kiranya malam ni sepatutnya aku pergi tengok 2nd game man u lawan malaysia kat bukit jalil. teruja pulak bila baca komen kat newspaper pasal game sabtu lepas. tapi apa nak buat aku seriously injured main futsal semalam , jadi niat tu aku terpaksa tolak tepi.kaki lagi penting. tengok kat superspot jer.
game sabtu lepas bukannya aku tak nak pi tengok , tapi last time tengok malaysia main lawan man u 2001 kat bukit jalil yang kena belasah 6-0 tertutup hati aku nak pi tengok. masa tu main macam cipan, kelam kabut. game sabtu lepas nampak teratur sikit. kudos to rajagopal and team player.
dua tiga menjak ni , tak der citer lain balik-balik citer kementerian pendidikan. dah macam jadi citer sensasi pulak. start dari PPSMI yang announce cancel english , sampailah ke cadangan nak hapuskan UPSR sehinggalah yang terbaru hari ni pendedahan..sorang mamat dari kementerian ni bahawa 52,000 pelajar tahun satu tak tahu membaca.
aku rasa kalu aku ni jadi menteri , benda-benda ni semua di hujung jari aku. tak payah nak tunggu tahun 2009 baru nak pi announce besar-besaran. this is all your bread and butter. terus cakap apa nak buat bagi mengatasi masalah tersebut.kalu tak tahu , maksudnya tak buat keje.
kalu turun padang pergi check kat sekolah-sekolah , tahun satu boleh dikira dengan jari berapa ramai murid yang tahu membaca terutamanya di kawasan luar bandar. sebabnya apabila naik ke tahun 1 , guru-guru dah beranggapan bahawa kanak-kanak ni telah diajar kesemuanya membaca dan menulis semasa pra-persekolahan (tadika). keje cikgu terus jer masuk gear auto-drive mengajar (anggap semua murid dah tahu).ini pengalaman yang aku lihat sendiri kat sekolah anak aku.
bukannya macam time kita sekolah dulu , masa darjah satu cikgu-cikgu kita susah payah nak pastikan kita semua ni tahu membaca dan menulis. senang jer jawapannya dulu tadika2 ni tak berapa famous. yang ada tabika kemas jer tapi tak semua yang mampu pergi.
kalu setakat buat annaouncement dan esok masuk front page , anak jiran aku pun boleh buat. tapi counter measures apa nak buat tak dak. bila tanya dok nganga tak tahu nak jawab. kalu ada pun ,jawapan yang diberi pelik dan tak tahu hujung pangkalnya.
sepatutnya kementerian kena kaji berdasarkan kelompok pelajar yang bermasalah ni , latar belakang , pendidikan pra-sekolahnya dan sebagainya sebelum datang dengan counter measure yang berbeza berdasarkan kelompok tersebut. pelajar kat bandar memanglah senang sebab emak bapak berduit boleh hantar anak kat tadika beratus ringgit sebulan. tapi tak semuanya effektif sebab ada sesetengah tempat ni banyak makan duit jer tapi kualitinya hampeh. korang semua ni kena ambil tahu jugak jangan dok biar bulat-bulat hantar anak kat tadika ni. buat spotcheck tanya cikgu-cikgunya dan guru besarnya. biar depa kalut sikit.kenapa kualitinya hampeh sebab tak pernah dipantau oleh badan berwajib. depa pun naik kepalalah.
satu lagi , pasal nak hapuskan UPSR,senang jer bagi cadangan. dah fikir habis ke. sepatutnya sesuatu benda yang dibuat itu perlu dikaji, diteliti datang dengan laporan keberkesanannya oleh pihak ketiga dan diperbaiki kalu ada kekurangannya dan dipantau berterusan bukannya main scrap macam tu jer. ini jenis orang yang lemah, tak ada vision dan nak keje senang ker. ni pun anak jiran aku boleh buat. tak payah bayar gaji mahal-mahal. kita dibayar gaji untuk buat keje , bukannya dok melilau tak tentu hala. semua nak tunjuk terrer overshadow masing-masing.
aku dok tunggu jugak depa ni tak nak announce ke hapuskan spm pulak , dengan alasan lambat sngat nak tunggu budak-budak ni masuk keje. tak pun pasal add maths susah sangat sebab budak melayu tak boleh pi. entahlah..
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jgn tak tau, setiap kali bertukar je menteri, maka akan berubahlah dasar2 kerajaan ni.semua nak tunjuk hebat, semua nak tunjuk pandai. bkn nk kata la, bab pendidikan paling senang nk dipolitikkan. kalau hasilnya baik, baguslah, tapi kalau sebaliknya? yg rugi anak2 bangsa yg akan mewarisi kepimpinan negara
Post a Comment