Friday, December 26, 2008

demam denggi

mintak jauhkan ..
tapi kalu ada sesapa yang terkena jangan panik. masih ada jalan penyelesaiannya.
setakat ni tak ada penawar yang boleh musnahkan kuman deman denggi ni.
aku pernah ada pengalaman (ni nak citer ni), wife aku pernah kena sampai masuk icu.aku sampai berjaga tidur hospital dengan anak aku jaga wife aku masa sakit ni.

yang aku bengang dengan doktor ni (minta maaf kepada sesapa yang bergelar doktor di luar sana , kau orang semua ni baik), doktor kat hospital tu buat relaks jer masa attend wife aku. yang aku nampak dia check lebih kurang , lepas tu bagi statement "standard" setiap kali aku ada , dont worry she will be ok. we will take care of her. ini hospital yang ada "brand" kat klang valley ni.lepas tu dia blah. ada dekat 4 hari wife aku macam ni , keadaan tak berubah jugak.

platlet darah sampai dah cecah 20! buat pengetahuan semua masa demam denggi ni benda yang nak kena elakkan ialah jangan sampai platlet darah turun sampai tahap minimum (0-10). kadar normal platlet darah manusia biasa adalah 150.

memandangkan keadaan semakin teruk , dan wife aku dimasukkan ke dalam icu pada malam ke-4 , aku terpaksa buat apa yang tak sepatutnya aku buat.aku terpaksa guna plan b untuk menyelamatkan nyawa isteri aku. aku dah tak percaya dah (time tu) dengan hospital ni. check darah wife aku , kemudian kata keadaanya tak menunjukkan perubahan positif dengan muka selamba dan gelak-gelak kat kaunter. nak aje aku lempang nurse yang inform aku tu.

hello , aku bayar duit hospital (walaupun company aku yang bayar) bukannya masuk free. sepatutnya doktor hospital ni yang patut bagi tahu aku , macam mana nak selamatkan isteri aku. mujur anak aku faham , dan dia tak dak nangis-nangis ni.

dengan pertolongan makcik-makcik yang keje "cleaner" kat kilang aku (aku memang rapat dengan dia orang), aku buat kembali petua orang-orang tua. aku mulanya cuba bagi wife aku minum air tapisan daun betik yang ditumbuk lumat (perah airnya), memang pahit giler. inilah counter measure yang paling cepat aku boleh buat.perubahan ada , platlet darah tu ada naik tapi sikit sangat (dalam 5-6 sahaja).

tak berjaya aku terus ke plan c , cari ketam kat tesco dalam 6-7 ekor. balik umah aku rebus semua buat sup (aku ni bukannya reti masak), tapi penentuan hidup dan mati ni bukannya benda yang main-main. aku belasah jer masak.

masa masak jangan campur apa-apa perencah. tambah bawang putih dan garam sikit jer . kemudian aku bagi wife aku makan ketam tu dan hirup sup tu (termasuk patinya) sampai habis. aku buat satu mangkuk besar. dengan izin allah the next session , ambil darah esok pagi terus platlet darah shoot up sampai 60 dan seterusnya 120.

nurse yang kat wad tu siap pelik dan tanya aku "how come your wife can recover so fast , within two days?"
nasib baik nurse , kalu doktor yang attend wife aku tanya , nak jer kasut safety boot kilang aku hinggap kat muka dia. aku yang tak ada background medic ni pun (aku guna basic biologi dan kimia masa spm dulu jer) boleh settle masalah patient kat hospital. memang ....... betul doktor yang jaga wife aku tu.

lepas tu sibuk , buat general statement ,your wife tak boleh discharge lagi , kita kena monitor sebab darah dia tiba-tiba jer naik.elok dilempang jer doktor ni. tak pun saja jer dia tak bagi discharge coz nak claim lebih-lebih kat company aku. mana taknya , dapat bil hari tu , tu dia .. RM 6K ++. itu baru 7 hari punya rawatan.

jadi kepada kawan-kawan semua , kalu ada pengalaman sebegini nanti , lepas masuk ward pantau keadaan dalam 1-2 hari. tak ada improve jugak , korang fikirkah sendiri apa nak buat.
eloknya tanya ayah dan emak atau makcik-makcik yang banyak pengalaman. jangan dok sorang diam jer. tak kena bayar pun kalu tanya. lagi dia orang respect korang lagi adalah sebab hormat orang-orang lama ni.

aku ada jugak counter measure lain untuk denggi ni , tapi aku simpan jer dulu. takut nanti tutup pulak hospital. kalu ada kawan-kawan yang memerlukannya , calling-callinglah aku. aku tak charge apa-apa pun. jangan risau. apa gunanya ada blog , kalu tak boleh tolong kawan-kawan.

No comments: