Sunday, November 30, 2008

Cerite Parit di TV3 - Parit dah masok TV !!!

Salam semua. Aku sekadar nak berkongsi info. Takde kena mengena ngan aku ada saham dlm Media Prima ke TV3 ke, saham ASB adalah, tu pon x bnyk mana la.

Citer : Tain 3T (Tain Turun Town)
Setiap Ahad, jam 9.00 malam
di TV3

Bagi sapa2 yg nak tengok Parit 2008 yg terkini dan mengimbau kisah2 di Parit, leh la tgok citer ni. Leh la citer kat anak2 ke, suami2 ke, isteri2 ke.
Kalo tak sempat nak tengok sebab ada CSI kat cenel Astro ke, leh je tengok citer ni kat "catch up tv" di http://www.tv3.com.my/ , cari je tajuk citer Tain 3T. Dengor je la loghat Parit yg digunakan. Aku rasa, ada yg betui, ada yg kurang tepat sikit la. Almaklumla, bkn semua org Peghok yg jadi pelakonnya. Bangga wehh... Parit 1 dunia n 1 Malaysia dok tengok......
Selamat Menonton !!!!

Akhirnya bertemu jua di Indahpura...

Man dan bapa mertuanya singgah ke teratak aku, 29 Nov 2008

Sedap betul berbual, maklumla dah 22 tahun tak jumpa

Bergambar kenangan bersama bapa mertua

Salam buat semua, yg masih mengenali diri ini, mahupun yg mgkin dah ingat2 lupa. almaklumla dah 22 thn, biasala tu. kekadang, nama lupa, org nya ingat, kekadang nama ingat, org nya lupa. Semalam, man singgah ke teratak aku yg tak sepertinya tu bersama bapa mertua dia. trima kasih la man sbb sudi singgah ke teratak aku. Bagus man ni, raya dulu tak berkesempatan nak jumpa, dapat jumpa abah n mak aku je d Parit Jaya. Semalam, akhirnya dapat la jumpa di Indahpura, Kulai. Dari Ayer Hitam, rumah mertua sampai ke Kulai dlm jam 4.50pm. Dapatla berbual dlm 1 jam 1/2.
Banyak citer yg dibualkan, tapi rasa cam tak cukup masa plak. Kalu tulis esei, mau panjang berjela n tak abis2 angkat tangan nk mintak kat guru pengawas kertas jawapan tambahan. Apa2 pon, topik perbualan kitaorg berkisar tentang apa yg kitaorg buat lepas sekolah rendah n citer tentang kawan2 yg kitorg penah jmpa, paling ramai jmpa, man la sbb dia bnyak buat homework. Manataknya, komputer dia digodek2nya smpai semua gmbar batch kita dijumpai!
Kalu ditengok dari gambar tu, ada persamaan yg ketara antara man ngn aku, hehe. rasanya semua org boleh nmpak kot, apalagi saiz badan la. Yela, hati senang kot, tambah plak dah berkeluarga ni kan, senang benor berat nak naik, nak turun menciput2 je. Dia datang ngn inlaw dia je, wife sibuk masak kot kat kampung, hero apalagi, dah jmpa sepupu sepapat, mesti tak ingat nk main punya. Lain kali datang lagi, bawa famili leh tido rumah aku. Lehla aku bawa round JB ke mana ke, sempat la nk makan2 n borak2 lagi. Takpela, dapat datang n jmpa semalam pon dah bagus sangat tu.
Dalam jam 6.15 man dah nk gerak balik dah, yela katanya nak singgah2 kejap je, minum2 petang, bual2. Inlaw dia org Jawa, sama la ngn org rumah aku. Jadi aku ni faham la skit2 style org jawa cakap, kadang2 leh faham maksud dia, tapi nak balas balik dlm bahasa jawa tak tau la aku. Karang berabuk Jawa aku, lagi org lain tak faham.
Anyway, thanks to Man n his father inlaw, sudi datang berkunjung ke Indahpura. Kata org Johor, "jangan serik datang ke rumah aku lagi", maknanya.....yg aku faham la kan, "senang2 lepas ni datang la lagi ke rumah aku". Jangan salah faham plak, maksudnya bukan kata, "jangan datang lagi ke rumah aku, ko tak serik2 ke", hehe. Lain negeri, lain adatnya, lain perkataan, lain maksudnya. Yela, dah dapat jodohnya ngn org jauh, org Johor. Org Perak makan pisang goreng cicah ngn gula, org Johor cicah ngn kuah / sambal kicap, lain kan?
Ok la, lain kali ada kesempatan, insyaallah aku akan mencoret lagi d blog ni. Kasi can kat kawan2 lain plak nak post kat blog ni. Kalau ada sapa2 kawan2 aku yg mgkin kawin ngn org Johor ke, ada sedara mara ke kat sini, kalu dtg ke Johor, leh la singgah ke teratak aku ni. Leh la kita mengukuhkan silaturrahim yg terjalin sejak bangku srk iskandar shah, parit.
Kalau ada sapa2 nak tengok wajah terbaru aku ngn famili aku, bolehla tengok dlm friendster org rumah aku, ni adres dia http://profiles.friendster.com/annyss1987 , saje aku tak link kan, kasi kerja sikit kat korang utk copy n paste pada internet browser, hehe. Aku takda rahsia2 ni, takda apa2 misteri, nak tunggu reunion, lum lagi kan. Kalau jumpa aku d mana2, tegur2 la, yela mungkin tak perasan sebelum ni pernah terjumpa ke kan.

Friday, November 28, 2008

banyak betul peminat ..



"jejaka idaman malaya"

Salam Semua

aswbt.. apa khabar semua. terima kasih man sbb tolong testing blogging utk saya. kali ni betul saya yang menulis ha ha ha..jenuh le menuntut ilmu dgn man nak start menulis dlm blog ni.
man, awat le hang pi taruk gambor den? kita nak remain jadi mystery woman dah tak jadi daaa...
hmm cite pasal rmh lama .. idak le toilet di luar aje en. man ooii..dlm rumah tu ada 3 attached bathroom (3 bedroom). toilet tu utk kegunaan org masa di luar atau di bawah.. kebanyakn masa dulu dihabiskan di luar tu. we used to use one of the three rooms available as the kitchen. am not sure whether the three rooms are still there when man made his academia visit. in addition to that my late grandma also stayed in one of the rooms downstairs. those days mana ada takut penyangak ni..relak aje tidor di bawah walaupun hanya dipagari oleh dinding zink ..mana ada grill pun masa tu. hantu dll tu dari dulu ada..mmg rmh tu agak keras juga masa kami sekeluarga tinggal di sana. tapi alhamdulillah gangguan kecil ...
apa lagi yek? ramai juga man berjaya menjejak kasih yek.. baguih le.. no doubt my stint at iskandar shah was only for a year, hence i have to admit that i couldn't remember most of our classmates name... names like suhaila, maharnisah, norzie, arwah Qadri, maswani are close to heart pasal depa ni dok dekat ngan i dlm kelas... tapi ketua kelas le i lupa lak hee hee jangan marah man. however when man mention some of the names and post pictures it all rings a bell and certainly brings back those good memories.. mazlan yes i remember u..u r the one with the smiling face...during those days..la ni tgk dlm gamabar tu masih senyum juga..to maswani if u r reading this saja nak mengusik: org rumah ex RPS ke..he..hee... maswani ni hero seantaro ipoh masa zaman muda2x gitu ye ke maswani? jangan tak tahu kekawan. ha ha jgn marah
kalu jumpa u all tentu i dah tak kenal wpun selisih bahu..kalu u all cam i tegurlah yek. to narimah i used to stay in Taman Keramat AU2 from 1997-2004..selalu gak lepak di Setiawangsa tu.
ok i guess that is about it for now.
Selamat Menyambut Aidil Adha and have a good weekend.

Salam

Terima Kasih Shariman

Terima kasih shariman sebab tolong tulis untuk aku.... macam bagus aje menterima kasih diri sendiri. Pada semua org yg menulis yg ada gambo aku tu si Shariman yg tulih bagi pihak aku. Ini baru aku. Apa kabo kekawan. Tak silap aku gambo sebelum ni gambo Norziha dgn Zul. Lagi sorang aku lupa. Aku dah tgk gambo lama sek kita yg si Shariman tngkp. Macam tak puas hati aje aku tgk sek kita. Mcm tinggalan zaman perang aje. Aku try tepon Bakyah nak tanya perkara sebenar. Si minah tu tak angkat2 dah 2 hari aku tepon. Apa pun salam utk semua..... harap boleh jumpa lagi ramai kawan lama. For shariman.... aku dah try masuk google nak cari gambar mior azman tapi tak dapat. ada sesapa boleh tlg aku???? saja nak cari gambar musuh baik lama aku tu. salam.... narimah

proton mpv 2009









sapa2 yang berminat boleh view dulu gambar2 ini.
nampak luas semacam jer ..

sesuai untuk yang ada family besar.
sorrylah , aku ni patriotik sikit.

"malaysia boleh"

sorang lagi dah jumpa


anda pasti .. siapakah yang memakai cap terbalik ini..
jawapannya .. zass

Thursday, November 27, 2008

mari berkenalan



kuat bersukan nampaknya bro ..
anda mesti kenal wajah ni ,
tapi siapa yee ..

ehem-ehem .. minta mc boleh puan


ada sapa-sapa nak cuba teka.
dulu senyap jer masa duduk dalam kelas.

salam


aswbt,

testing saja dulu ..
nanti ada masa free saya start "blogging".

"selamat hari raya aidil adha" untuk kawan-kawan semua.

tumpang lalu ..


inilah first time aku nak joint komuniti blog iskandarian86.
terima kasih pada shariman yang susah payah mengumpulkan kawan-kawan masa sekolah kat parit dan ajar aku cara nak "memblogging" ni.

aku memang bangga dapat sekolah kat srk iskandar shah parit (orang parit kata sekolah orang putih). kalau tak ada sekolah tu , tak jadilah aku orang macam sekarang.

Wednesday, November 26, 2008

sotong masak pedas satu ..


aku jumpa raja ahmad malam tadi kat pandan jaya. dah kebetulan aku ada kat kl , aku ajak dia keluar dinner sekali.hujan lebat giler kat kl masa tu .

terkezut aku bila lihat perubahan raja sekarang.dah tak kurus macam dulu (badan dia dah berketul sekarang , angkat besi kot ..). kira macho habislah.
muka pun berubah habis , tak macam dulu-dulu.apa pun aku gembira dapat reunited baik. sembang lebih kurang ..citer kisah dulu-dulu. dapat info pasal norman , badrul dan sorang berdua budak lain. aku gerak balik shah alam 9.30 pm.

permintaan dari raja aku tunaikan dalam blog ini. sak..sikan.

Sunday, November 23, 2008

saja menulis

salam semua ,
lama aku tak masuk blog ni , adalah dalam seminggu (keje tengah bertimbun).

apa pun , terima kasih aku ucapkan kepada mereka2 yang telah mendaftar diri menjadi team iskandarian86 (red-rangers , suhaila , ishak dan buyung_ans). secara auto-matik anda semua bolehlah mula menulis ke dalam blog ini (taklah boring aku sorang jer yang menulis).

tahniah kepada suhaila dan suami atas kedatangan "orang baru". tahniah juga kepada ishak (cuti sekolah dah start). buyung_ans aku tak tau nak ucap apa (mike tak kenalkan diri , mana teman kenal).

meor azman dah contact aku last week. bertambah lagilah ahli kita. pasal meor , aku dok ingat satu jer , dulu dia ada masuk kuiz "who wants to be a millionaire" , yang selalu cakap " anda pasti" , "muktamad" , "tiada lagi talian hayat". tapi yang aku tengok hari tu dia sampai takat pusingan kelayakan jer (yang tunggu lampu menyala pada peserta baru boleh masuk contest). lepas tu aku dah tak dengar citer dia lagilah.

cuma masa introduction , jalaludin hassan cakap "meor azman dari kota kinabalu , sabah". itulah satu yang aku pelik sekali masa tu .. tapi sekarang aku dah tahu jawapannya. apa pun selamat datang "mr keamatan"

