Saturday, November 15, 2008

kisah di sebalik akan datang










aku tak nak komen apa-apa dulu.
tunggu komen daripada yang empunya diri yang pernah duduk kat umah
ni suatu ketika dulu ..

gambar yang nombor 4 tu goyang sikit (gambar2 yang lain ok pulak), sebab masa aku nak mara masuk ke dalam umah untuk snap few more photos , bulu roma aku dah start naik 90 darjah. tu yang cancel tak jadi masuk , terus jer aku gerak balik. macam ada benda dok perhatikan aku jer dari kawasan sekitar umah tu.lagi pulak time tu hujan renyai-renyai tengah turun.

sebelum sampai kawasan ni , aku ada sembang dengan sorang pakcik yang tinggal agak jauh dari kawasan umah ni. beliau sempat sedikit sebanyak menceritakan pada aku tentang sejarah umah tu (mungkin dia dah duduk lama kot kat area situ).
menurut beliau dah hampir 4 tahun umah tu ditinggalkan tak berpenghuni. aku tanya kenapa orang tak roboh jer umah tu , sebab dah tak ada orang duduk. pakcik tu senyum je kat aku (membuatkan aku blur sekejap ..).

aku ingat nak snap gambar pakcik ni untuk load dalam blog kita , tapi beliau menolak (mungkin dia ingat aku nak buat double impose gambar dia kat internet kot). tak da pakcik saya jenis orang "baik punyer".

sebagai langkah keselamatan , aku gi tempat ni jalan kaki sorang-sorang (kete aku park jauh kat luar). kononnya petua dari aku , kalu ada "benda" nak ikut balik dia tak jadi nak ikut sebab aku jalan kaki.. dia akan complaint penat , jalan jauh.
entah yer ke idak (teori aku jer ni). dah macam "seekers" pulak aku ni..heheheheheh

sampai kat kete , aku lepak jap dalam 5 minit sebelum gerak terus tinggalkan tempat tu. alhamdulilah , semuanya selamat.
ini semua aku lakukan demi kerana mu iskandarian86.

3 comments:

owner said...

brani sungguh ko ni man, bagusla sbb rajin tahap 3 ni, hehe. aku tau rumah sapa tu sbb aku pnah g beraya rumah DO Parit ngn abah n kawan abah aku, ada open house tak salah aku. tapi rasanya bkn masa ayah kawan kita tu jadi DO kot...

My Iskandarian said...

berani.berani tahap gaban tu.

wife aku dapat tahu , mengamuk sakan dia kat aku , masa aku cite kat dia hari tu.nyaris dia cool balik lepas aku bawak dia belanja makan.

tapi memang betul , semacam jer masa aku buat photo shooting hari tu.kalu nak try , bolehlah set time.

Unknown said...

salam..
saya pernah tinggal di rumah tu dulu..tapi masa saya duduk di situ x ada apa2 pun..ok je..mungkin sebab dah dibiarkan lama kot...itu yg nampak scary tu..