Tuesday, November 11, 2008

kerana mu iskandarian


aku balik ipoh jumaat lepas.
rutin bulanan melawat ayah dan emak aku.
aku memang plan nak ke parit pagi sabtu,nak snap sebanyak
mungkin gambar-gambar kat parit.

dah rezeki aku,aku contact arbaiyah dapat jugak akhirnya (kali ke berapa aku pun tak ingat dah..kejap tu aku call dia tengah driving,kena saman dengan polis kang, bayah suruh aku pulak bayor nanti).



kredit kepada narimah yang beri aku contact number bayah sebelum ni.
berbual lebih kurang , bayah forward nombor-nombor yang dia ada.

dapatlah aku perluaskan jalur lebar iskandarian86 kepada zulkarnain,raja ahmad dan zafrina.aku ingat nak jumpa zul petang sabtu ,pekena teh tarik kat gerai mengadap pulau cempaka sari tu..syahdu tuu.
tak da rezeki kot , zul ada hal keluarga di manong.lain kali jerlah kalu aku ada ke parit nanti.

apa pun aku mengisi masa selama beberapa jam di parit untuk snap gambar-gambar yang mungkin boleh buat hangpa semua tersenyum sorang-sorang mengadap pc.

apa pun aku salut pada zul,dia sms subuh-subuh kat aku nombor-nombor syed,maswani,lan batu 7 dan khir.pukul 6.20 am tu ..(sejuk perut emak kau zul mengandungkan kau..solat subuh tu).itu yang membuatkan aku lagi bersemangat nak buat reunion ni..

No comments: