Sunday, January 4, 2009

cite pasal kete

kete anda ada masalah di tengah jalan ? jangan panik. aku nak kongsi few tips yang mungkin boleh membantu , especially time sorang-sorang dalam kete.

kalu tayar pancit,especially kat highway .. tak boleh buat apalah. kalu ada perempuan yang boleh tukar tayar sendiri, aku tabik springlah kat dia. so nak buat camna. itu gunanya kena ambil nombor plus ronda dan save dalam hand phone. bukannya dok save nombor-nombor kawan jer. nombor plus ronda pun penting. kalu dekat , hubby/kawan boleh datang tolong.

kalu jauh , call free jer dia tak charge apa-apa.dia akan tolong tukar tayar (guna tayar spare belakang bonet tu), tak pun tunda sampai keluar dari highway (bawak gi woksyoplah).

kalu nak sedekah kat brader yang keje plus ronda tu dialu-alukan (saja ucap terima kasih kat dia). jangan dok pandai-pandai guna trak tunda yang dok berkampung tepi highway tu. kalu dah banyak duit sangat pun , sedekah kat masjid lagi bagus. sendiri mahu ingat..

selagi belum sampai bantuan , dok dalam kete , kunci. jangan cuba bagi peluang kepada orang yang tak dikenali menyentuh atau mengambil kunci kereta kita. ada gangguan , hubungi rakan-cop di talian : 03-211 59 999 (24 jam). polis akan segera ke lokasi kejadian.

"jenayah membawa padah" oleh itu bersama kita membanteras jenayah.
saya red rangers melaporkan untuk 999.

No comments: