Tuesday, January 6, 2009

bila nak reunion ni ..

kawan-kawan semua , bila nak buat reunion ni. dan 23 tahun tak jumpa , takkan nak tunggu lagi "seribu tahun" pulak. apa ke heanya yeop..

raya cina kali ni boleh ke? apa kata survey .. 26 - isnin atau 27 - selasa , Januari 2008. jangan kata ada orang nak keje pulak. aku report kat MTUC nanti.

so , tolonglah bagi feedback jadi ke tak yee. nak "afundi" pun boleh .. post result dalam mari "bersembang". nanti aku kira final result guna pembilang.

lokasi .. korang proposelah kat mana-mana sekali pun. tak ada jawapan yang salah.

2 comments:

Suhaila said...

Man....mana depa yang lain nie? Aku nak dengar apa yang diaorang nak tulis ....agaknya semua terlalu sibuk, aku suka menyelit time office nie bila tak ada task yang banyak, kat umah jangan harap, aku sibuk ngan anak2 lagipun internet connection dah lama aku putuskan lepas aku abis buat Master tiga taun dulu..Tentang reunion, aku rasa belum masanya lagi....cheh...jangan marah...mungkin yang lain ada cadangan. Aku rasa sekarang susah sikit, ada baby, aku tak ada maid(dulu pernah ada, sekarang malas nak ambik, masa depan tak tau lagi)dan suami aku bz..so my children always depending on me. InsyaAllah kalau ada masa dan ketika pasti kita semua akan bertemu semula!

My Iskandarian said...

tak apalah. bila-bila pun boleh sue.
aku tak kisah.