Wednesday, January 7, 2009

sambung cite germany







lepas habis citer kat airport , dah ada driver ambil. aku satu team main naik saja mpv yang dok tunggu tu. english , sepatah haram mat salleh ni tak tahu. main guna bahasa isyarat nak berkomunikasi. airport ke hotel adalah dalam 25 minit. left-hand drive , kete-kete kat sini semua pakai gprs dalam kete. biasalah , kat malaysia sekarang baru dah slowly start pakai. apa pun aku puas hati pasal driver ni , bawak jalan-jalan dulu sebelum gi hotel. dia masuk ke auto-barnd "highway yang tak ada limit". kalu bawak slow masuk highway ni wajib kena saman. terbalik pulak dah. driver ni siap citer kat aku , micheal schumacher , formula 1 driver ,tu dulu training pecut kete kat sinilah.

negara ni memang bersih. payah aku nak jumpa sampah sarap tepi-tepi jalan. bertuahlah kalu jumpa. tapi orang kat sini tak friendly , buat hal dia jer.aku menginap kat hotel , dalam kawasan kampung , kauserhauff.nama jer hotel , tapi macam istana lama yang dalam siri tv hollywood tu.punyalah besau. 5 tingkat semuanya dan bilik ada 24 buah (termasuk 3 bilik kat bawah tanah). belakang istana ni ada padang rumput yang cukup luas macam dalam citer "little house in the prarie" , masa kecik-kecik dulu. bilik bebas nak pilih. aku duduk bilik tingkat 2 (sorang satu bilik). budak aku dua orang dok kat tingkat tiga , sorang lagi gatal nak dok kat bawah tanah sorang-sorang. adventure konon.

masa weekend sampai tu , adalah jugak visitor datang menginap. bila datang isnin-jumaat , tu dia kita orang jerlah yang tinggal. apa pun tidur tak payah on air-cond (air-cond pun tak ada). sejuk berangin sampai menggigil-gigil aku , dalam 10-12 darjah celcius.. bilik simple , tv (ada cable tv , tapi sepatah haram pun citer tak ada dalam english , semua bahasa german) dan bilik air dengan hot shower. apa pun budak-budak aku layan tidur duu , jet-laglah kononya sebab lewat sehari bila dah sampai sini. bertolak dari klia malam sabtu sampai germany tengah hari ahad.

aku dah puas tidur atas flight , letak bag terus ronda kawasan berdekatan hotel aku.sunyi sepi , nak jumpa kete kat jalan pun payah. dah hari ahad .. mat salleh ni semuanya terperap kat umah kot , weekend. aku lepak minum kat cafe hotel sambil surf net (internet kat sini semua free). wife aku dah pack makanan penuh satu bag sebelum aku fly dulu. makanan-makanan kering dan maggi mee.dia dah tahu kot mesti payah aku nak cari yang halal ni.

malamnya aku lepak kat bilik jer sorang-sorang sambil nak tunggu pagi esok untuk start pergi keje kat kilang. boring giler. beza masa germany-kl adalah 8 jam. malam ni tak ada makan malam , rebus maggi jer campur daging serunding yang wife dan emak aku bekalkan. kat europe ni lepas 10 pm , tv kabel dia akan start tayang citer ... sampai pukul 6 am. kena tukar channel jer. adalah dalam 5-7 channel.tapi aku tak tengoklah. tak elok bro. dosa.

nanti aku sambung lagi. hari pertama di tempat orang.

1 comment:

adlina said...

say pun dah menjejakkan kaki di beberapa buah bandar di German. Mmg cantik. But that was somewhere in 2003/2004..dah lama dah. Salam.