Sunday, October 19, 2008

Memories 1986


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Pembuka Kata Dari Administrator:

Blog ini didedikasikan kepada pelajar-pelajar yang pernah menduduki bangku persekolahan bagi sesi 1986 di Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar Shah Parit,Perak Darul Ridzuan.

Ruang yang tersedia ini dapat memberikan platform untuk mengembalikan semula "Kenangan Terindah" suka dan duka semasa bergelar pelajar di sekolah yang bertuah dan banyak memberi jasa kepada kita semua .

22 tahun terpisah ... sejak kita meninggalkan alam persekolahan rendah , kini masanya untuk kita menyambung semula silaturrahim tanpa mengira "warna baju" yang di pakai oleh kita semua sekarang.

Sekiranya ada di antara kita yang mempunyai sebarang informasi berkenaan kawan-kawan lama di Parit , sila maklumkan kepada saya di shahriman_munit@yahoo.com.

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada Team Iskandarian86 , serta menyumbangkan tulisan kenangan anda (sebagai author)di blog ini , sila accept invitation yang saya hantar kepada e-mail anda (akaun gmail sahaja yang boleh diakses).sebelum tu , pihak anda perlu menghantar alamat e-mail tersebut kepada saya. seterusnya klik pada "confirmation link".

Kepada yang tiada mempunyai akaun e-mail goggle (g-mail), anda akan diberi arahan untuk menghasilkan satu akaun e-mail xxx@gmail.com (sila lawati : www.gmail.com) sebelum anda dibenarkan menjadi author di blog ini.

Ikut arahan yang diberi seterusnya bagi menghasilkan user id dan password persendirian.

karpet merah sudah tersedia ,luahkan segala yang terpendam selama ini beserta informasi terkini tentang anda dan keluarga.

sekian
terima kasih

selamat mem"blog"

Muhamad Shahriman Bin Munit
Administrator
Blog Iskandarian86
20 Oktober 2008


kenangan terindah - samson

7 comments:

My Iskandarian said...

tahniah abang , atas usaha gigih mengumpulkan rakan-rakan lama sekolah rendah melalui penghasilan blog ini.
i'm always behind you.
alin

My Iskandarian said...

you are awesome dad !
keep up the good work and i'm proud of you.
hafiz sulaiman@red rangers

owner said...

congrats man!takan 1 famili je nk ucap tahniah,meh sini aku congrats plak. sorila man,skit bz sejak 2 menjak ni. ok, terlalu informatif blog ni, santai dan tak terlalu formal.thumbs up to U! ok la camtu geng.aku lum mula nk contribute apa2 sbb bz skit.ada 1 menda sekadar cadangan.aku cadangkan, ko terus je jadi host@tuan tanah blog ni, tetap dan tak berpencen.ko simpan username n password dia.bkn apa,kalu semua org sign up guna username n password yg ko bagi,aku takut jem nanti,rasa akula. pastu, takut plak ter delete apa2 yg pernah di post dlm blog ni, kan ke rugi namanya tu. lebih baik ko invite je kawan2 (termasuk aku) sebagai blog writer utk bagi sumbangan. camne caranya nak invite? ko jgn tanya aku,aku pon tak abis khatam lagi bab2 blog ni. sekadar rujukan (bukan perbandingan),batch skolah menengah aku dah on diorg punya blog n dah jadi beberapa kali reunion besar n reunion kecil. host@tuan tanah dia yg administer blog batch kitorang,kalu nak contribute apa2,just sign up guna username n password sendiri. sekarang ni tugas kita utk kumpulkan sebanyak mungkin kawan2 batch kita yg dah lama x jumpa n berbual. utk reunion memang mgkin lambat lagi, tapi kalu sekadar nak jumpa2 yela macam reunion kecil-kecilan, jumpa jela sapa2 yg boleh jumpa. jgn segan2, takan nak jumpa masa reunion je kan. ok la man, ko godek2 la camne nak invite org lain. dah ko invite aku nanti,aku akan cuba jadi blogger paling aktif, huhuhu

owner said...

ha satu lagi, sorila cuma nak bagitau. bahasa dalam blog ni (yang aku guna la) mungkin kurang sesuai utk dijadikan panduan menulis esei atau karangan. Jadi sebarang bacaan daripada kanak-kanak di bawah umur memerlukan bimbingan ibu bapa, hehehe. Bukan apa, sekadar nak mewujudkan suasana informal dan santai di dlm blog ini supaya tiada sempadan di antara semua, sama ada rakan2 batch, pembaca blog mahupun pengunjung..... kalau ada agen kerajaan nak pantau isi kandungan blog ni pon, dipersilakan. insya-allah ko jangan riso man, takan wat blog old boys / girls pon nak kena ISA plak

Suhaila said...

Salam.Aku baru 3 hari balik dari cuti bersalin...ahaha sengal badan aku nie menjaga baby dan anak sulung aku. Nape nko tak kol aku, kalau raye ke 2 tu aku ada kat umah abah aku kat kampung(sedang berpantang). Well, aku nak ucap tahniah di atas usaha serta kerja keras nko mengumpulkan segala foto yang berkaitan dengan SRK Iskandar Shah dan mengimbas memori lama...Congratulations! Sesape yang ada facebook jadilah member aku di emel ila91@yahoo.com...hehe siap promo lagi. Keep up the good works. Kirim salam kat Cikgu Johara ya.

My Iskandarian said...

ishak..riso tu apa ??? itu bahasa cikgu-cikgu ke ..

owner said...

riso tu = risau, tu sebutan org paghet....