Monday, October 20, 2008

Parit Dalam Kenangan






inilah beberapa imej pekan parit yang sempat aku goggle dalam internet.
yang dah tak dok kat pekan parit lagi , harap gambar ini dapat mengimbau kembali nostalgia kenangan lalu.

Daerah Parit telah mendapat nama Parit daripada tercetusnya serangan Siam. Pada ketika itu Parit telah dibina untuk mengelakkan serangan dan merupakan kubu bagi kerajaan Perak.

Kemungkinan pada ketika itu ilham untuk memberi nama kawasan Daerah Parit datang kerana terdapat sebuah parit yang dibina di sekitar kubu.

Di percayai juga kawasan Parit merupakan kawasan penempatan awal penduduk di Perak dan juga penduduk asal kawasan Perak Tengah. Ini kerana jika anda ingin mencari penduduk awal negeri Perak anda boleh menjumpainya di Daerah Parit.

Di pekan Parit terdapat satu tugu peringatan (jam besar) merupakan tugu peringatan sempena kemerdekaan dan dibina pada 1957. Ia dibina dari derma warga tempatan.

Mengikut sumber dari penghulu Daerah Parit, Parit mendapat nama dari peneroka asal iaitu Tok Parit.

Tok Parit yang dinyatakan beliau adalah warga Sumatera dan merupakan peneroka asal Pekan Parit. Kebanyakkan orang asal di Parit merupakan orang Kampar, orang Kampar Sumatera. Penempatan awal wujud di tebing Sungai Perak.

Penduduk awal di Daerah Parit berjumlah di dalam lingkungan sepuluh rumah dan 30 orang penduduk. Dipercayai sekitar tahun 1600 Tok Parit telah datang ke Semenanjung Malaysia dan meneroka kawasan Daerah Parit.

shahriman

No comments: