Sunday, January 25, 2009

penang








aku gerak dari ipoh jam 10.00 am dan sampai di penang jam 1.00 pm. akhirnya selepas 10 tahun , aku kembali semula ke penang.

masih macam dulu , cuma makin pesat membangun sekarang. yang paling mahal , aku masuk penang naik ferry. hero aku tak pernah try naik ferry lagi. dulu-dulu , kalu naik ferry , kete semua kena bersempit-sempit depan terminal untuk q masuk ferry. la ni tak payah lagi , dia dah siap buat macam kompleks tempat kete-kete semua berkumpul (lepas bayar tiket ferry RM7.50) , untuk line up masuk dalam ferry. zaman bersesak kat pengkalan sultan abd. halim tu dah tinggal sejarah dah. apa pun syabas untuk penang , nak masuk kompleks ni , dia buat macam nak naik jambatan pulau pinang punya structure.

sampai pulau , apa lagi cari tempat makan dulu. nasi kandaq , "line clear" memang famous kat sini. 24 hours , seven days a week. sampai jer , dah kena q tu dia ... beratuq panjang. aku kesian kan wife dan hero aku , penat campur lapaq lagi. cancel tak jadi makan kat line clear. makan kat restoran sebelah dia , restoran yasmeen nasi kandaq pasal tak payah q panjang. cepat pun cepat.

pergh memang sedap dan terangkat .. aku ambil nasi putih , ayam masak kicap , kacang buncis dua batang , telur masin separuh dan kuah campuq = RM 6.50. oklah tu kot.
total 3 orang makan campuq teh ais = RM 19.00. kira oklah , ayam dia kasi pun besaq (pergh aku cakap penang balik ..). penang is heaven of food. cayalah.

paling best , surf internet kat sini laju giler , maxis broadband aku sampai level maksimum hsdpa. kalah kl punya coverage.

No comments: