Tuesday, January 6, 2009

cite pasal europe








memandangkan blog kita ini "kesunyian" dari penulis-penulis blog undangan , apa yang aku ada cite , aku belasah tulis jerlah ye. jangan ambil hati. sebenarnya aku sangat menggalakkan apa saja jenis penulisan dalam blog ini , untuk kita berkongsi bersama. tak kisahlah , citer kelurga pergi bercuti ke , citer jumpa hantu tengah jalan ker , jumpa artis kat bintang walk ker .. citer pengalaman dapat baby ker .. tulis jangan tak tulis.apa saja. asalkan jangan .. dah.

aku nak kita semua rasa selesa , dan tak nak berprotokol-protokol sangat. tahu tak pa..

citer pasal europe. nak pergi sendiri.. aku kumpul duit sendiri sampai sepuluh tahun pun belum tentu boleh pergi lagi. cuma hari bertuah aku hadir , bila aku menjejakkan kaki kat tempat keje aku sekarang. paymaster aku sekarang adalah mat salleh dari germany.

july 2004 , dapat juga aku menjejakkan kaki ke germany. ini pun pergi pasal keje , tak da halnya aku nak pergi free macam tu jer. tipulah kalu aku kata tak da rasa apa-apa masa nak pergi tu. pergi time summer.seronok giler. mulalah imagine yang bukan-bukan.. tapi aku ingat satu jer , pergi pasal keje ..dan wife dan anak aku tunggu aku balik kat malaysia. aku pergi dengan 3 budak kilang aku. satu dari sabah , satu dari tanjung karang dan satu dari johor. aku ada kat sini selama dua minggu.

aku naik klm-netherland , punyalah "sengek" flight ni. seat sempit , makan entah apa-apa , sunguhpun serve "muslim food". stewardess tak cun langsung-muka masam semacam. mintak air banyak kali,kena marah.apa ke ..nya stewardess ni. boring giler 12 jam punya flight. 5 kali bangun tidur pun , belum landing lagi.apa pun naik flight ni , murah sikit. itu pasal company aku pilih kot.

the good thing is , aku transit dulu kat schipol airport , amsterdam. adalah dalam 4 jam. sampai pun ngam-ngam early morning , dalam 6.30 am. airport ni punyalah besar. adalah aku agak dalam 3x saiz klia. nak jadikan citer,aku main redah jer pergi ni.tak ada sapa yang guide aku masa kat malaysia , macam mana nak gi hannover (tempat yang aku nak pergi ni kat germany). sebelum ni pun , yang pernah pergi orang-orang top kat company aku jer. kiranya aku ni top jugak kot..hehehehe. jangan marah.

aku ambil breakfast dulu dengan budak-budak aku kat airport.1 euro=RM6. duit jangn cakap , company sponsor. cakap jer apa nak. hulur jer. itulah first time aku rasa kaya giler. apa saja nak spend , tak payah fikir dua kali. jangan beli benda yang bukan-bukan dahlah.

cuaca memang cantik , sejuk , berangin. tak berpeluh langsung. tapi rasa sayu ajer , coz aku tak jumpa asian masa kat airport ni. rasa jauh sangat malaysia tu.. but life goes on.

aku sambung flight lagi satu jam ke hannover (pesawat kecik macam fire-fly tu). germany dengan holland ni sempadan jer rupanya.

sampai kat hannover (adalah besar 1/4 kl),kastam kat sana check betul-betul. kat schipol tadi , selamba jer , dia kasi lepas. tak check apa pun. bagi selamat pagi pun tak. dahlah tu masa ni tengah kecoh lagi dengan september 11. ada sorang budak aku kena quarantine dekat satu jam, sesi soal jawab dengan polis german. alasannya , sebab dia simpan janggut. apa ke ... dia orang ni. konon-kononnya pengganas lah ni. nak pergi bom tempat orang.very sarcastic betullah dia orang ni. tak pa, tak pa kome datang parit , nanti teman puleh kepala deme sampai tumpo. lastnya lepas jugak. itu pun lepas aku tunjuk business card dan call hq kilang tempat kami nak pergi ni. baru line clear. tak da cakap sorry pun. kalu kat malaysia , dah masuk "paper" tu.

ok. aku stop dulu. nanti sambung balik. cite aku masa dua minggu kat sana.
"guten abend"

bila nak reunion ni ..

kawan-kawan semua , bila nak buat reunion ni. dan 23 tahun tak jumpa , takkan nak tunggu lagi "seribu tahun" pulak. apa ke heanya yeop..

raya cina kali ni boleh ke? apa kata survey .. 26 - isnin atau 27 - selasa , Januari 2008. jangan kata ada orang nak keje pulak. aku report kat MTUC nanti.

so , tolonglah bagi feedback jadi ke tak yee. nak "afundi" pun boleh .. post result dalam mari "bersembang". nanti aku kira final result guna pembilang.

lokasi .. korang proposelah kat mana-mana sekali pun. tak ada jawapan yang salah.

Sunday, January 4, 2009

train antara bandar



aku balik ipoh , malam sabtu lepas lepas keje guna train ala komuter (pakai elektrik). ini menyahut seruan ishak untuk menggunakan pengangkutan awam bila pulang ke kampung.

perkhidmatan ini baru dilancarkan pada 2 disember 2008. perjalanan mengambil masa 3 jam dari kl-ipoh. aku gerak dari sentral 9.45 pm dan sampai ipoh 12.45 pm. saja nak promote , memang efficent (cuma air-cond tak kuat). ada lcd screen disediakan sepanjang perjalanan. kerusi boleh dinaik turun (sapa nak tidur oklah). cuma aku tak boleh tidur , coz jiran bangku aku budak-budak kecik yang tak boleh duduk diam. kejap main ultraman , kejap main power rangers (sampai aku pun di firenya.. sabor ajelah).

perjalanan bermula 5 am , setiap interval 4 jam. last trip 9.45 pm. tiket RM10 dan RM18.setiap perhentian tidak lebih 5 minit. lebih kurang train komuter sentul-port klang. station perhentian : kl sentral-kl railway-kepong-sg-buloh-kuala kubu baru-slim river-sungkai-tapah road-kampar-batu gajah-ipoh. terasa naik train masa zaman budak-budak dulu.

cite pasal kete

kete anda ada masalah di tengah jalan ? jangan panik. aku nak kongsi few tips yang mungkin boleh membantu , especially time sorang-sorang dalam kete.

kalu tayar pancit,especially kat highway .. tak boleh buat apalah. kalu ada perempuan yang boleh tukar tayar sendiri, aku tabik springlah kat dia. so nak buat camna. itu gunanya kena ambil nombor plus ronda dan save dalam hand phone. bukannya dok save nombor-nombor kawan jer. nombor plus ronda pun penting. kalu dekat , hubby/kawan boleh datang tolong.

kalu jauh , call free jer dia tak charge apa-apa.dia akan tolong tukar tayar (guna tayar spare belakang bonet tu), tak pun tunda sampai keluar dari highway (bawak gi woksyoplah).

kalu nak sedekah kat brader yang keje plus ronda tu dialu-alukan (saja ucap terima kasih kat dia). jangan dok pandai-pandai guna trak tunda yang dok berkampung tepi highway tu. kalu dah banyak duit sangat pun , sedekah kat masjid lagi bagus. sendiri mahu ingat..

selagi belum sampai bantuan , dok dalam kete , kunci. jangan cuba bagi peluang kepada orang yang tak dikenali menyentuh atau mengambil kunci kereta kita. ada gangguan , hubungi rakan-cop di talian : 03-211 59 999 (24 jam). polis akan segera ke lokasi kejadian.

"jenayah membawa padah" oleh itu bersama kita membanteras jenayah.
saya red rangers melaporkan untuk 999.

Friday, January 2, 2009

Alahai New Year...

Countdown 5,4,3,2,1 New Year! New Year! What is the fuss? What the heck! No hard feelings for those new year dwellers out there. For me, New Year is just another day that goes by … no hurrah or having any intention to be one of the city revelers. As seen and read from the newspapers.. lots of leftovers on the streets.. What else? Garbage here and there…and walllaaaa comes tomorrow everything is back to normal!

New Year and family…
May Allah bless us and family.

New Year and friends…
May our friendship blossom and last. Well done for the new blog page ! Busy like a bee? Notwithstanding with our busy schedule juggling in between work, family and friends, I just wonder whether there will be an opportunity for us to meet up after these so many years. Any takers?

New Year and challenges…
I believe prudent is the best word for the coming challenging economic climate. Resilient is another good word. As someone pointed in this blog, employees in the private sector will feel the pinch of any uncertainties in the economy while employees in the public sector is believe not to be affected. Beg to differ..yes employment wise maybe..but other aspects everyone need to tighten their belts and those people in the govt might need to crack their head (not to mention politics involved) to think of the best solution for the nation be it in economic crisis or others. The news headline in our country may not be that overwhelm with negative coverage of the economy but I believe everyone should read in between the line. Most Malaysian like their Singaporean sisters are kiasu..hee.hee…negative highlights might create unnecessary panic. For instance, when the government announce the increase in petrol price...many people participated in the long queue to purchase the petrol before midnight and that includes my hubby (ha ha ha) who join in the queue and decided quitting halfway through. My only hope is that we could withstand all this challenges ahead insyallah…

Have a good weekend! Salam.

SAS

di bius cinta

tahun baru 2009

selamat maal hijrah semua.semoga 2009 memberikan yang lebih baik daripada 2008.
aku belek-belek blog tak ada sapa-sapa update lagi lepas christmas hari tu. mungkin masing-masing tengah sibuk cuti panjang kot.

aku dah post few pages untuk bacaan. aku tak ambil cuti panjang , cuti pun ada balance 4-5 hari jer lagi. simpanlah mana-mana yang patut.

aku terjaga tengah malam ni ,nak tidur balik dah payah. buat air , mengadap kejaplah blog. semalam malam tahun baru , aku layan sate kajang kat kajanglah..takkan kat parit pulak. lama tak pi , ada dekat dua bulan. apa lagi , sate samurilah. halal aku bayar 60 sen secucuk tu , sedap memang tak boleh lawanlah. best jugak kalu buat mini-reunion kita kat sate kajang ni. aku ordar saja , kalu korang minat.

nak ajak tun mohd asri joint sekali , maleh aku kacau tengah-tengah malam new year ni. nantilah bila ada kelapangan. dalam 10.30 pm , aku gerak balik. tak da keje aku nak kumpul ramai-ramai kat kl tu sambut new year.sekurang-kurangnya aku membantu pakcik polis mengurangkan kesesakan di jalan raya.

cuti tadi , pagi aku berkebun depan umah , petang malam aku dok sorang jer layan astro. kepada mereka-mereka yang sms tahun baru kat aku , makasih banyak-banyaklah aku ucapkan.