung second game menang 2 set .third game khairudin kalah 2 set (banyak smash sangkut kat jaring).

First double kalah 3 set.
Second double menang (main satu set jer.. pasal dah confirm pun sk bota qualify for next round. bagi chance ismail pegang reket jer main).
Team badminton pompuan aku tak berapa ingat.yang aku ingat narimah is one of the player. Yang lain tu , kalu ada sapa-sapa ingat tolong remindkan aku yer…

Time tu aku main pakai reket yonex (ada lagi aku simpan kat umah,sebagai bahan sejarah).
Frust betul aku sebab tak dapat go to the next round. Nak buat macam mana team competition,kena terimalah.

Aku dengar tahun 1987 , format tournament badminton ni dibuat secara terbuka pulak. depa dapat merasa main kat dewan mdpt parit buat pertama kali.

Zairul hisham (budak tahun 5) aku dengar dapat sampai peringkat suku akhir.
Masa tu champion budak sekolah chung hwa parit (rendah jer dia,tapi gaya dia main macam yang-yang, ex-china badminton player).

Dia selalu training kat padang mdpt. aku dapat sekali merasa “bertarung“ dengan dia,selepas perlawanan di atur oleh budak-budak yang selalu main kat dewan tu (sebab tak ada budak kat situ yang dapat kalahkan dia lagi).

aku lawan dengan dia satu set jet. alhamdulillah aku berjaya menumbangkan dia (lepas tu tiba-tiba jer dia kata tak nak main dah..takut ker).apa pun aku puas sebab dapat kalahkan “champion parit” sebelum aku meninggalkan pekan parit (aku tukar sekolah).

aku punya idola masa tu ialah hastomo arbi (ex-indonesian player).

majulah sukan untuk negara

No comments: