Friday, January 23, 2009

misteri nusantara



sorry gang .. citer hantu lagi. ini pengalaman aku masa ikuti satu kursus pengurusan kat merlimau melaka.

sekitar 2006 , aku ditempatkan di sebuah pusat latihan pengurusan sumber manusia sime darby , 10 minit dari pekan merlimau (sapa pernah pi merlimau , mesti tahu punya).
kursus aku selama 5 hari , 8.30 am - 5.00 pm. malam free .. ikan bakar kat umbai.

nak dijadikan citer , pusat latihan ini penuh pulak dengan peserta semasa aku datang hari tu. so suka tak suka aku kena dok kat rumah dalam estet kelapa sawit. kiranya macam umah tuan punya estet masa zaman kolonial dulu. cadang nak dok kat politeknik (umah rehat) tapi air-cond rosak. hotel kat merlimau penuh pulak.

umah kat dalam estet ni punyalah besau..(ala pinjam cakap melaka kejap) , ada 4 bilik. bilik air aku tak sempat kiralah pulak. fully furnished dan air-cond.

masa aku ambil kunci umah kat pejabat estet, kerani tu sengih jer kat aku masa bagi kunci umah ni kat aku. pelik jugak aku .. maleh nak tanya .. aku blah jerlah.

aku dok berdua dengan office mate aku dalam bilik tidur. semuanya ok. sampai jam 2.30 am sahaja.. sebelum tidur dalam jam 12.00 pm , aku sembang dengan member aku dulu sebelum tidur. sebelum masuk tidur , confirm aku yang terakhir masuk bilik air dan tutup lampu dan tutup pintu sebelum masuk tidur.
bilik air tu , parking sebelah katil aku jer..

dalam jam 2.30 am (aku tidur pakai jam tangan), aku tiba-tiba terjaga. aku terdengar bunyi pintu bilik air terbuka dan memang pun terbuka. pada hal aku dah tutup rapat (pemegang jenis selak). toleh sebelah member aku tengah dok sedap tidur.

satu lagi yang buat darah aku berderau .. seriau , lampu bilik air terbuka bro. confirm aku tutup sebelum tidur tadi. aku nak kejutkan kawan aku , nak bangun dari katil pun aku tak berani. dengan keadaan sejuk pada malam tu (air-cond on). bunyi-bunyi lain tu aku tak nak citerlah , nak recall balik pun aku dah tak ingat (cuma bunyi macam orang bukak sinki air tu adalah .. dan air jatuh perlahan-lahan atas lantai bilik air).


aku pun terus tarik selimut , tutup muka ..takut. cuba-cuba tidur jugak , walaupun ada 3 jam lagi sebelum masuk subuh.. tunggu bunyi azan subuh.

aku terjaga balik dalam jam 5.50 am. terus bangun mandi , solat subuh , kejut member aku ajak chow pagi tu jugak. aku tanya member aku , malam tadi kau gi toilet lagi ker lepas tidur , dia kata mana ada. aku pun citer kat dia , apa aku kena malam tadi.

tapi suka tak suka , esok malamnya aku tidur kat bilik bacaan resource centre tu , buka lampu sampai tak hengat sampai pagi. member aku scouting kat bilik kawan dia.

cuma malam akhir jer kami tidur balik kat umah tu (pasal pihak resource centre tu bising). malam akhir tu tak da gangguan pulak , mungkin pasal aku on habis semua lampu kat dalam umah tu , termasuk dalam bilik tidur aku.

moralnya di sini , siapkan sleeping bag kalu travel jauh-jauh. biar tidur berhempit dengan kawan , jangan tidur kena hempit dahlah .. kalu tak pun datang awal kalu nak gi kursus ni , cari tempat penginapan siap awal-awal.

No comments: