Wednesday, July 8, 2009

setahun berlalu



akhirnya .. keputusan muktamad yang telah dibuat hari ini , maths dan science balik semula ke bahasa malaysia. walaupun berkuatkuasa 2012.
herm..entahlah ..

maleh .. aku nak citer panjang-panjang lagi. cuma yang aku boleh cakap , kita ni tak berani nak ambil risiko untuk maju ke hadapan macam bangsa-bangsa lain di dunia. baru merudum sedikit pola analisis keputusan peperiksaan budak-budak sekolah ni dah mula anggap projek ini gagal.mana ada citer baru start terus dapat result excellence. hatta citer hindustan sekali pun , hero kalah dulu baru menang.

transformers auto-bots pun pandai ambil risiko untuk terus mara ke hadapan bagi menyelamatkan ketuanya optimus-prime aka op walaupun dia robot ni tahu op tu dah mati. bagi mencapai kejayan dalam peperangan dengan fallen , auto-bots2 ni berusaha juga bersungguh-sungguh sampai ke mesir untuk dapatkan penawar bagi hidupkan balik op. (cerita jer takpe ..). dia tak de anggap fallen tu susah dan kuat giler sampai tak boleh kalahkan dengan give up macam tu jer.

sapa2 yang dah tengok transformers II tentu faham maksud aku , bila auto-bots adik beradik (kete) bersatu bawakkan sam ke mesir untuk cari penawar kepada op.

sepatutnya bila gagal , counter measures kenapa dia gagal perlu dicari bukan scrap terus projek ni. dah jumpa counter measures , perkemaskan dia supaya direction untuk anak-anak kita di sekolah ini akan nampak dengan terang dan jelas.

apa pun aku percaya , kalu tunjuk ajar yang di berikan betul dan jelas dengan kemahiran yang tinggi oleh tenaga2 pengajar dan follow up yang berterusan , masalah besar dan remeh temeh ini tak akan timbul. memang kita semua ni suka rasa selesa jer sampai bila-bila agaknya. itulah jawapannya.

syabas .. inspektor sahab .

3 comments:

buyung_ans said...

Kalau le teman berpelajaran tinggi dan tau bahasa omputih teman sokong tapi ape kan daye teman penoreh getah aje. Teman malu kat anak teman tanya teman matematik dlm bahasa omputih sebab teman tak reti. Setakat yes no orait tau ler teman.

KK Author said...

There's no shame in not understanding another language...most importantly the realisation of knowing there is a need to learn another language...

tak perlu malu mengakui yang kita tidak paham bahasa inggeris, walaupun kepada anak-anak kita. Yang paling penting kita sedar akan perlunya menguasai bahasa-bahasa lain di dunia....

buyung_ans said...

Ate.. macam mane nak ngajor anak aku bahase oghang putih dah teman pun merangkak. Nak nganto ke pusat tusyen teman tak berduit. Nyesal tak mengaji tinggi tinggi. Takut gayat.

Ngajor pokok getah aje ler.