Thursday, January 8, 2009
palestin ..
sejak dua tiga menjak ni , dalam paper dok citer pasal serangan israel laknatullah kat tebing gaza yang mengorbankan seramai 600 orang rakyat palestin (statistik sehingga semalam)yang tidak berdosa.
kat malaysia , tengah dok kecoh "mengutuk" , aku ulang balik "mengutuk" (confirm aku tak silap) israel yang bermaharajalela menyerang penduduk palestin tanpa had sempadan.
kalu baca paper , penuh dua tiga muka , komen pembaca. ada yang cakap , kita kena buat demonstrasi membantah serangan zionis ni. ada yang nak bakar bendera israel/amerika , ada yang kata kita pakat boikot "produk amerika" dan minta senaraikan produk keluaran negara tersebut di dalam akhbar. ada pulak yang nak jadi "raja lawak" nak baca puisi kat tengah perhimpunan demonstrasi anti-israel tanda menunjukkan kesedihan mereka ke atas penderitaan rakyat palestin (kau ingat ni apa , funfare kat padang sekolah ke?). selain tu tak habis-habis derma , derma , derma .. duit entah sampai ke idak.. aku pun confuse.ini semua kecoh kejap jer , tak lama lagi tengok , senyaplah tu. hangat-hangat tahi ayam jer.
erm .. entahlah , sedih pun aku rasa ada , nak tergelak sambil keluar anak tekak aku pun ada. menyampah sampai rasa nak lempang jer mereka-mereka yang keluarkan idea-idea mengarut ni. sedih , sedih memikirkan nasib rakyat palestin yang dijadikan bahan promosi lawak oleh mereka semata-mata menunjukkan mereka ni prihatin tentang nasib rakyat palestin.
kalu prihatin , kenapa tak pergi sendiri ramai-ramai ke tebing gaza , angkat senjata dan berjuang menentang tentera israel. gedegang gedegung dari jauh jer buat apa.. penakut. tak pun , pergi ke palestin jadi sukarelawan bulan sabit merah membantu mangsa-mangsa yang terkorban atau tercedera dek terkena bedilan peluru israel.pahala pun dapat.
aku lebih respect lagi dan salut dengan sekumpulan rakyat indonesia (seperti tersiar dalam berita dua tiga tahun lepas)yang pergi ke tebing gaza untuk berjuang bersama pejuang-pejuang hamas menentang tentera israel. tak ada kecoh-kecoh pun. ini mati syahid punya orang , berani berjuang menegakkan panji islam atas nama kebesaran allah swt.ada berani ke..
aku rasa macam dia orang ni semua tak ada otak dan tidak sensitif pada permasalahan yang sedang berlaku sekarang , dan terus akan berlaku selagi umat islam sendiri tak sedar-sedar untuk berubah dari semalam.
kenapa tak berubah ? kita fikirlah sendiri .. negara paling maju di dunia , milik siapa? cerdik pandai dalam dunia sekarang siapa pegang. siapa yang cipta playstation-2 dan x-box? kita guna pc pakai microsoft office-siapa yang cipta tu? bill gates tu dari negara mana? handphone canggih yang korang pakai tu , teknologi dari mana. david beckham , MU , Liverpool siapa yang dok suka sangat. kfc , burger king , mc donald sapa yang dok selalu bawa anak-anak kat sana? jom kita pakat ramai-ramai boikot nak? bila boikot ,tu dia ramai orang islam yang kena berhenti kerja. kan ke .... namanya tu.
kena cerdiklah sedikit...kalu marah sekali pun. jangan main sedap lepas cakap jer.
sanggupkah kita satu hari mogok tak nak tengok channel HBO kat astro tu yang dok tayang citer-citer hollywood yang terkini macam indiana jones , transformer. atau pun dok teringat aksi "rock bottom"-the rock dan "stunner"-stone cold steve austin dalam siri wrestling WWE. tak pun untuk star tv telatah citer friends , aksi heroes dan supernatural dan tak lupa siri kegemaran ramai CSI , american idol dan oprah winfrey. cuba tanya orang-orang di atas tu. boleh buat ker. itu produk amerika tu.
kita ada apa ? mat rempit , bohsia , khalwat .. cerai , rampas awek orang , kaki rasuah , clubbing , songlap duit , kitalah "raja" segala raja. yang kat pusat pengajian tinggi pun sama. pandai tulis komen kat paper jer , macam dah pandai sangat. wakil pelajarlah , wakil persatuan itulah , inilah. kalu cgpa tu 3.90 atau 4.00 tak per jugak , boleh jugak aku suspek. setakat cgpa cukup-cukup makan aku ingat baik kau balik sekolah belajar dulu sampai tamat. jangan nak sibuk-sibuk.
macam bagus jer ,nak bagi cadangan itu ini , keluarkan resolusilah.kau ingat israel dan amerika tu nak layan ke lawak jenaka korang ni. memorandum-memorandun yang di hantar ke kedutaan mereka tu , kau ingat boleh hentikan serangan mereka ke atas tebing gaza ker? confirm masuk bakul sampah jer , lepas proses penyerahan tu. menghabiskan dakwat printer jer.
aku punya komen : kita lemah dan tak mampu untuk bantu sedara kita kat palestin sebab kuasa di dunia untuk "pembuatan keputusan" kita tak ada. sebenarnya ada , dengan senario sekarang kalu kita ni cerdik sikit. dont talk about negara arab .. maleh aku nak cakap. memang ...xxgtb dia orang ni.
talking about other than arab , kalu sungguh nak tolong. pakat 6-7 negara islam macam indonesia , iran , malaysia , brunie (banyak minyak tu ..) , turki (peralatan tentera canggih-canggih semua) dan cari satu dua negara gergasi macam China , Rusia , Korea atau Jepun. offer pada mereka apa yang kita ada macam minyak ker atau kurangkan tax pada mereka untuk melabur di tempat kita (quick feed counter measure) atau free import duty untuk major product dan bergabung dengan mereka attack balik israel ni. melalui jalan laut atau udara. baru betul-betul namanya nak membantu. israel tu pun bukan kuat mananya. gempak jer lebih. kena seround dua baru dia takut. lagi pun , untuk malaysia pesawat mig yang mendahului zaman tu , takkan guna untuk rondaan udara jer , sekali sekala kena test power jugak tengah peluang ada ni.
soalan aku , budak-budak yang belajar kat ipt tu kenapa tak belajar pandai-pandai sampai boleh jadi saintis yang boleh mereka cipta senjata-senjata biologi atau kimia yang boleh membantu negara umat islam yang ditindas. atau pun dapat anugerah noble di dunia kerana mempunyai rahsia penciptaan bahan bakar alternatif yang boleh menggantikan petroleum yang dah semakin kering dari bumi ini. ini semua menjadi penyumbang utama kepada negara kuasa ekonomi utama dunia yang pada masa sekarang aku tak nampak ada terselit nama negara islam di dalam senarai tersebut.
kenapa dok sibuk nak berucap di pentas sana sini, gila main skim cepat kaya (tak kaya-kaya pun), sibuk buat xpdc sana sini nak cipta rekod "wordlah" (tapi pakai duit rakyat , kenapa hang tak pakai duit sendiri?).
minta maaf kalu ada yang terasa , tapi ini semua untuk kepentingan kita dan generasi kita di masa hadapan. kita perlu berubah .. zaman dah maju dan jangan dok but benda yang sama jer. tuhan suruh kita usaha , bukan dok diam jer. tak da bendanya tu nak datang menggolek jer.
lu pikirlah sendiri , assalamualaikum ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum,
Berapi nampak. Apa-apa pun aku sangat-sangat sedih dan hiba dengan apa yang terjadi di Gaza sementelah lagi kita umat Islam baru je menyambut tahun 1430 H..terbayang aku anak-anak kecil yang tak berdosa terkorban dalam serangan kejam Israel tu...teringat anak-anak aku,.....aku hanya mampu berdoa dari jauh agar umat Islam di Palestin mampu bertahan dan dilindungi Allah swt..
sapa-sapa yang ada baca paper utusan malaysia hari ini , ada petikan press statement dari anwar ibrahim pasal palestin.
aku tak sokong anwar ibrahim tapi statement yang dia keluarkan hampir 90% sama dengan statement yang aku keluarkan dalam blog ini pasal palestin.
apa pun , blog statement aku keluar AWAL EMPAT HARI dari statement dia. fikir-fikirkanlah...
Post a Comment