Monday, January 26, 2009

malam pertama : batu ferenggi






6.00 pm - 6.40 pm : makan malam (eeh ! makan petang) , kat gelugor. nasi kandar shariff. masih macam dulu-dulu jugak , dengan basikal roda tiganya , aneka lauk pauk ada. tunjuk dan ordar saja .. siap. teh ais , air suam , sirap limau , 3 nasi , 2 ayam kari , 1 ikan masak kari , daging kicap , telur dadar special dan sayur-sayuran , semua sekali RM 19. lokasinya seberang jalan berhadapan perhentian bus ekspress gelugor. nak try ..

8.00 pm - 10.30 pm : aku gerak ke batu feringgi untuk tengok pasar malam terpanjang di malaysia. pasar malam ni terbentang luas sepanjang jalan di tepi pantai tu. lebih kurang kat petaling street.

macam-macam ada jual dari dvd , handbag , kasut , jam , cermin mata dan tak larat nak aku sebut lagi. kebanyakannya adalah barang bukan "ori". setakat cuci mata tu oklah. wife aku beli gelang yang ada manik-manik yang macam budak-budak pompuan suka pakai.

aku tak beli apa pun , tak da yang menarik minat mata aku. habis ronda , aku gerak balik ke hotel. selamat malam.

No comments: