Sunday, July 12, 2009

malim kundang








aku tinggalkan buyung ans dengan persolan PPSMI yang tiada penghujungnya. aku gerak ke tajuk untuk kesedaran dan keinsafan kita semua (selagi bernyawa ni).

bila kali terakhir kita semua ni balik berjumpa ayah dan ibu kita , tak kiralah di kampung atau bandar ke. paling tidak , bila last kita semua mendail telefon untuk bercakap dengan ayah dan ibu kita (maaf , kepada yang dah tiada). atau kita semua dok sibuk mengejar dunia semata-mata..sampai tak ada masa (benda-benda lain ada masa pulak).

pada yang dah lupa tu , sekarang adalah masanya untuk balik minta ampun kepada kedua mereka sekiranya dah lama tak bertanya khabar (aku pun ingatkan diri aku jugak..). paham-paham tengah gawat sekarang , kalu tak dapat balik sebulan sekali pun tak apa asalkan telefon tanya khabar dua hari sekali ker , seminggu sekali ker.

apalah sangat 0.30 sen seminit tu. bayar parking kete pun 0.60 untuk 1 jam. tak luak punya duit tu. ingat doa dari ayah dan ibu tu berkat , paling mudah diangkat oleh Allah SWT. sekali dia berdoa untuk kita semua , insyaallah berlipat ganda dan melimpah ruah lagi rezeki kita dapat walau pun kita hidup tak kaya mana.

kalu jenis suka "menghulur" bila balik ni , tak banyak pun tak pa (hulur kena dua-dua , sebab dua-duanya membesarkan kita). kalu ada lebih , mertua pun hulur-hulurlah sikit. alhamdulillah. semoga anda dirahmati Allah sentiasa.

ayah dan emak kita ni biasanya tak cakap kalu anak-anaknya buat lupa/tak tanya khabar sihat ke idak atau hidup ke mati lagi dia orang. tapi dia orang ni semua jenis "makan dalam". berdosa besar kalu kita melukakan hati dia orang (semua ambil subject pengetahuan agama islam dulu kan .. jangan cakap tak tahu). tak kiralah , ayah dan ibu dia senang ker susah ker , wajib kita semua ni ambil tahu kehidupan seharian mereka.

semua dah besar panjang , sendiri mahu ingat. keje pangkat-pangkat besar , sibuk 24 jam tapi ayah dan emak di kampung ada sesetengah kita ni buat dont know jer. macam semua ni ok jer. nak suruh jiran sebelah umah atau orang surau tolong tengokkan kot.

esok lusa kalu dah tak da jangan pulak menangis sampai tidur kat kubur pulak nanti minta ampun pada orang yang dah tak ada. menyusahkan pakcik yang jaga kubur tu jer. dok menangis sorang-sorang.

ada pulak jenis yang bila dah kahwin , kena ikut suami. ikut apa kata suami , suami tak izinkan tak boleh balik menjenguk emak dan bapak. kena cerdiklah sikit. betul-betul. pandai pulak bukak bab-bab agama ni. tang ni jer yang ikut , bab lain sembahyang , tak tutup aurat rujuk pada hukum agama ker. sanggup dok biarkan emak dan bapak menderita kat kampung. manusia jenis apa ni (apa punya suami daa..lempang jer senang), aku pun tak tahu. mintak jauh-mintak jauh.

lagi satu , (tone suara Datuk Dr. Fadzilah Kamsah) "insan yang cemerlang adalah insan yang hari-hari mengingati kedua ibu bapanya dan bukannya setahun sekali waktu orang semua sibuk-sibuk meraikan Happy Fathers/Mother Day dia pun sibuk sama celebrate".

ada sesetengahnya , emak baru meninggal dah terus bahagi-bahagikan harta. siap boleh shopping sakan lagi lepas tu. merah lagi tanah kubur tu , sepatutnya banyakkanlah baca yassin dan sedekahkan tahlil pada arwah kan bagus. setakat buat-buat mata merah berlakon, rentikanlah jer.

sekurang-kurangnya bagilah lepas 40 hari dulu ker barulah buat apa-apa yang patut. kalu masa hidup dok jaga dia orang tak pa lah jugak. ni batang hidung pun tak nampak dok sibuk kira berapa % untung yang dapat.itu yang senang kena bala immediately tu.

aku dah jumpa beberapa peristiwa yang melibatkan anak-anak yang lupakan ayah dan ibu mereka (maksudnya buat dont know jer masa hidup). bila dia orang dah tiada , meracau cakap sorang-sorang sebut nama ayah dan ibu mereka yang dah tiada. ada yang dapat bala tak berpenghujug pun ada. mintak jauhkan-mintak jauhkan.

jangan jadi macam malim kundang sudah (padang , pantai air manis indonesia). tak mengaku ibunya waktu jumpa , last dapat bala jadi batu. ini bukan dongeng. nak try cubalah .. ada berani.. log in to www.air-asia.com , penerbangan ke padang ada di sana.

apa pun aku ucapkan syukur berbanyak-banyak kepada mereka-mereka yang masih berterusan mengingati ayah dan ibu sama ada yang masih hidup atau pun tiada. maksudnya bila baca web blog aku ni , tersenyum jer tanda "I am in the list".

semoga Allah memurahkan rezeki kamu semua dan semoga anak-anak kamu sekalian akan menjejaki langkah mu menjadi pelindung kepada kamu di hari tua kelak.

kepada yang sebaliknya , entahlah takut aku nak fikir ..

1 comment:

owner said...

bagus info n input ni. memberi keinsafan kepada semua. kpd yg dah tiada, sedekahkan lah al-fatihah kpd mereka berdua, amin.