Friday, November 14, 2008
parit satu ketika dulu
gambar 1 : jalan nak ke parit jaya / kampung raja / tanjung belanja.
yang atas bukit tu sekarang ni dah ada sekolah kebangsaan.
cuma aku confuse sama ada itu follow up generasi sek iskandar
shah atau sek kebangsaan parit. mungkin budak-budak parit boleh
tolong perjelaskan. tepi jalan tu ada sek chung hwa (sek cina) , atas
sikit tepi jalan tu adalah bekas tapak umah tun mohd asri.
jalan kecik belok ke kanan naik bukit , nak ke umah adlina (dulu-dululah)
gambar 2 : kedai tepi jalan dekat simpang empat.
gerai palig hujung menghadap jam besar tu , dulu-dulu
ada jual "ais kepal" , 50 sen jer satu (lapik dengan helaian kertas surat
khabar. ais kepal ni macam "mini abc" , taruk air sirap kat atas bebola
ais yang dikisar dari air batu.
nyonya yang jaga gerai tu masih ada lagi , masa aku lalu depan gerai dia.
cuma sekarang dia dah tak jual lagi kot ais kepal ni .. dia cakap kat
aku , mahu beli mainan untuk anak .. sayu aku dengor.
gambar 3 : pasar parit (versi moden)
kat sinilah tempat orang parit beli ikan , sayur , ayam dll.
dulu mana ada tesco beb ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yg kat atas bukit tu, sk parit,dah pindah dari kg. padang bola.srk iskandar shah, ha yg tgah dlm construction tu,amik alih tapak pejabat tanah daerah (dulu la, skrang pjabat ni dah pndah sri iskandar). gmbar pasar tu, org parit panggil "merkit" (in BI, market). kalu hari isnin, ,merkit ni tak ramai org la, ramai dok sebok kat "pekan senin", kat johor lain skit istilah dia, kalu dari pagi, "pasar pagi", kalu sebelah malam ke, dipanggil "pasar lambak". agaknya barang2 dilambak2 kot masa dijual.
Post a Comment