Monday, January 26, 2009

Bunga Api

Gambar hiasan : Pertunjukan bunga api (diambil dari internet)

Salam semua. Dah lama tak menulis. Saje2 nak menyelit di sini. Sian kat Man, dia je yg jadi tukang tulis dan tukang tokok tambah blog ni. Biar dia g bercuti kejap. Ada cuti panjang ni, boleh la aku menokok tambah di sini.

Semalam, memang aku ngan wife aku dan anak aku yg sorang tu memang menunggu2 sangat nak tengok bunga api ni. Anak aku ni macam dah kenal plak ngan bunyi mercun, bunga api ni. Mesti tarik tangan aku nak ajak keluar rumah sbb dia nak tgok bunga api. Dia tau bab bunga api ni sejak malam tahun baru 2009 yg lalu la. Malam tadi hujan renyai2 sejak petang tadi. Dah lama tak ujan, hujan rahmat la tu. Adala dekat seminggu dua tak ujan. Biasanya panas menyengat je seawal jam 11 pagi.

Mula2 kitaorg ada kat rumah mak mertua aku di Senai. Siap tunggu jam 12 tgh mlm utk tunggu kot2 mana tau ada org main bunga api ni. Nak beli sendiri, hehe, tak mampu la rasanya. Kalau setakat bunga api yg budak2 main macam di atas tu, boleh la. Tunggu punya tunggu, rupa2 nya takda sangat org yang main di situ. Tak macam tahun2 dulu. Aku ingat mungkin sebab hujan kot, jadi aktiviti tu ditangguhkan. Takpela, dah takda rezeki la nak tgok free show malam tu.

Kitaorg pon nak gerak balik la ke rumah. Aku cakap kat anak aku, nanti dlm perjalanan mungkin ada org main bunga api. Jadi kita bolehla tgok dari dlm kereta. Kitorg pon gerak la nak balik. Sampai je depan taman dekat2 ngan rumah mertua aku, dah jumpa free show ni. Apa lagi, anak aku yg dah macam nak mengantuk pon tak jadi nak tido. Siap betul2kan duduk dia nak tgok bunga api tu. Abis aje, aku sambung perjalanan. Terus aku teringat di Senai ramai kaum Cina ni bermastautin. Dah tentu banyak pertunjukan bunga api di sana.

Sangkaan kami tepat sekali, di sana ada Kampung Baru, dah tentu la ramai org Cina. Dapat la lagi kitorg tgok bunga api free ni. Best jugak sbb nampak cantik, kreatif pon ada bunga2 api tu. Biasanya kitaorg berenti je kat satu2 tempat, show pon abis. Sempat la tgok 2,3 kali. Aku cakap kat wife aku n anak aku, jom balik la. Nanti mungkin jumpa lagi. Aku ingat malam tadi kitaorg ni dah macam "hurricane hunter" @ pemburu taufan hurricane, tapi kitaorg kejar bunga api, bukan taufan.

Aku teringat satu lagi Kampung Baru dekat2 ngn rumah aku, Kg. Baru Saleng. Mungkin ada org main bunga api kat situ. Memang dari jauh dah nampak la bunga2 api kat situ. Kitorg pon terus amik jalan ke situ. Mungkin dah rezeki kitorg, akhirnya jumpa jugak ngn tempat org main bunga api ni, dekat ngan padang riadah di kampung tersebut. Apalagi, aku terus je berenti kan kereta kat tepi jalan. Rupa2nya dah ramai dah org berkumpul kat situ, tak kira naik motor, kereta, jalan kaki. Tak kira bangsa, yg aku perasan malam tadi org Melayu datang gak nak tgok free show ni. Tempat org main bunga api ni ngan kereta yg aku park adala dlm 15-20 m je, memang dekat sungguh.

Siap dengar dentuman yg kuat, bunyi2 percikan bunga api memang jelas sangat. Aku siap peluk anak aku sambil tunjuk pada dia. Yela mgkin dia tak biasa dengar bunyi mercun bunga api dari dekat2. Aku pon tak pernah. Dok KL dulu pon takpenah pegi kat Dataran Merdeka. Lepas satu2 bunga api dibakar. Naik sakit tengkok aku asyik pandang ke atas je. Terang benderang kawasan riadah tu ngan cahaya bunga api. Kitaorg ingat pasni tak payah la tgok kat tv ke tgok dari jauh lagi, sebab port nya kitorg dah tau.

Macam2 jenis bunga api termasukla jenis bunyi burung yg betul2 membingitkan. Cahaya dia terbakar dan membentuk seolah2 bentuk burung. Memang kreatif sungguh org yg buat bunga api ni. Adalah dekat 30minit kot kitaorg kat situ jadi penonton setia. Tak sedar pon jam dah dekat 12.50am. Aku risau jugak kalau2 ada percikan tu kena kat kitaorg ke, yela dekat ngn tempat pelancaran bunga api tu. Alhamdulillah takda apa2. Cuma abu2 daripada bunga api tu nampak la berterbangan jatuh ke tanah lepas terbakar di atas.

Kira puas ati jugakla tgok show tu. Dekat, jelas, memang nampak real la. Anak aku pon muka dia berseri2 je n penuh berminat menonton persembahan bunga api tu. Ok la tu, sekurang2 nya dia dapat tengok dari dekat n puas ati la. Takla nak menarik tangan aku je setiap kali bunyi mercun didengar. Show malam tadi diakhiri dgn kehadiran kereta peronda polis. Aku ingat dia nak wat apa, rupa2 nya secara otomatik, "show is over" dan 2 kotak besar bunga api dan mercun dirampas. Aku nampak beberapa org polis bawa masuk kotak2 tu ke dlm kereta diorg. Aku ingat org yg main bunga api ni mungkin ditaja oleh persatuan2 Cina kat situ, takpon tauke2 korporat2 sbb bunga api tu memang mahal. Diorg siap bakar banyak, ada lagi 2 kotak blom bakar.

Ok gak polis tu sampai, kalu tak tak tau kul brapa nak abis. Tak kisah la, aku rasa show tu berjalan dgn aman, takda sapa2 gaduh ke, mabok2 ke. Mungkin gangguan ketenteraman awam je sbb dkat kul 1 am masih bermain lagi. Sebelum polis tu bergerak balik, kitaorg dah gerak dulu. Okla jugak sbb polis tak kacau penonton. Yela penonton, free show, mesti la nak tgok. Bkn kena bayar pon. Kalu show mat rempit ke, memang aku tak penah tgok or teringin nak tgok. Malam ni taktau lagi, adalagi ke show tu. Kalau ada mungkin aku tak pegi kot sbb mlm ni nak tdo rmah mertua. Yela cucu dia sorang, asyik ke sana aje la aku.

1 comment:

owner said...

lupa nk bgtau,aku tak sempat nak snap gmbr2 mlm tu sbb bateri kamera kong plak rugi plak, takpela save dlm minda jela. tu yg amik gmbr dlm intenet plak