aku baru subscribe maxis broadband. ingat nak compare mana lebih hebat antara streamyx aku kat umah dengan broadband ni. yelah banyak aku dah dengar dengan kehebatan 3G maxis ni , sampai kat highway nkve siap terpampang billboard gergasi menunjukkan keunggulan maxis broadband ni. coverage broadband terluas di mana saja , gambar budak kecik depan pc.
mintak maaf pada sapa yang pakai maxis ni , bagi aku "hampeh". aku test kat ipoh , paling kuat dia boleh pergi 9.0 MB. siang lagi teruk (semedang "edge" sahaja). setakat ni tak cecah lagi UMTS.
kat kl , mungkin 3G ni biasa jer (bolehlah gebang), tapi yang aku bengang dia kata coverage broadband terluas tu yang aku tak tahan. tak baik tipu dosa. setakat ni aku puas hati dengan streamyx , walau pun maks setakat 100.0 MBps , tapi stabil dan jarang mengecewakan aku.
kepada kawan2 yang nak subscribe to broadband aku boleh bagi tips. check dulu coverage area korang kat website pembekal perkhidmatan sebelum melanggan. jangan percaya dengan kata sales personnel.
lagi satu , kalu jenis pakai internet kat umah (mana-mana tempat kat malaysia)aku suggest , guna streamyx. untuk selalu bertugas di luar kawasan pilihan ke celcom atau maxis. celcom coverage negeri-negeri pantai timur dan pantai barat line clear. tapi kena bayar rm 400 untuk dapatkan USB broadband gadget tu.
maxis pahang sahaja clear. maxis kepada yang gila download area klang valley dan mungkin penang and jb bolehlah pakai. area-area luar bandar janganlah pakai maxis,menyosal nanti. sebulan RM 138 kepada pelanggan guna maxis line atau bukan pelanggan maxis. sapa-sapa pakai postpaid , dapatlah RM 98 sebulan. USB gadget free , tapi kalu hilang bayar RM 900.
digi kepada mereka yang guna PDA sangat effisien digunakan . RM60 jer sebulan.
saja aku citer untuk pedoman kepada mereka yang nak pakai atau baru berjinak-jinak dengan internet. awas sesetengah dari mereka ini menggunakan "kontrak' semasa kita hendah mendaftar talian internet kita.
jadi , emak aku pesan baca dulu isi kandungan borang sebelum sain. jangan dok main bayor jer.
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment