Sunday, October 26, 2008

Retro 80's





















Siapa pernah melalui zaman 80an? sila angkat tangan.
retro tu...bro

kita membesar dengan menonton kartun G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks & Mickey Mouse. takkan lupa pulak Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan?

internet? email? ape ke bendanya tu ..? CD? sidi oraza kenallah..pelakon 90an.kaset, tape macam kartridge tu penah laa dgr..

tiket wayang pun 5 ringgit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia.

bila dah habis exam, bawak game board ke sekolah.main Monopoly, kad Donkey,Happy Family dan lain-lain dalam class. tapi bunyi loceng laa yang paling best sekali...rehat

permainan kegemaran, main guli, penutup botol, teng-teng,galah panjang/o-rung,Coca Cola (sekarang baru sebut coke), ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…

hmmm..ni pun kita main dulu ni. main baling-baling kapur laa. hmm …budak-budak sekarang,bagi dia orang , mana pernah dengar lagu ’We Are the World, We Are the Children…’dan lagu ‘Uptown Girl’ yang dia orang tau,yang cover version Westlife nyanyi….bukan Billy Joel nyanyi… bagi kumpulan ini ada satu je Jerman kat dunia ni,dan ada satu je Vietnam.

drama opah (lakonan aziz m.osman sebagai burn dan budak bob tu),buck rogers,oshin,battlestar galactica semua pernah hadir dalm hidup kita.

CD sekarang baru ada. Michael Jackson dah putih dah time tu. Kalu filem ,Spiderman dgn Incredible Hulk tu dianggap filem2 baru. tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Atari’ dan ‘Game & Watch’...Aku rasa kena kasi dia orang ni semua tuition dulu.tak percaya pernah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.

pernah budak-budak sekarang terfikir macam mana kita semua boleh survive masa exam tanpa handphone yang canggih-canggih.

untuk refresh balik , aku add apa-apa yang berkenaan dengan masa zaman 80's dulu.
khas untuk tatapan "yeop-yeop dan yong-yong" sekalian.

No comments: