Tuesday, December 2, 2008

siapa sini orang johor ..









johorean ..aku dah jadi sebahagian warga johor , bila kahwin dengan orang umah aku.
orang umah aku asal ayer hitam. yelah , budaya perak dan johor banyak berbeza. jawa pun jawalah. janji "world" . aku paling suka pasal johor ni , adalah bab2 makan.

aku publishkan gambar2 favourite dish orang johor (termasuk aku). satay , mee bandung muar , laksa johor , goreng pisang cicah sambal , briyani gam (aku pun tak tahu kenapa panggil gam) , nasi "ambeng" dan banyak lagi lah.. sup kambing.

kalu nak sedap makan mee bandung redah jer ke muar dekat bus stop (tepi sungai muar). satay mana2 pun boleh dapat. orang johor breakfast makan satay ? pelik jugak aku mula2 dulu. goreng pisang pulak cicah dengan sambal kicap (macam kita kat perak cicah sambal kicap dengan buah mempelam). yang ini aku tak boleh adapt lagi , bagilah aku RM 10.00 pun , aku tak akan cicah dengan sambal kicap punya.

nasi ambeng adalah nasi yang dihidang dalam talam bulat (macam makan style orang kat masjid tu)dicampur dengan lauk pauk macam ayam , ikan masin , tempe , mee hoon,kuih muih dan kek.setakat ni minuman rasmi adalah teh o panas. aku tanya jugak dengan pak mertua aku dulu , ganti dengan ais batu sirap tak boleh ke pak. dia kata tak boleh , itu tradisi orang johor. aku angguk jerlah.

makan nasi ambeng ni ada syaratnya.makan hanya seketika sahaja (adalah dalam 10 minit). kemudian stop , bungkus dan sambung balik makan kat umah. tujuannya supaya makanan itu dapat dikongsi sama dengan keluarga di umah.

bab air pulak , kena pekena air bandung sirap soda ..pergh ! mesti terangkat punya.
nak cuba .. mai secawen ..
kebaikan untuk tuan umah , tak payah basuh pinggan. semua tapau untuk jemputan.

2 comments:

Suhaila said...

Wei..buat aku terliur je tengok gambo makanan2 tu, aku suka mee bandung and laksa Johor, I like.....

owner said...

semuanya sedap, yela, makanan kan. nasi ambeng (tunggu ada majlis doa tahlil ke, baca yasin ke), laksa johor (aku selalu tunggu masa bazar ramadhan), hari lain ada jual, tapi sedap masa bln ramadhan. beriyani gam (masa nikah n tunang aku dulu, sebelah johor la). sate (kat mana2 pon ada,kuah kacang dia yg berbeza2,sedap ngn kureng je), pisang goreng (biasala tu, cicah ngn sambal kicap,lagi pedas lagi sedap)