Monday, January 12, 2009

mawi





mawi..
sapa tak kenal mawi memang sajalah..malam tadi aku tengok kat tv majlis kahwin dia berlangsung dengan gilang gemilangnya kat sg. besi. siap ketua kampung dia pun di ajak datang menepung tawar di pelamin. cayalah tok penghulu felda taib andak masuk tv live.

aku nak citer sikit pasal budak ni. jiwa kemelayuannya memang kuat. bukan sebab dia
orang johor , aku sokong dia. aku pun bukan sebahagian daripada mawi fc dia tu. cuma nak bukak citer pasal kejayaan dia.

aku bukan nak puji dia sangat .. dan tak da hal aku nak citer psal "orang umah" dia.tapi bagi aku mawi ini adalah contoh terbaik untuk mereka-mereka yang bangkit semula dari kegagalan.

siapa sangka , budak kampung macam mawi ni boleh menakluki industri hiburan di malaysia sekarang dan menjadi salah seorang jutawan muda. tak payah sekolah tinggi pun sampai masuk universiti.dalam sekelip mata kehidupan beliau berubah. aku bukan nak suruh korang bagi tahu anak-anak korang supaya jangan sekolah pandai-pandai , jmasuk af jer senang. mawi pun mesti cakap dengan anak dia esok , belajar sampai masuk universiti. jadi orang berjaya.

yang aku nampak mawi ni jujur. beliau mungkin gagal dalam peperiksaan spmnya, tetapi beliau tak ada nak mengamuk kecewa , frust , atau buat benda-benda yang tak sepatutnya dibuat. beliau memilih jalan untuk berdikari dan melakukan apa saja jenis pekerjaan yang sesuai untuk mencari rezeki yang halal. bekerja kilang , bertugas sebagai dj di pasar raya dan restoran dan lain-lain. upahnya tak seberapa dan tidak berbaloi dengn keringat yang dikeluarkan tapi beliau tetap sabar meneruskan kehidupan.

bertukar arah menjadi bilal adalah langkah seterusnya. namun siapa sangka , percubaan mengikuti ujibakat AF di saat perlu mengikuti kursus sebagai bilal , menukar arah haluan hidupnya (decision making). walaupun dikritik hebat , namun beliau sabar menghadapinya . .dan nah sekarang segala usaha keras selama 3 tahun ini membuahkan hasil yang tiada siapa sangka selama ini.

aku nampak satu sahaja pengajaran dari citer mawi ni.. sesiapa yang pernah mengalami kegagalan , jangan berputus asa. peluang sentiasa ada di mana-mana.
kita saja yang boleh mengubah nasib / hala tuju hidup kita. bukannya jiran kita , ketua kampung kita atau rakan sekerja kita. dan yang paling penting ibu bapa dan keluarga jangan dilupa. baik buruk mana sekali pun itu keluarga kita. dan sembahyang jangan dilupa , allah sentiasa memerhatikan kita.

setelah berjaya , orang di bawah jangan di lupa. dulu mawi ni pernah keje kilang kat area sg way ,petaling jaya dan menyewa beramai-ramai di taman dato harun (budak kilang). masa kenduri kahwin budak operator kilang aku dua tahun lepas , mawi sanggup datang makan nasi kenduri budak kilang aku (sebab dulu dia dok berjiran dengan umah operator aku) tu.

walau pun sekejap (dan masa tu dia tengah top giler), tetamu yang hadir terkejut sebab beliau selamba jer datang memeriahkan majlis. makcik-makcik semua dok tak habis-habis bersalam dengan dia. dia siap citer time dia susah dulu keje kilang , nak soru pun kadang kala miss. teguk air sejuk jer.aku respect habis kat dia. tak lupa asal usul dan sentiasa merendah diri.

mawi telah buktikan , gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.
anda bagai mana?

1 comment:

Suhaila said...

Mawi...erm, dia nie memang wira bagi anak-anak kampung serta felda yang mengimpikan kejayaan..jangan silap, aku pun berasal dari kampung...cuma aku berharap dia akan terus menerus berjaya dan tidak lupa diri, isterinya...memang gorgeous...tak dapat dinafikan. Ya, aku masih nampak kelurusan hatinya sebagai anak kampung dan boleh lagi jadi ikon untuk anak-anak muda...cuma aku tak minat dia....uhuhu werld.