Sunday, January 4, 2009

train antara bandar



aku balik ipoh , malam sabtu lepas lepas keje guna train ala komuter (pakai elektrik). ini menyahut seruan ishak untuk menggunakan pengangkutan awam bila pulang ke kampung.

perkhidmatan ini baru dilancarkan pada 2 disember 2008. perjalanan mengambil masa 3 jam dari kl-ipoh. aku gerak dari sentral 9.45 pm dan sampai ipoh 12.45 pm. saja nak promote , memang efficent (cuma air-cond tak kuat). ada lcd screen disediakan sepanjang perjalanan. kerusi boleh dinaik turun (sapa nak tidur oklah). cuma aku tak boleh tidur , coz jiran bangku aku budak-budak kecik yang tak boleh duduk diam. kejap main ultraman , kejap main power rangers (sampai aku pun di firenya.. sabor ajelah).

perjalanan bermula 5 am , setiap interval 4 jam. last trip 9.45 pm. tiket RM10 dan RM18.setiap perhentian tidak lebih 5 minit. lebih kurang train komuter sentul-port klang. station perhentian : kl sentral-kl railway-kepong-sg-buloh-kuala kubu baru-slim river-sungkai-tapah road-kampar-batu gajah-ipoh. terasa naik train masa zaman budak-budak dulu.

No comments: