Wednesday, December 3, 2008

Favourite kitaorang....

Ikan patin masak tempoyak


Terubuk bakar

Salam semua. Tu la pasal, man dah start citer bab makan2 ni. Apalagi, aku pon nak share la citer bab makan ni. Man citer pasal Johor, aku citer bab Perak plak. Sebenarnya ikan patin masak tempoyak ni favorite wife aku, aku pon suka gak. Kalu dah beli kat kedai, kenala makan sama2, kan ke membazir kalu tak abis. Aku la yg mengabiskannya. Dulu wife aku kureng skit ngn tempoyak ni. Sekali kenduri aku (tahun 2005), adala ikan jelawat masak tempoyak. Start ari tu la wife aku nak rasa je tempoyak masakan Perak ni. Asal balik Parit je, g mana2 kedai makan, mesti cari sama ada ikan patin / jelawat masak tempoyak.
Terubuk bakar atau mana2 ikan bakar la, lain skit kot cara cicah nya berbanding di Johor. Kalau di Johor, dah abis dibakar, diletakkan sambal atas ikan bakar tu, aku kurang suka cara camtu. Yela, dah terus pedas ikan tu. Tak dapat nak rasa skit2 yg belum kena sambal lagi. Aku suka kalau di Perak ni, ikan bakar dihidangkan ngn pelbagai sambal, air asam dll ikut suka kita la. Diasingkan dari sambal, jadi kita akan cubit skit2 daging ikan tu, n cicah ngn sambal atau air asam. Kalau kitaorang balik ke Perak, naik keta, waktu siang la, mesti singgah kat Tapah. Ada gerai ikan bakar dekat ngn Masjid Tapah n sungai (di pekan Tapah). Harga pon berpatutan, sedap pon ye. Ada pelbagai jenis ikan, jenis sambal termasuk sambal kicap, air asam dll. Eh...dah macam program Jalan2 Cari Makan plak ni, nanti si Maria tu plak yg tak leh cari makan plak.... Ok la, sekadar berkongsi info.

3 comments:

My Iskandarian said...

lapornya aku tengok ikan patin tempoyak tu .. awat dulu masa aku datang umah kau , wife kau tak masak pulak. kau saja nak pekena aku ni ishak. tak patut betul.

owner said...

gmbr tu gmbr kat kedai la kot, bkn wife aku masak. kalau wife aku masak,takan la aku tak kasi ko makan plak man. teruk benor la aku kalo gitu. Apa2hal pon, masakan Perak tu memang sedap bebenor la, kalau dah makan, teringat nak makan lagi, hehe

Suhaila said...

Ishak, nko pun suke kedai kat Tapah tu ye...itu favourite abah aku, kalau kami pergi atau balik KL mesti singgah situ, berjenis-jenis ikan bakar...ah rasa lapar la pulak (tak abis2 nak makan je kejenye)