Monday, January 19, 2009

RAGUT :(

Salam.

Aku tergerak nak menulis pasal topik yang amat digeruni oleh kaum hawa ni sebagai peringatan kepada diri aku sendiri, kawan-kawan perempuan sekalian serta kepada isteri-isteri korang juga. Aku pernah mengalaminya di dalam kawasan pagar rumah sendiri.

Kejadian itu berlaku pada 14 Disember 2006, aku masih ingat lagi petang tu hujan teramat lebat sampai kereta suamiku yang dah agak uzur tu buat hal, tersangkut dekat area Padang Jalil (berhampiran Ipoh Parade), aku terpaksa ambik dia dari ofis aku dan hantar dia ke suatu tempat aku dah lupa sebab dia ada meeting di situ.

Malam tu selepas dinner dan Isyak, suamiku ajak aku untuk ambil keretanya yang tersadai tadi, kesilapan kami adalah membiarkan pagar rumah terbuka....sebab orang sekeliling di lorong rumah aku ni memang tak kisah, rumah sebelah menyebelah kalau keluar memang pagarnya terbuka...itulah kata orang...belum kena...kami pun sama, almaklumlah kekadang terasa renyah sebab pagar bukan pagar elektronik, buka dan tutup sendiri.

Aku terasa lain lain je masa nak keluar, entah ngapa ye aku rasa mukaku mendung semacam masa memakai tudung di cermin, dah lah pakai baju hitam dan seluar hitam sebabnya aku main sarung je, nak cepat nanti bertambah lewat pulak, ah mainan perasaan. Kami pun keluar bertiga, anakku yang sulung baru je 4 tahun masa ni, semasa kami keluar pun dah pukul 10 lebih.

Bila sampai di Padang Jalil, suamiku pun hidupkan enjin keretanya, ok la walaupun semput-semput, aku dengan anak di dalam kereta yang satu lagi mengekor dari belakang, dekat Ipoh Parade dia berhenti dan suruh aku balik dulu, tapi aku ekori juga dia dari belakang, kami berhenti sekali lagi di depan kedai dekat bulatan Hotel Syuen dan Excelsior, dia tetap menyuruh aku balik dulu dengan Haziq anakku sebab keretanya akan ambil masa yang lama untuk bergerak, aku pandang dia lama, aku tak tau mengapa hatiku begitu berat sekali untuk balik dulu. Akhirnya aku akur dan pulang dengan hati yang berdebar.

Anak aku ni memang habitnya mendengar lagu dalam kereta, kebetulan suami aku suka burn lagu dalam CD, entah lagu apa ya kumpulan AC/DC kot...punya la dia ralit mendengar sambil bergendang amboi..tak tau ibunya tengah gabra nak balik sorang2 ni, aku berdoa je, sampai kat lorong rumah aku, gelapnya, tak ada orang, kalau tak malam-malam bebudak Poli yang menyewa kat Persiaran 78 ni rajin bersidai di luar rumah, rupanya cuti..nak jadi cerita lampu jalan malam tu semua out...aku masukkan kereta ke dalam porch..ambik masa nak keluar sebab si kecik tu nak bergendang sampai abis lagu tu, aku tak perasan lak ada apa2 dalam porch tu sebabnya pintu gate terbuka, masuk je la. Aku pun keluar selepas abis lagu tu dan berpusing ke tempat di sebelah pemandu dengan tangan pegang handbag dan kunci kereta sebab nak ambik anak aku tadi, waktu itu la tiba2 ada tangan peluk aku dari depan dan tutup mata aku, aku pun terfikir ei takkan suami aku nak buat surprise dan macam melayang sekejap roh aku. Aku tersedar dan berlakulah pergelutan aku dengan lelaki tu, siap dia tumbuk aku dan menarik beg tangan aku. Aku panik dan tarik balik dia marah dan terus tarik beg sambil menutup mulut, aku menjerit dia tutup mulut, bergelut aku dan dia sampai tercabut tudung dan spek, anak aku meraung dah dalam kereta, masa tu kunci kereta yang aku pegang tertekan alarm apalagi berbunyilah alarm, itu yang buat lelaki tu panik dan menendang keretaku. Akhirnya aku terjatuh dan dia amik kesempatan menggigit permukaan atas tangan kanan aku apalagi meraung la aku sekuat hati, lelaki ni pun merampas beg aku, berlari sambil toleh ke arah aku dan masuk ke longkang besar yang menghubungkan Rapat Setia Baru dengan Desa Perwira. Cuma aku pelik dia ni tahan nafas dan langsung tak dengar suaranya.Tekak aku dah kering, jiran2 sorang pun tak dengar jeritan aku..ye la waktu tu dah pukul 11.00 malam. Aku terus berpelukan dengan anak aku yang juga menangis (sian dia).

Seminit lepas tu baru suami aku sampai dan baru ada jiran2 yang keluar. Dia cuba kejar tapi dah lesap, ada lah mata2 tu datang ambik keterangan lebih kurang. Malam tu aku pergi klinik untuk dapatkan injection kata doktor untuk elakkan kancing gigi...correct me if I'm wrong. Mak dan abah aku datang esoknya begitu juga family mentua aku yang tinggal tak jauh dari rumah aku pun datang menjenguk.

Malam tu tidur memang tak lena, dah la sakit. Esoknya report kat bank, buat report di Balai Polis Sungai Rapat dan juga IPD Ipoh...kes aku dikategorikan samun dan serang...tapi hampeh la polis ni..maaf ya, aku tak boleh cam dengan baik orang tu sebab speck aku dah tercabut semasa bergelut, yang aku pasti orang tu berketurunan India dan berambut perang...memakai baju kemeja kotak kelabu dan di dalamnya ada t shirt lusuh dan lebih rendah dari aku. Aku hilang beg tangan dan dalam purse aku ada Rm22 je ...(padan mukanya) dan yang selamatnya hp aku tertinggal dalam rumah, yang lain2 tu thumb drive yang simpan research aku masa buat Masters dan spek mata lagi satu yang agak mahal dari yang aku pakai, cuma terkilan Mykid anak aku dalam purse tu...sampai sekarang tak boleh diganti sebab JPN cakap sekali je keluar lepas tu tak boleh ganti lagi (peliknya). Aku bergelut tu bukannya apa aku sayangkan IC dan lesen memandu serta MyKid anak aku, orang tanya mengapa aku bergelut..entahlah aku terjeut pun sama.. Lepas tu dalam masa seminggu adalah aku pergi check darah (takut la juga wei, entah2 ada Hep B ke HIV ke, adui minta simpanglah), Alhamdulillah syukur tak ada semua tu dan aku selamat. Rupanya si *%*% nie menyorok di balik kereta kancil aku yang tersadai dalam porch tu bila aku keluar dari kereta tu dia melompat dan terus peluk aku. Lampu porch pasang tapi tak nampak...almaklum lah...

Traumanya jangan cakap, aku hampir setahun tak boleh tinggal sorang2 dalam rumah especially malam, bila berjalan kaki tak kira siang ke malam aku pasti pandang belakang je, jarang aku bawak handbag ...anak aku sampai sekarang ingat peristiwa tu...Pengajarannya jangan buka gate lagi walau pun sekejap di waktu malam (itulah sebabnya berguna gate elektronik nie), keduanya kawasan rumah aku kegiatan rukun tetangganya makin aktif dan akhirnya hubungan sesama jiran juga perlu...Aku bersyukur kepada Allah swt kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan Alhamdulillah si durjana tu tidak membawa senjata tajam dan mencederakan aku serta anak.....Huh sekarang ni pun aku terasa seram bila mengingatkan peristiwa itu. Aku takut lah bila baca dan dengar berita pasal rompakan, ragut dan samun sebab aku dah mengalaminya..so kepada kawan-kawan berhati-hatilah...lagi lah dalam keadaan gawat nie, manusia makin kejam untuk mendapatkan wang dan aku tengok kat balai tu muka wanted kebanyakannya dari kaum tu...may be diaorang ni betul-betul susah sekarang ....Wallahualam. Sehingga kini aku tidak dipanggil untuk pengecaman dan tidak diketahui orang tersebut sudah dijumpai atau tidak. Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita serta keluarga kita semua...Amin

2 comments:

My Iskandarian said...

sabor jerlah sue. tak da rezekilah tu.

yang penting kau dan anak selamat.

Suhaila said...

Tq..Man ape kabo ko sekarang? Apa dah jadi dengan blog ni? Tanya pula, aku pun dah lama tak up date apa2...