Reunion ..
aku terfikir nak buat ni sejak 2004 lagi.biasanya orang buat secondary school atau universiti.tapi aku rasa kalu buat reunion sekolah rendah mesti gempak punya.nak reunion tadika, hard disk aku tak cukup besar nak recall semua kenangan masa tadika.
22 tahun terpisah sejak 1986.tentu banyak benda , pengalaman boleh citer kalu jumpa.macam mana agaknya..syed yang dulu kurus kering tapi kuat lari,meor azman yang kuat membebel dan mengusik budak pompuan dalam kelas, zulkarnain yang terrer melukis (asyik nombor satu jer kalu ada pertandingan melukis kat sekolah) , maharnisah yang selalu kena usik sebagai saira banu (heroin hindustan)dengan cikgu ghazali (allahyarham), khairil azam yang kuat lari sampai tak cukup tanah masa hari sukan sekolah, maswani "mat hensem" yang selalu jadi tumpuan (tahun 5 merah,ehem..ehem), suhaila ishak yang tinggi lampai (sampai aku ingat dulu budak ni tipu umur masa masuk kelas kita sebab dia tinggi sangat (maksudnya dah dewasa, sorry gurau jer..) , fairuz azura yang selalu kena kutuk (tok mudim, atuk dia memang tok mudim terkenal kat parit) dengan member sekelas dan lain-lain lagi.
itu belum citer pasal cikgu-cikgu lama kita , cikgu ghazali (allahyarham),cikgu ishak (abah suhaila),ustaz hashim (masa sembahyang jumaat dok kat tingkat atas masjid parit jaga budak supaya jangan bising masa baca khutbah),cikgu nazri (abah tun mohd asri,mengajar kita main bola sepak sampai jadi juara daerah perak tengah masa kita darjah 5,lepas penilaian dan naib juara daerah perak tengah masa darjah 6),puan roziana (cikgu english yang garang tapi lawa,siap masa hari penyampaian hadiah akhir tahun,budak2 kelas kita mainkan lagu rozana-search kuat2-ini mohd khir punya keje..) dan lain2 cikgu yang tak cukup page untuk aku tulis lagi (cikgu hanif-cikgu sains,ustazah rogayah,puan sharifah-cikgu english,puan jaliha-cikgu BM,cikgu shaharudin-cikgu badminton,puan hamimah-sarawak-cikgu BM,cikgu chan,cikgu izuddin,puan asmah, cikgu hassan,puan thilaga ...dan guru besar kita yang sangat-sangat ditakuti-cikgu bukhari bin dawi). badrul pernah kena jentik telinga guna pembaris plastik (sampai patah pembaris tu ..betul)dengn cikgu bukhari masa kena berdiri atas kerusi dalam kelas. betul tak bad? aku ingat lagi ..
mana nak start untuk projek jejak kasih ni ... soalan bagus.raya hari tu aku balik parit.tengok sekolah kita , blok c (rujuk gambar di atas) dah naik rumput rampai semua. sebelahnya naik bangunan baru , bangunan sekolah kebangsaan parit our neighbour dulu) pun dah tak dak. bangunan sdi ada sekarang macam terbengkalai jer ... tapak umah aku dulu (depan blok c) pun sekarang ni dah masuk generasi ke3,terbiar tak tau nak buat apa.
generasi 1 aku duduk,generasi ke2 dulu jadi tempat tangki air. generasi 3 sekarang dah jadi bangunan batu 3 tingkat (umah sapa aku tak tahu,tapi tak ada orang duduk jugak). aku ingat tempat ni kena sumpahan batch kita dulu kot coz pasal kita semua dah tak sekolah lagi kat situ..hehehehehe
apa pun padang MDPT (majlis daerah perak tengah)tu masih ada lagi.
nak tanya kat sekolah,tengah cuti raya lagi pun ada ke dia orang simpan lagi data base 22 tahun lepas.nak tanya kat balai polis,buat kena gelak dengan polis parit tu jer.nak masuk tv3,depa dok sibuk tarikh bila mawi nak nikah dengan ekin.last sekali,aku citer ngan hero aku raya ni (anak akulah,mohd hafiz sulaiman) dia kena ikut daddy pergi umah cikgu daddy (aku tak suruh anak aku panggil aku daddy,dia yang terikut2 citer kartun astro-little brown bear..lantaklah ikut jer). tapi aku tak da plan betul2 coz tak tahu nak ikut direction mana.yang aku ingat umah cikgu ishak kat padang tenggala jerlah.tapi masa aku lalu petang raya ke2 (sorrylah suhaila..) umah abah kau tutup plus kete tak ada kat laman..
entah macam mana,lepas henti sembahyang kat masjid parit petang tu ,hero aku boleh tercakap pulak daddy tak nak pergi raya umah kawan sekolah daddy ke.la.kenapa lah aku tak terfikir.genius betul hafiz@red rangers aku ni (dia memang minat giler dengan power rangers).mana tahu rezeki,boleh dapat link.time tu yang aku ingat taman parit jaya jer (umah ishak).aku belasah jerlah..ada rezeki jumpa.
No comments:
Post a Comment