Saturday, December 27, 2008

langkawi




bercuti .. semua orang suka bercuti.
tapi tengok budget jugak. kalu sesiapa yang agak selesa mungkin tak ada masalah.
aku suka tengok "destinasi budget" kat 8TV. dulu sebelum ulang siar , rabu malam khamis 9.30 pm. memang aku tak pernah miss punya. sekarang dia buat re-run hari ahad 11.30 am 8TV. tapi itu travel cara backpacker, solo bolehlah..yang dah berkeluarga macam mana?

ni nak citer. antara air-asia , mas dan fire fly, aku prefer fire fly. selain aku tak payah menapak ke lcct sepang yang adalah dekat 60 km dari umah aku , aku boleh terus ke subang airport yang ambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke sana.

memanglah stewardess air-asia menarik,tertawan kau memang da-bomb.. tapi aku pukul rata ambil kira service , ketepatan penerbangan , dan value added service yang dia offer. kita bayar duit beb. bukannya free.

so far aku gembira dengan fire fly. penerbangan on time , kalu terlewat pun setakat 5-10 minit jer. oleh itu log onlah ke www.firefly.com.my
browse package yang ditawarkan terutamanya hotel kerana tawaran yang diberikan memang berbaloi. apa pun pergi time off peak season adalah pilihan yang bijak.

satu lagi , kepada sesiapa yang nak travel ke langkawi , aku boleh dapatkan transportation (kete,mpv) yang murah sikit compare dengan yang korang nak pilih kat jetty atau airport. nak pergi island hopping pun boleh.adalah..untuk kawan-kawan.

Friday, December 26, 2008

demam denggi

mintak jauhkan ..
tapi kalu ada sesapa yang terkena jangan panik. masih ada jalan penyelesaiannya.
setakat ni tak ada penawar yang boleh musnahkan kuman deman denggi ni.
aku pernah ada pengalaman (ni nak citer ni), wife aku pernah kena sampai masuk icu.aku sampai berjaga tidur hospital dengan anak aku jaga wife aku masa sakit ni.

yang aku bengang dengan doktor ni (minta maaf kepada sesapa yang bergelar doktor di luar sana , kau orang semua ni baik), doktor kat hospital tu buat relaks jer masa attend wife aku. yang aku nampak dia check lebih kurang , lepas tu bagi statement "standard" setiap kali aku ada , dont worry she will be ok. we will take care of her. ini hospital yang ada "brand" kat klang valley ni.lepas tu dia blah. ada dekat 4 hari wife aku macam ni , keadaan tak berubah jugak.

platlet darah sampai dah cecah 20! buat pengetahuan semua masa demam denggi ni benda yang nak kena elakkan ialah jangan sampai platlet darah turun sampai tahap minimum (0-10). kadar normal platlet darah manusia biasa adalah 150.

memandangkan keadaan semakin teruk , dan wife aku dimasukkan ke dalam icu pada malam ke-4 , aku terpaksa buat apa yang tak sepatutnya aku buat.aku terpaksa guna plan b untuk menyelamatkan nyawa isteri aku. aku dah tak percaya dah (time tu) dengan hospital ni. check darah wife aku , kemudian kata keadaanya tak menunjukkan perubahan positif dengan muka selamba dan gelak-gelak kat kaunter. nak aje aku lempang nurse yang inform aku tu.

hello , aku bayar duit hospital (walaupun company aku yang bayar) bukannya masuk free. sepatutnya doktor hospital ni yang patut bagi tahu aku , macam mana nak selamatkan isteri aku. mujur anak aku faham , dan dia tak dak nangis-nangis ni.

dengan pertolongan makcik-makcik yang keje "cleaner" kat kilang aku (aku memang rapat dengan dia orang), aku buat kembali petua orang-orang tua. aku mulanya cuba bagi wife aku minum air tapisan daun betik yang ditumbuk lumat (perah airnya), memang pahit giler. inilah counter measure yang paling cepat aku boleh buat.perubahan ada , platlet darah tu ada naik tapi sikit sangat (dalam 5-6 sahaja).

tak berjaya aku terus ke plan c , cari ketam kat tesco dalam 6-7 ekor. balik umah aku rebus semua buat sup (aku ni bukannya reti masak), tapi penentuan hidup dan mati ni bukannya benda yang main-main. aku belasah jer masak.

masa masak jangan campur apa-apa perencah. tambah bawang putih dan garam sikit jer . kemudian aku bagi wife aku makan ketam tu dan hirup sup tu (termasuk patinya) sampai habis. aku buat satu mangkuk besar. dengan izin allah the next session , ambil darah esok pagi terus platlet darah shoot up sampai 60 dan seterusnya 120.

nurse yang kat wad tu siap pelik dan tanya aku "how come your wife can recover so fast , within two days?"
nasib baik nurse , kalu doktor yang attend wife aku tanya , nak jer kasut safety boot kilang aku hinggap kat muka dia. aku yang tak ada background medic ni pun (aku guna basic biologi dan kimia masa spm dulu jer) boleh settle masalah patient kat hospital. memang ....... betul doktor yang jaga wife aku tu.

lepas tu sibuk , buat general statement ,your wife tak boleh discharge lagi , kita kena monitor sebab darah dia tiba-tiba jer naik.elok dilempang jer doktor ni. tak pun saja jer dia tak bagi discharge coz nak claim lebih-lebih kat company aku. mana taknya , dapat bil hari tu , tu dia .. RM 6K ++. itu baru 7 hari punya rawatan.

jadi kepada kawan-kawan semua , kalu ada pengalaman sebegini nanti , lepas masuk ward pantau keadaan dalam 1-2 hari. tak ada improve jugak , korang fikirkah sendiri apa nak buat.
eloknya tanya ayah dan emak atau makcik-makcik yang banyak pengalaman. jangan dok sorang diam jer. tak kena bayar pun kalu tanya. lagi dia orang respect korang lagi adalah sebab hormat orang-orang lama ni.

aku ada jugak counter measure lain untuk denggi ni , tapi aku simpan jer dulu. takut nanti tutup pulak hospital. kalu ada kawan-kawan yang memerlukannya , calling-callinglah aku. aku tak charge apa-apa pun. jangan risau. apa gunanya ada blog , kalu tak boleh tolong kawan-kawan.

streamyx / maxis / digi / celcom

aku baru subscribe maxis broadband. ingat nak compare mana lebih hebat antara streamyx aku kat umah dengan broadband ni. yelah banyak aku dah dengar dengan kehebatan 3G maxis ni , sampai kat highway nkve siap terpampang billboard gergasi menunjukkan keunggulan maxis broadband ni. coverage broadband terluas di mana saja , gambar budak kecik depan pc.

mintak maaf pada sapa yang pakai maxis ni , bagi aku "hampeh". aku test kat ipoh , paling kuat dia boleh pergi 9.0 MB. siang lagi teruk (semedang "edge" sahaja). setakat ni tak cecah lagi UMTS.

kat kl , mungkin 3G ni biasa jer (bolehlah gebang), tapi yang aku bengang dia kata coverage broadband terluas tu yang aku tak tahan. tak baik tipu dosa. setakat ni aku puas hati dengan streamyx , walau pun maks setakat 100.0 MBps , tapi stabil dan jarang mengecewakan aku.

kepada kawan2 yang nak subscribe to broadband aku boleh bagi tips. check dulu coverage area korang kat website pembekal perkhidmatan sebelum melanggan. jangan percaya dengan kata sales personnel.

lagi satu , kalu jenis pakai internet kat umah (mana-mana tempat kat malaysia)aku suggest , guna streamyx. untuk selalu bertugas di luar kawasan pilihan ke celcom atau maxis. celcom coverage negeri-negeri pantai timur dan pantai barat line clear. tapi kena bayar rm 400 untuk dapatkan USB broadband gadget tu.

maxis pahang sahaja clear. maxis kepada yang gila download area klang valley dan mungkin penang and jb bolehlah pakai. area-area luar bandar janganlah pakai maxis,menyosal nanti. sebulan RM 138 kepada pelanggan guna maxis line atau bukan pelanggan maxis. sapa-sapa pakai postpaid , dapatlah RM 98 sebulan. USB gadget free , tapi kalu hilang bayar RM 900.

digi kepada mereka yang guna PDA sangat effisien digunakan . RM60 jer sebulan.

saja aku citer untuk pedoman kepada mereka yang nak pakai atau baru berjinak-jinak dengan internet. awas sesetengah dari mereka ini menggunakan "kontrak' semasa kita hendah mendaftar talian internet kita.

jadi , emak aku pesan baca dulu isi kandungan borang sebelum sain. jangan dok main bayor jer.

Thursday, December 25, 2008

cite pasal gawat

untuk sapa2 yang bekerja di industri , 2009 akan jadi tahun yang sukar.
retrenchment , vss , shutdown , pakej berhenti beramai-ramai.. adalah perkataan2 yang tak nak kita dengar.tak payah aku citer pasal statistik pemberhentian pekerja sehingga semalam.hangpa semua dah tahu dan boleh baca dalam paper.

di sektor gov , aku rasa merekalah yang boleh menarik nafas lega sebab tidak terjejas dengan kekalutan ekonomi yang berlaku sekarang.

apa yang kita boleh buat . hanyalah tunggu dan lihat. mana2 job-street yang tak aktif , inilah masa yang sesuai untuk "mengaktifkan" job-street anda.

ada peluang baik di tempat lain , pandai2lah korang pikir sendiri.

tak pun , standbylah apa-apa bisness cam jual dvd ker , cari tapak bazar ramadan kat jalan masjid india, jaga anak orang ker .. entahlah

honda city 2009




price on the road RM89K ..
tengah gawat-gawat ni , teman rasa elok kita sama-sama berjimat cermat dulu.

pesanan ini di taja oleh iskandarian86@gmail,com

tupai-tupai






iskandar bestari



iskandar bestari , sri-iskandar ahad , 21 disember 2008
pertemuan dua sahabat yang terpisah sejak 22 tahun berlangsung dengan jayanya.

aku balik parit sebab ex-budak kilang aku kahwin kat teluk bakong (hadir bagi supportlah ..).
dah lalu sri-iskandar aku call khairil ,(dia tengah cat umah baru dia) , boleh datang umah ke.
dia tunggu aku kat "pintu gerbang" dan aku follow dari belakang ke umah dia.

wife,dua orang anak perempuan dan emak khairil melayan aku , isteri dan hero aku dengan baik. thanks bro ..
nantilah senang aku datang lagi.

wife khairil bertugas sebagai guru di sekolah menengah kg gajah. khairil mengajar di sekolah sri-iskandar,bota. anak yang pertama nak tahun satu 2009 (sama macam hero aku).
besar umah dia yeop. teruja aku.puas hati sungguh.siap ada laman bercucuk tanam lagi.
gambar ni hero aku yang snap. kira oklah tu.

apa pun , khairil dan isteri selamat bertugas semula 2009.

Wednesday, December 24, 2008

Apa Cite?

aswbt...

apa cite? sonyap ajo!
meh kita story morry sikit... tapi cite apa yek...
hmm mula2x nak mengumpat maswani dan syed...teruk benor meke menuntut ilmu blogging niihh sampei la ni tak blogging pun!!! ha ha ha
yang keduanya kepada mior ooooh i reckon u r currently a lecturer in the teacher's college as mentioned in ur comment...btw you've not answered my Q whether u r married or not. who knows i might come over to sabah one of these days...i've been to kk in 2003. that was my first trip ie. attending a meeting, hope it will not be the last... i agree with u that we need to eat well esp at this age, not so old though but for ladies our metabolisme rate is going downwards. so a good piece of advise is to cut down on the carbo ladies and gentlemen!
yang ketiganya, sukacita saya menjemput diri saya ke rumah sesiapa yang menjemput saya pada cuti yang panjang lagi panjang hujung minggu ini. saya akan berada di ipoh..so org ipoh bolehlah jemput saya yek..kalau ada gathering count me in ok.
yang terakhirnya, Selamat menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru.
BYE BYE Ta Ta Ti Tuu.. Take care and have a good weekend!

Salam.
Adlina

Thursday, December 4, 2008

Selamat Pagi Kengkawan

Assalamualaikum wbt...Aku bukan tak nak menulis tapi tak ade cite menarik untuk distory mory kan...lagi pun Shahriman dah tolong tulis on my behalf , ok la tu (ala2 Saida). Aku bekerja sebagai Librarian dekat UniKL RCMP (Royal College of Medicine Perak). Kolej ni mengeluarkan doctors, nurses, pharmacists, radiographers and in future physiotherapists... So sesapa yang ada sedara mara yang nak jadi seperti yang di atas boleh la syorkan tempat nie (siap promote lak). Selepas aku grad dari UiTM 1999, sampai la nie aku keje dan menetap di sini hahah nak2 kawin lak dengan orang Ipoh. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada sumer samada yang jauh ataupun dekat...

Salam Aidil Adha Buat Semua

Salam Aidil Adha buat semua drp Ishak, Annyss n Firass Irfan. Semoga Aidil Adha ini memberi seribu pengertian dan pengajaran buat kita semua.
Insya-allah sok malam aku balik kampung di Parit Jaya dgn keretapi. Kulai - Ipoh. Mungkin dlm 1 minggu ni tak ber blog, ber shoutbox dll. Off line la kejap. Hanfon tetap online 24hrs. Tuan hanfon, time tido off la kejap.

Sengaja pilih pengangkutan awam - keretapi kali ni, saje nak bagi anak merasa pengalaman naik keretapi. Tambah plak dah 2 bulan berturut2 bawa keta dari Kulai, mula2 raya awal bulan Oktober pastu akhir Oktober, abah masuk wad pulak.

Sapa2 nak try naik keretapi g jalan2, sila la. Tak mahal mana, lebih kurang harga tiket bas ekspres je. Naik keretapi best, boring2 leh jalan2 dari kepala sampai hujung. Favorite aku mana lagi, kantin la, walau mahal sikit dari kantin biasa. Siap2 kan la ration sendiri dlm beg, maggi, air ke apa ke, jimat sikit.

Superior Class (Dahulunya Kelas ke-2 kot)
Stesen keretapi Ipoh, penuh bersejarah, antik dan menarik

Wednesday, December 3, 2008

suhaila ishak



aku call suhaila masa lunch break tengah hari tadi.adalah dalam 8 minit 42 saat aku bercakap dengan dia. dia tengah shopping beli barang umah kot.

masa nilah aku boleh call pun , kalu call malam karang takut aku kena suspect pulak dengan orang umah dia (gurau jer ..).

terkini tentang suhaila ; bertugas di ipoh (perak medical centre) , menetap di rapat setia , mempunyai dua cahaya mata. abah suhaila , baru lepas operation mata. sapa2 yang ada free lalu padang tenggala , bolehlah kot melawat cikgu ishak bin yahya kita.

yasmin ..? aku tak ingat , ada sapa2 yang ingat selain suhaila. katanya pernah sekelas dengan kita dari darjah 1 sehingga darjah 2. tolong gebang2 sikit kat "shout box".
apa pun suhaila , teruskanlah perdebatan kau dengan ishak berkenaaan subject ketinggian kau tu. maleh den nak campor.

cara-cara blogging

untuk kawan2 , sebagai panduan.

1. anda perlu menghasilkan akaun e-mail gmail.
caranya : lawati http://www.gmail.com
ikut arahan yang diberi dalam menu tersebut hingga selesai

contoh : whiterangers@gmail.com

2. hantarkan alamat e-mail ini kepada
iskandarian86@gmail.com

3. iskandarian86 akan menghantar "invitation" untuk jadi "author" aka penulis blog
ke dalam akaun e-mail gmail anda

4. periksa "inbox" anda dari masa ke semasa.
setelah menerima e-mail daripada iskandarian86 , ikut arahan seperti di bawah

contoh : whiterangers@gmail.com
a. klik kat your inbox (message dari iskandarian86)
b. klik kat link yang ada "invitation" untuk jadi "author" aka penulis blog dari iskandarian86. ini bermaksud anda telah menerima "invitation" untuk jadi "author" blog iskandarian86.

link itu akan pergi ke http://www.iskandar-shah86.blogspot.com

sebelum start blogging

1. Gerakkan mouse ke
Sign In (top page right hand side corner)

2. Pergi ke right hand side top corner
Sign In To Use Blogger
with your Goggle account

masukkan : username (e-mail : whiterangers@gmail.com)
password : xxxxx (masukkan awak punya password)

3. Tekan Sign in atau Enter
4. Anda berada di menu "Dashboard"
gerak mouse ke "New Post" , Enter

5. dalam menu New Post :
tulis dalam box yang disediakan.
dah habis tulis dalam box tu , gerak mouse ke "Publish Post" , tekan Enter

6. untuk lihat apa yang suhaila tulis tadi , gerak mouse ke "View Blog"

perlukan beberapa saat , sebelum appear kat web blog

selamat mencuba

maswani dan syed

maswani ada call aku dalam 8.20 pm tadi. dia dok teruja nak joint blogging , especially nak menjawab balik soalan dari adlina tentang siapa "gadis misteri" yang jadi wife dia sekarang.

tak lupa , rasa tercabar jugak bekas Hero Parit & Ipoh ni , lebih2 lagi dah ada saingan dari "jejaka idaman malaya" yang ramai peminat dalam laman blog ni. aku minta dia send e-mail add pada aku esok , dan tuition on-line aku akan bagi dalam e-mail. siap dia mintak nak upload gambar terbaru dia lagi. kita tunggu sajalah nanti.

syed , bersms dengan aku adalah dalam 6-7 sms. macam-macam info dia hantar tentang "sejarah" diri beliau. tak lupa tentang ahmad nizam yang dikhabarkan sekarang menetap di damansara. sebelum ni syed bertugas di kl (mindef), dok kat setiawangsa. sekarang bertugas di manjung. apa pun syed , kau turun seksyen 19 shah alam nanti , jangan lupa calling aku. kita boleh pekena nasi kandaq syed restaurant kat seksyen 2.

terima kasih kepada keduanya kerana sudi memeriahkan lagi komuniti blog iskandarian86.

Yahoo Messenger (YM) ID Iskandarian Batch 1981-1986

Salam semua. Aku cadangkan kita share YM ID dan bolehla kita berchatting di YM, kalu sapa2 ada webcam pon bolehla nak tengok n jengok kawan2 kita ni di alam siber penuh ICT ni. Kalau sapa2 berminat la, ni bukan paksaan. Yela, kena gak minta izin org rumah ke, suami ke, tunang ke sapa2 ke, takut tersalah tafsir plak kan.
Aku rasa semua kawan (takpon majoriti) kawan2 aku tau apake benda YM ni, kalu tak tau, godek2 je la komputer tu. tanya aku pon boleh. Apa2 pon, kena ada akaun Yahoo, pastu add la id sapa2 yg kita nak add.
Sebagai permulaan, aku bagi ID aku je dulu, korang add la....nak kasi org lain, kena minta izin plak nanti.

ishak : ishakmh

kepada kawan2 yg ada id YM dan ingin tambah id YM di sini boleh tambah kat ruangan komen... senang2 aku akan edit semula...
Bukan apa, dgn YM ni, macam2 ada.
1. leh chatting tak ingat punya
2. leh tgok gmbor live (cam sidang video) - kena ada webcam la (kamera)
3. leh tepon sesama kita - kena ada microfon n speaker (aku rasa speaker smua org ada)
4. tukar2 file, send file, share file dll
yg paling penting, smuanya FREE!!! kita bayor bil internet je (atau bil fon biasa je)
Org bangla, nepal suka benor ngn YM ni, leh sembang2 seantero dunia, free la katakan

Selamat ber YM!!!

Favourite kitaorang....

Ikan patin masak tempoyak


Terubuk bakar

Salam semua. Tu la pasal, man dah start citer bab makan2 ni. Apalagi, aku pon nak share la citer bab makan ni. Man citer pasal Johor, aku citer bab Perak plak. Sebenarnya ikan patin masak tempoyak ni favorite wife aku, aku pon suka gak. Kalu dah beli kat kedai, kenala makan sama2, kan ke membazir kalu tak abis. Aku la yg mengabiskannya. Dulu wife aku kureng skit ngn tempoyak ni. Sekali kenduri aku (tahun 2005), adala ikan jelawat masak tempoyak. Start ari tu la wife aku nak rasa je tempoyak masakan Perak ni. Asal balik Parit je, g mana2 kedai makan, mesti cari sama ada ikan patin / jelawat masak tempoyak.
Terubuk bakar atau mana2 ikan bakar la, lain skit kot cara cicah nya berbanding di Johor. Kalau di Johor, dah abis dibakar, diletakkan sambal atas ikan bakar tu, aku kurang suka cara camtu. Yela, dah terus pedas ikan tu. Tak dapat nak rasa skit2 yg belum kena sambal lagi. Aku suka kalau di Perak ni, ikan bakar dihidangkan ngn pelbagai sambal, air asam dll ikut suka kita la. Diasingkan dari sambal, jadi kita akan cubit skit2 daging ikan tu, n cicah ngn sambal atau air asam. Kalau kitaorang balik ke Perak, naik keta, waktu siang la, mesti singgah kat Tapah. Ada gerai ikan bakar dekat ngn Masjid Tapah n sungai (di pekan Tapah). Harga pon berpatutan, sedap pon ye. Ada pelbagai jenis ikan, jenis sambal termasuk sambal kicap, air asam dll. Eh...dah macam program Jalan2 Cari Makan plak ni, nanti si Maria tu plak yg tak leh cari makan plak.... Ok la, sekadar berkongsi info.

Tuesday, December 2, 2008

bercuti ..





aku sambung nanti ..
saja nak kongsi pengalaman bercuti. sapa2 yang mungkin nak bercuti secara solo atau berkeluarga , luar dari malaysia, aku boleh tolong bagi tips tempat2 yang aku dah pernah sampai.alhamdulillah rezeki dari allah.

biasalah, airasia.comlah. mana lagi nak cari tambang murah.
kalu ada sapa2 yang nak gi bali , indonesia(kalu yang dah pergi , dengor jelah yee.) , aku boleh recommend tempat yang boleh shopping , melawat atau tinggal.

kalu pergi bertiga , dalam RM 2000 tu dah boleh kawtim semua (termasuk tiket , penginapan ,makan+minum , shopping dan transport).aku punya tiket dulu RM 200.00 per head flight pergi balik.

aku bahagikan lebih kurang :
a. tiket pergi balik untuk 3 orang RM600.00
b. penginapan RM150.00 per night (hotel 4 bintang) , lagi kurang bintang lagi murah
4 malam = RM600.00
c. upah tourist guide untuk trip 5 hari RM350.00 to RM400.00 (bergantung kepada nego dengan supirnya,kena pandai tawar)
supir aku dulu masih contact dengan aku. bolehlah aku recommend tolong kawan2 kalu ada sapa2 yang nak pakai "tourist guide" aku dulu.

d. makan minum katakan RM150.00 (nasi padang/minanglah jawabnya)

ada baki RM 250.00 lagi untuk kasi orang umah shopping. berjuta rupiah tuu..
sapa kata tak boleh melancong ke luar negara. dengan syarat kumpul duit dulu banyak2.

perodua mpv 2009



perodua mpv atau proton mpv?

aku .. 27 tahun lalu



masa ni aku darjah satu

siapa sini orang johor ..









johorean ..aku dah jadi sebahagian warga johor , bila kahwin dengan orang umah aku.
orang umah aku asal ayer hitam. yelah , budaya perak dan johor banyak berbeza. jawa pun jawalah. janji "world" . aku paling suka pasal johor ni , adalah bab2 makan.

aku publishkan gambar2 favourite dish orang johor (termasuk aku). satay , mee bandung muar , laksa johor , goreng pisang cicah sambal , briyani gam (aku pun tak tahu kenapa panggil gam) , nasi "ambeng" dan banyak lagi lah.. sup kambing.

kalu nak sedap makan mee bandung redah jer ke muar dekat bus stop (tepi sungai muar). satay mana2 pun boleh dapat. orang johor breakfast makan satay ? pelik jugak aku mula2 dulu. goreng pisang pulak cicah dengan sambal kicap (macam kita kat perak cicah sambal kicap dengan buah mempelam). yang ini aku tak boleh adapt lagi , bagilah aku RM 10.00 pun , aku tak akan cicah dengan sambal kicap punya.

nasi ambeng adalah nasi yang dihidang dalam talam bulat (macam makan style orang kat masjid tu)dicampur dengan lauk pauk macam ayam , ikan masin , tempe , mee hoon,kuih muih dan kek.setakat ni minuman rasmi adalah teh o panas. aku tanya jugak dengan pak mertua aku dulu , ganti dengan ais batu sirap tak boleh ke pak. dia kata tak boleh , itu tradisi orang johor. aku angguk jerlah.

makan nasi ambeng ni ada syaratnya.makan hanya seketika sahaja (adalah dalam 10 minit). kemudian stop , bungkus dan sambung balik makan kat umah. tujuannya supaya makanan itu dapat dikongsi sama dengan keluarga di umah.

bab air pulak , kena pekena air bandung sirap soda ..pergh ! mesti terangkat punya.
nak cuba .. mai secawen ..
kebaikan untuk tuan umah , tak payah basuh pinggan. semua tapau untuk jemputan.

Monday, December 1, 2008

tentang khairil azam

aku call khairil jam 8.20 pm tadi. saja nak tahu perkembangan terbaru dia. adalah dekat 10 minit 43 saat aku bercakap dengan dia. aku pulak on the way balik keje.

mula-mula slow jer dia cakap dengan aku , lepas tu dia borak macam aku ni tengah dok sebelah dia minum teh tarik. siap dia kutuk aku lagi "jawa-rangers". apa pun gembira dapat bertemu semula. aku invite untuk joint komuniti blog kita macam narimah , red.rangers , adlina dan ishak.

khairil telah berkeluarga dan mempunyai dua anak perempuan (yang sulung darjah satu tahun 2009 , boleh berbesanlah kita yee ..). beliau menetap di perumahan di sri iskandar (sebelah uitm perak). mengajar di sebuah sekolah. orang umah , orang perak jugak. katanya tak lama lagi sani akan dok berjiran dengan dia. nantilah aku lalu sana nanti , aku datang umah korang nanti. siapkan air jer.