Monday, January 12, 2009

minggu pertama di hannover






aku start gi keje ke kilang dalam 6.50 am. aku bangun dalam 5.00 am (kunci jam), sebab tengok kat tingkap dah cerah macam jam 7.00 am kat kl. tapi pelik , tak ada orang pun kat jalan raya. bunyi satu haram pun tak ada. nak sambung tidur baik , takut terbabas nanti. mandi pakai water heater , sebab sejuk giler ... makan serunding yang wife aku bekalkan sebelum turun.

aku turun breakfast kat lounge dengan budak-budak aku. menu : roti kosong (banyak betul jenis rotinya , yang tak pernah aku jumpa pun ada), sapu dengan butter & honey , telur rebus dan air susu. yang lain-lain tu haram , tak boleh makan. tapi dia serve sekali kat meja tu. aku tanya chef tu dulu sebelum pilih angkut atas pinggan. memanglah tak kenyang , tapi itu jerlah yang ada...buat sementara waktu. bersyukurlah dengan apa yang ada.

sampai kat kilang , aku dan pasukan dibawa pergi ke main office (introduction dan bla-bla apa keje nak dibuat dalam masa dua minggu di sini). dah habis semua , kami dibawa untuk plant tour (dua jam) sebab kilang ni besar giler (hq continental di dunia).

hari pertama , tak official lagi. jadi banyak masa untuk memerhatikan sahaja pergerakan di dalam kilang. tapi best , tak letih sebab cuaca redup dan berangin.
matahari pun tak terik. start keje 7.00 am - 3.00 pm.

betullah macam dalam tv tu , kami semua diberi locker sorang satu (untuk simpan barang). mat salleh ni memang tak tahu malu. at least coverlah sikit masa salin pakaian tu. kejutan budaya jugaklah untuk kami semua ni masa tukar uniform dengan operator dia orang. nyaris tak demam. budak-budak aku , aku parking training jalan mesin dengn mamat dari turki dan german. bahasa isyarat sahaja yang boleh digunakan.

waktu rehat (lunch), masa makan , pinggan dengan isinya kena timbang untuk menentukan berapa harga perlu dibayar di kaunter. aku agak di orang dah belajar trick dari malaysia kot , bila makan sorok lauk dalam nasi (nasi ayam). jadi charge tak mahal. tak payah nak kais-kais gun garpu.

aku cedok maggi goreng jer (maggi kosong). lain-lain roti , coleslaw dan kentang. sampai naik muak aku makan kentang (kentang lecek , kentang goreng,kentang rebus). daging-daging semua tak sentuh (was-was). balance tu bedal ais-krim dengan coke jer.

kat sini jangan mimpilah nak jumpa air mineral kosong. semua air mineral dia orang ada taruk gas bikarbonat. pelik semacam jer rasanya.dahlah tu mahal pulak.

habis keje kena balik sendiri (pergi jer orang hotel hantar dengan van). aku ambil train (macam lrt) tu untuk balik ke hotel. tapi nak balik , awal lagi. aku bawak budak-budak aku ronda bandar hannover. tiket train tu satu kepala untuk satu trip , 1 Euro. nak save beli tiket harian 5 Euro naiklah hang banyak kali mana pun. boleh cover bas dan lrt (sebenrnya lrt ni rel atas jalan raya , apa dipanggilnya kat malaysia aku pun tak tahu). komuter tu lain , ada jugak kat sana.

aku sambung nanti balik , citer orang malaysia naik train free.. dan aku jumpa waiter restoran dari india yang pernah keje kat kl. siap cakap kat aku lagi , selamat petang brother.

No comments: