Salam buat smua, ok man, turn aku plak nak coret2 kat sini. Ni yg best ni, kalu ada perbezaan pandangan n pendapat, barulah meriah suasana. apa kata org puteh tu, "the more the merrier". ok, ni pandangan aku sebagai warganegara Malaysia, bukan sbg kakitangan awam/guru/ahli parti politik dll.
Sebenarnya, aku bkn la anti sangat tntng BI ni, kitaorg kat ITM, skrg UiTM pon blja dlm BI (kecuali beberapa subjek je). Bagus bahasa ni, bole wat tmbah2 bahasa, yela selain BM, ataupun bahasa2 tambahan spt Jawa, Bugis, Banjar dll. Cuma, nilai ekonomi kadang2 memberi kelebihan, ehh selalu sangat lahh.. kepada BI. Kalo nk banding BI vs. BM, aku rasa, org Indon je yg betul2 guna n bangga ngn bahsa diorg, Tgok ajela kumpulan2 indi, grup2 diorg, Kertas la, Kotak la, selamba je kan? Kalu kita d Malaysia, Search (Mencari), Wings (Sayap), Rusty Blade (Pisau cukur berkarat) dll. Sekarang ni aje baru ada Hujan.
Nilai ekonomi sejajar dgn nilai antarabangsa sbg bahsa ilmu, bahsa perantaraan yg menyebabkan BI ni lebih digemari, terutamanya di kalangan org2 bandar, org2 korporat, org2 politik, org2 artis (hehe, jgn ada wartawan hiburan baca dah la), nnti silap2 1 tahun tak abis nak komen statement aku ni. Disebabkan tu, sapa2 berbahsa BI je, seolah2 dia mengangkat dirinya setingkat lbih tinggi drp org lain (broken English, tu blakang kira).
Yang jadi persoalan/tanda tanya ialah pelaksanaannya yg tak menyeluruh kpd semua skolah. mungkin ramai yg tau, n ada gak yg taktau. Hanya SK (Skolah kebangsaan, d prgkat skolah rendah) aja yg diwajibkan PPSMI ni, SJKC, SJKT terkecuali. Mereka hanya melalui proses PPSMI ini bermula skolah menengah. Org akan tertanya2 lagi, ni apa kes? ada yg wajib, ada yg diberi pengecualian. Ni agenda politik ke apa? Mangsa keadaan dah semestinya pelajar n ibu bapa mereka.
Org Melayu akan ketinggalan disebabkan mereka biasa berbahsa Melayu, terutamanya di sekolah2 rendah dan di luar bandar. Tak salah kalo nk guna BI dlm apa jua subjek, tapi perlu la sesuai ngn tahap umur, latar belakang famili dan lain2 la. Kalo Tgkatan 6 guna BI, memang patut pon. Diorg dah sama level ngn diploma/matrik. takan la dah nak masuk U / nak jadi graduan, masih mencari2 alasan tak pandai BI lagi. Jadi apabila pelaksanaan PPSMI diwajibkan kpd semua pelajar, tak kira tempat, negeri, ceruk rantau, tu yg mula timbul masalah demi masalah.
Nampak cam kelakar pon ada, yela......statistik kan ke boleh diubah2. Bagai nak rak dihebah hebohkan PPSMI berjaya sana dan sini, keputusan PMR, SPM semakin baik walaupun guna bahsa inggeris. Akhirnya? Terbongkar jua kegagalan dalam "kejayaan".
Satu lagi, mungkin org akan kata ini satu isu perkauman. Sebenarnya tidak. Bahsa Melayu adalah bahsa kebangsaan Malaysia, termaktub dlm Perlembagaan. Apabila penggunaan BM ni dikurang2kan, secara tak langsung fungsinya sbg bahsa kebangsaan, bahsa perpaduan akan luntur, pudar, lemah longlai, hingga tak bermaya. Cubala cari di mana2 media, menteri yg guna bahsa Melayu yg semolek2nya, kalau bukan Dato Seri Utama Rais Yatim. Sampaikan H1N1 pon disebutnya H Satu, N Satu. Betul2 guna bahsa kebangsaan. Artis pula, tak salah aku bekas guru BI, Adibah Noor jika disoal dlm BM, beliau akan jawab dlm BM sepenuhnya. Org lain? suka campur2, rojak2.... (dlm blog ni tak kesah la, sbb informal). Bila guna bahsa rojak ni, terutama di TV atau drama2 TV, seolah2 org melayu dah ilang kosa katanya, kurang sangat vocab. diorg dlm BM, walhal lahir sbg org Melayu, rakyat Malaysia.
Jika kita mengimbau sejarah, bagaimana "terhapusnya" tulisan jawi di Malaysia, baru kita akan tau. Itulah antara sebabnya kenapa pejuang2 bahsa (BM) sanggup turun padang, berdemonstrasi (setelah pandangan demi pandangan ditolak jauh2). Kalu ada parti pembangkang amik kesempatan, tu hal diorg la. Yg pntingnya pejuang bahsa tu nak sampaikan mesej kpd kerajaan dan semua orang. Ni aku lampirkan skit tentang "penghapusan" tulisan jawi, siapa beliau tu, leh carilah sendiri, dah arwah pon menteri tu.
"Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.
Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular.
Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali dengan tajaan dari pihak-pihak tertentu"
(http://ms.wikipedia.org/wiki/)
Apa kena mengena tau jawi ke tak tau jawi? ramai yg tertanya2. Jawapannya senang je. tulisan jawi tu ada huruf2 spt di dlm Al-Quran. Tak tau baca jawi, kemungkinan tak tau baca Al-Quran pon ada. Itulah yg amat2 ditakuti terutamanya oleh pejuang2 bahsa supaya BM tidak akan menjadi bahsa yg tak ubah spt melukut di tepi gantang......dan biarlah ia tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan walaupun mengharungi pelbagai zaman.
(sila komen, "no heart feeling" jika komen kawan2 berbeza)
5 comments:
ishak,
aku tunggu meor azman jawab dulu..
seronoklah "bujang ans" sebab dah ada geng sekarang
no hal nyer, ni kira berdiskusi gak la. ada pro. ada cons. kira ok la tu.
Pagi nih teman tak dapat ngajor pokok getah bahasa oghang putih. Teman kesiangan lepaih subuh tadi.
Betui ker kesiangan? Oghang tak gune dah perkataan kesiangan tuh! Ketinggalan zaman betui teman nih.
ASSALAMMUALIKAUM ...
DEME YANG MENGATAKAN HANYA DENGAN BAHASA ORANG PUTEH SAJA BOLEH MENDIDIK KITA MAJU DAN JADI ENGGINEER ... AKU RASA HANYA ORANG POLITIK YANG KONONNYA DIAE LER PEJUANG BANGSA MELAYU ... TAPI PADA HAKIKATNYA PARTI TU LER YANG BANYAK PELINGKUP ORANG MELAYU .... AKU DI DIDIK DENGAN BAHASA MELAYU UNTUK MENGENALI ELEKTRONIK ... HARI INI AKU BOLEH MENJADI ENJINNYIOR DENGAN BAHASA MELAYU ... TAPI TAK DI NAFIKAN KEPENTINGANNYA JUGA UNTUK MAHIR BERBAHASA INGGERIS .. ITU ANTARA NDAK DAN TAK NDAK .. KEBANYAKAN MAKLUMAT KINI DARI INTERNET DAN BERBAHASA BI ...
RAMAI PENSYARAH DARI UTM YANG AKU KENAL KATA PSSMI TUH HANYA MEMBUANG MASA DAN AKAN MENGAKIBATKAN BANGSA MELAYU SEMAKIN JATUH ... MANA TAKNYE .. ADIK AKU BAGI TAU .. HARI NI MARKAH LULUS BUKAN LAGI 40 CAM KITA DULU ... MALAH 10 PON ADE ...
MALAH SEKARANG NI LAGI LE GILER BENDA YANG AKU DENGO ... NAK DI BUAT 50% KERJA KURSUS DAN 50% SPM AKHIR ... KONSEP NAK KUANTITI AKAN MENYEBABKAN KURANGNYA KUALITI ... ITU YANG AKU LIHAT ARI NI ...
AKU NAK CITER BIDANG BUKAN TEKNIKAL AKU TAK TAU LER ... TAPI DALM BIDANG TEKNIKAL .. BERBEZA DENGAN MASA AKU VOKASIONAL .. NILAI MLVK ASAS NGAN SKM TAHAP 3 JAUH BEZA. ... MALAH APA YANG MENYEDIHKAN DEGREE POINTER 3.75 ... DATANG TEMUDUGA KAT TEMPAT AKU ... BILA TANYA LUKIS SIMBOL TRANSISTOR TAK TAU ... BUDAK SEKARANG TAK UBAH CAM LEMBU AJE AKU RASE ...
1. Though in my job English is the main language that I use, I never forget my mother tongue which is Bahasa Melayu. In fact, through my job, speaking to visitors from foreign countries, I taught them several Malay words that can help them get around easily.
2. Seriously, what is so bad about mastering another language? you know where I come from, the same school, we had the same teachers? Was there ever any problems with us learning Maths and Seciene in Malay? I think most of us got through in both languages, all you need is extra hard work...I think it is really about your will power to master both languages regardless of which subjects are taught in what language...remember, we only learn English in English? the rest we learned in Malay...We got through, didn't we?
3. And, I'm telling you, even if Maths and science are continuously taught in English, there are still other subjects which are taught in Malay...So, what is the real issue? If you think ETEMS(PPSMI)carries on, people will stop using Malay altogether and that Malay language will be forgotten, I think you're wrong....It takes a lot more things to happen before a language dissapears altogether...
4. say for example, all subjects are taught in English in the future, we still have the Malay Language taught as a subject...and the language at home, will always be Malay....
5. anyway, those are just my thoughts on the whole issue...I'm patriotic, don't get me wrong, that's why I came back from UK to educate the younger generation...I might be a bit bias in my opinion, that's only because though I'm no longer in education, language teaching is still in my blood....
Post a Comment