Wednesday, October 22, 2008

Jangan Pandang Tepi : Yang Lemah Semangat Jangan MASUK




pengalaman kedua aku jumpa momok (maksud:hantu dalam bahasa jawa) adalah di malam yang sama jugak (sambung citer sebelum ni).
jam 4.20 am. aku lalu satu jalan di antara bandar felda neram dan bandar al-muktakabbillah (apasal lah kat terengganu ni senang sangat jumpa hantu).

aku ikut jalan belakang (shortcut), bukan ikut jalan tepi pantai pasal kelam kabut lepas terjumpa benda tu tadi kat bukit goh,kuantan.

masa kete aku nak panjat satu bukit (rujuk gambar di sebelah), adalah satu motor ni lalu tepi kete aku.pelik jugak aku “ape ke he nya yeop” ni malam-malam bute ni naik motor.tak reti nak tidur kat umah ke,kata aku dalam hati. kete aku naik slow je (bukitlah katakan).masa aku overtake motor dia,aku sempat jeling ke tepi tingkap (masa tu wife aku dah tidur). guess what … jeng!jeng!jeng!

pakcik yang naik motor tu (sebab aku nampak jelas tubuh badan dia macam orang tua) ,pakai selipar jepun,baju kemeja lengan panjang warna biru,seluar khaki warna kelabu dan tak pakai helmet—muka dia totally flat .. maksudnya muka dia tak ada rupa (mata ,mulut hidung semua tak ada).berderau darah aku..aircond dalam kete pun aku tak rasa sejuknya.berpeluh aku dibuatnya. apa lagi akupun pecut habis.masa tu tak ingat accident ker apa ker.yang aku ingat nak cepat sampai next town sebelum stop. sepanjang jalan tu, kete aku solo jer tak ada pulak kete dari arah yang sama atau arah berlawanan yang ada kat jalan masa tu (depa dah pakat kot dengan hantu ni..nak kacau aku malam tu..cinabeng betul).

last sekali aku sampai kat bandar al-muktakabillah ni,stop kat masjid. masa tu around 5.00 am.malangnya masjid dia gelap gulita.bengang betul aku.nak tunggu kat masjid,takut nanti orang bandar tu suspect aku nak pecah masuk curi duit tabung masjid pulak karang.

aku cakap kat wife aku.tak kira apa jadi aku nak redah jer sampai bandar dungun (45 minit dari situ).aku siap pasang radio kuat-kuat (tapi pelik , anak aku boleh tak jaga pulak..walaupun bising dalam kete). alhamdulillah,selamat semuanya (tima kasih untuk wife aku, coz turut berjaga kat sebelah,teman aku).aku sampai dungun 6.20 am.

david teoh kalu nak buat citer hantu lagi,bolehlah jumpa aku untuk buat skrip terbaru citer hantu dia “Jangan Pandang Tepi”.


lain-lain tempat yang kena hati-hati:
1. lebuh raya pantai timur (di antara maran-paya bungor,pahang)-lembaga melambai di tepi jalan (pada satu laluan lurus) atau lembaga ni tiba-tiba melintas jalan dalam keadaan kabus melitupi jalan. waktu bila kena? waktu malamlah..takkan pukul 3.00 pm pulak.

2. simpang masuk ke jalan ke bandar pusat jengka (dekat petrol station Caltex). ikut jalan lama.kenderaan tiba-tiba terasa berat (walaupun tekan minyak) semasa melintasi kawasan ni. akan beransur-ansur balik ke keadaan normal selepas beberapa ketika.
tips yang aku boleh bagi : bawa kete terus cari tempat yang terang dengan lampu atau ada orang berkumpul.hentikan kete kejap,buka pintu (kononnya nak bagi benda tu keluar). cakap di persilakan keluar ,aku nak gerak ni. aku tak kacau kau dan aku pun tak jemput kau naik kete aku. kemudian teruskan perjalanan,insyallah ok. pengalaman ni budak kilang aku pun ada kena,tapi dia kena masa naik motor untuk balik kampung.

3. kawasan R&R nilai , arah selatan. filem a.razak mohaidien (7 perhentian) sedikit sebanyak cilok idea dari citer ni (dulu lagi masa 90an). seorang perempuan mintak tumpang kete kat kawasan ni (kenapa kalu citer hantu jer,mesti libatkan perempuan .. ) untuk ke selatan dengan alasan ketenya rosak. tapi mamat yang selalu kena ni jenis tak sedar.orang lain tak nampak perempuan ni,dia sorang saja nampak. tengah jalan,perempuan ni akan terus hilang dari dalam kete (duduk belakang).

4. jalan lama antara jasin-merlimau (lepas keluar tol jasin, lipat kajang). dua senario. pertama,ada lembaga putih duduk mencangkung kat jambatan (kiri kanan ladang getah).jalan ni memang sunyi dan gelap tak ada lampu jalan.. kedua, ada lembaga putih berdiri tengah jalan,di antara selekoh-selekoh tajam tu.

aku citer ni bukan nak takut-takutkan korang. korang nak percaya ke tak , terpulang .. cuma hati-hati. itulah gunanya ada kawan-kawan. “prevention better than cure”

shahriman

No comments: