Monday, February 9, 2009

dah try belum ... ipoh-kuala berang








ada sesiapa yang dah try bawa kete lalu menembusi banjaran titiwangsa membelah 4 negeri (perak , pahang , kelantan dan terengganu)? mesti kena cuba ..

ini merupakan lebuh raya barat-timur kedua untuk penduduk pantai barat yang hendak ke pantai timur. kiranya alternatif ketiga untuk orang ipoh yang nak ke pantai timur (ipoh-gerik-kota bharu) atau ipoh-kl-kuantan-k.terengganu-kota bharu.

aku dah try tapi setakat ipoh-simpang pulai-cameron-gua musang-kuala kerai dan k.terengganu sahaja. jalan memang clear , kiranya highwaylah , macam lebuh raya timur-barat. ada empat lorong (pergi-balik). dari simpang pulai-cameron (1 jam). cameron-pos slim-gua musang (2.0 jam). pemandangan gunung ganang di kiri kanan jalan memang cantik bro. kiranya nak layan drift tu bolehlah ..

sebelum sampai gua musang akan ada 3 persimpangan untuk dibuat pilihan. nak ke jeli kelantan boleh , nak ke umah siti nurhaliza pun boleh (kuala lipis) dan terus ke kl. nak ke kota bharu aka via through kuala krai pun boleh.

pekan gua musang ni takdalah besar mana , kiranya macam pekan lumut jer. dari gua musang gerak terus menuju ke laluan ke kuala krai adalah dalam 30 minit sebelum jumpa simpang sebelah kanan (siap ada signboard besar lagi) , arah menuju ke felda aring (kena lalu felda ciku dulu) dan taman negara kuala koh , kelantan. felda aring ni kiranya kawasan ladang kelapa sawit. umah orang kampung pun boleh bilang dengan jari , itu pun kalu ada. yang menraiknya , nanti kita akan jumpa satu post guard yang mana ianya merupakan pintu sempadan antara kelantan-terengganu (di kawasan tengah-tengah hutan). menarik tu..

jalan ini belum diwartakan oleh gov lagi. kiranya sapa nak lalu jalan ni atas risiko sendiri (masih dalam pembinaan dan dijangka siap 2010). risiko sendiri maksudnya ; tiada bantuan kecemasan di tengah jalan , tiada talian coverage , tiada lampu jalan , dan sendiri mahu ingat kalu lalu waktu malam .. jalannya pun ada yang bertar dan ada yang masih jalan tanah merah dan berbatu-batu (dalam 14 km).

itu pasal aku tak nak ambil risiko dulu waktu lalu kawasan ni , walau hati aku teruja nak try juga jalan baru ni dari dulu lagi. itu pun aku ambil panduan atas nasihat budak kilang aku yang ada tinggal kat area-area sini.jalan kat sini memang sunyi giler. tahun lepas pernah ada keluar "front page" dalam harian metro , sepasukan unit imigresen yang dalam operasi memburu PATI kat area sekitar tasik kenyir ni terdengar suara wanita mengilai di dalam kawasan hutan tebal ini. suara ini juga didengari oleh PATI tersebut yang membuatkan mereka lari ketakutan dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. salah seorang pegawainya yang terlibat dalam operasi tersebut "bertuah" dapat menyaksikan satu lembaga berdiri di atas pokok mengilai dengan mengeluarkan suara yang menyeramkan melalui lampu suluhnya.

apa pun dari gua musang-felda aring terus ke tasik kenyir mengambil masa (catatan tidak rasmi) , 2.5 jam. kiri kanan hanya ada hutan tebal. satu yang menariknya sebelum sampai ke kenyir , kita akan disajikan dengan pemandangan tasik kenyir di sebelah laluan tersebut.

sampai di kenyir , anda boleh memilih untuk bermalam di tebing tasik kenyir (tasik kenyir country resort) atau meredah pulau-pulau di sekitarnya sambil menikmati keindahan alam semula jadi (aku dah pernah overnight kat sini) atau terus ke pengkalan gawi dan keluar di pesimpangannya. anda boleh memilih ke k.terengganu (belok ke kiri) atau ke kuala berang ,hulu terengganu (belok ke kanan) terus ke pekan ajil , bukit besi , dungun atau terus ke kuantan dan kuala lumpur melalui felda jerangau jabor (laluan yang aku jumpa hantu hari tu).

yang aku dengar citer jalan ni memang tak akan dikenakan tol nanti ..

9 comments:

kesatuan pejuang malaysia said...

salam bro.aku nak gi cameron 18/6/2009 ni.mungkin akan lalu jln felda aring dr k.trg.ada apa2 advise ke?nk bwk isteri n anak aku gi cuti kt cameron.mungkin bertolak kul 1 ptg since wife aku ni xdpt ambik cuti hr khamis 18 hb tu.xpenah lalu jln ni.boleh emel aku di darkh77@yahoo.com

My Iskandarian said...

satu jee .. "jangan pandang belakang"

Muzzamil said...

Bro aku nk try lalu sini dari lumut ke kuala terengganu raya ni.. agak2 dari ipoh la ke kuala terengganu bape jam kalau standard drive 110km/h..aku nak set time.. email aku boleh?
mzzm09@gmail.com

cipan said...

salam...saya dah try jalan ni raya ke4 yg lepas..mmg best! tp sgt mencabar la hehe...jalan masih xsiap sepenuhnya...saya gunakan jalan felda utk ke hiway kenyir. bawak myvi je..xmampu nak harung 14km jalan batu kelikir tu...lari alignment hehe.

Unknown said...

Br je lalu jalan ni mggu lepas..tobat xnk lalu dh..scary giler..dah la mlm lak tu..

Unknown said...

Hahaha... sama la. Tobat x nak lalu waktu mlm guna jln ni. Sepanjang perjalanan xde langsung keta lain lalu. Scary giler wooo

Unknown said...

Hahaha... sama la. Tobat x nak lalu waktu mlm guna jln ni. Sepanjang perjalanan xde langsung keta lain lalu. Scary giler wooo

Reza said...

Lalu jalan ni dari ipoh pukul 11 malam.ok Selamat.

Reza said...

Lalu jalan ni dari ipoh pukul 11 malam.ok Selamat.