Monday, November 17, 2008

tapak sekolah lama sk parit



akan datang : satu dua , tiga lagi ...


budak laki-laki selalunya main bola , budak pompuan aku dah lupa
main apa ..

kawasan umah lama maharnisah


sekarang family dia dah tak dok kat sini lagi.
berpindah ke taman kat jalan batu 7 (menghala ke ipoh)

Sunday, November 16, 2008

10.00 am suatu ketika dulu



kita pernah "menapak" sepanjang jalan ini untuk ke kantin sekolah masa rehat.
waktu time belajar kat blok c.
tapi ada jugak , yang maleh menapak , gi makan kat kantin sekolah kebangsaan parit (sebelah blok kita).

Saturday, November 15, 2008

Ex-Bangunan Blok B







cikgu-cikgu dan staff srk iskandar shah parit



pengenalan cikgu-cikgu dan staff srk iskandar shah parit ,

depan bermula kiri : c.rogayah (allahyarham) , miss tong , ustazah fatimah , c.ishak , cikgu (aku dah lupa ex-penolong kanan , allahyarham jugak) , c.bukhari (ex-guru besar),c.hassan ,c.hanif , c.ghazali (allahyarham),miss chand kaur,c.roziana

kedua kiri : cikgu (dah lupa) , c.asmah , c.saniah , puan aini kerani sekolah , c.fatimah , c.johara , c.sharifah , cikgu (dah lupa) , cikgu (dah lupa) , c.normah , miss (dah lupa) , c.hamimah (sarawak) , cikgu (dah lupa) ,

dari kiri barisan belakang : mariapan , pakcik ramli (referee bola) , pakcik jamaluddin , abang din kerani , c.nazri , c.zainun , c.mahmud , abang (dah lupa , ajar main takraw) , ustaz hashim

kisah sebuah report card



ini lah penanda aras masa kita belajar dulu-dulu.
emak aku yang masih simpan elok lagi sampai sekarang.

lain-lain di parit











pekan parit dari udara


kisah di sebalik akan datang










aku tak nak komen apa-apa dulu.
tunggu komen daripada yang empunya diri yang pernah duduk kat umah
ni suatu ketika dulu ..

gambar yang nombor 4 tu goyang sikit (gambar2 yang lain ok pulak), sebab masa aku nak mara masuk ke dalam umah untuk snap few more photos , bulu roma aku dah start naik 90 darjah. tu yang cancel tak jadi masuk , terus jer aku gerak balik. macam ada benda dok perhatikan aku jer dari kawasan sekitar umah tu.lagi pulak time tu hujan renyai-renyai tengah turun.

sebelum sampai kawasan ni , aku ada sembang dengan sorang pakcik yang tinggal agak jauh dari kawasan umah ni. beliau sempat sedikit sebanyak menceritakan pada aku tentang sejarah umah tu (mungkin dia dah duduk lama kot kat area situ).
menurut beliau dah hampir 4 tahun umah tu ditinggalkan tak berpenghuni. aku tanya kenapa orang tak roboh jer umah tu , sebab dah tak ada orang duduk. pakcik tu senyum je kat aku (membuatkan aku blur sekejap ..).

aku ingat nak snap gambar pakcik ni untuk load dalam blog kita , tapi beliau menolak (mungkin dia ingat aku nak buat double impose gambar dia kat internet kot). tak da pakcik saya jenis orang "baik punyer".

sebagai langkah keselamatan , aku gi tempat ni jalan kaki sorang-sorang (kete aku park jauh kat luar). kononnya petua dari aku , kalu ada "benda" nak ikut balik dia tak jadi nak ikut sebab aku jalan kaki.. dia akan complaint penat , jalan jauh.
entah yer ke idak (teori aku jer ni). dah macam "seekers" pulak aku ni..heheheheheh

sampai kat kete , aku lepak jap dalam 5 minit sebelum gerak terus tinggalkan tempat tu. alhamdulilah , semuanya selamat.
ini semua aku lakukan demi kerana mu iskandarian86.