Tuesday, April 14, 2009
pantai timur
aku ke pantai timur 3 minggu lepas , sorang-sorang gerak dari kl malam sabtu dalam 10.30 pm. dah biasa gerak malam , kete tak banyak cuma cabarannya hanya kabus tebal atas jalan dan macam biasalah .. tahu-tahu sendiri sudahlah.
biasanya kalu ngantuk , aku tidur dulu kat petronas (24 jam) dalam 1-2 jam sebelum sambung balik. biasanya aku stop kat temerloh atau gambang. tips jalan malam kat sini , biasanya area LPT akan start berkabus tebal antara 1.30 am - 4.30 am. bas tak kisah redah jer , cuma kete-kete dinasihatkan berhati-hati sebab kabus terlalu tebal dan menyukarkan jarak penglihatan.itu pasal aku stop dulu , dalam time zone macam ni.
lagi pun jalan kat LPT ni ada sesetengahnya tak rata (kena tutup sebelah untuk pembaikan). jadi kena kongsi jalan dengan arah yang satu lagi (bayar tol tak boleh nak kongsi pulak..pelik-pelik).
dalam 4.30 am aku sambung gerak , jalan clear betul dan aku boleh jejak kerteh dalam masa 1.45 jam dari temerloh. rekod baru ni. tak kisahlah , jalan kat sini pun dah banyak terang pasang lampu jalan.
dulu ada satu kawasan ni namanya bukit bauk (sebelum sampai politeknik), aku cukup seriau lalu kalu lepas tengah malam. kononnya kawasan ni tempat mangsa-mangsa kekejaman tentera jepun diseksa dan dibunuh. entah betul ke tidak aku pun tak sure.. biasanya kalu terlalu sini , aku pasang radio kuat-kuat dan pecut jer. tak pandang mana-mana lagi dah.
aku check in kat hotel uitm dungun. cool jugak , RM120 per night dengan sea view lagi (pantai teluk lipat). mana nak dapat tu. siap breakfast lagi dengan local cuisine , astro pun ada , welcome drink + free newspaper. sapa-sapa ada yang terlalu kat dungun ni , aku recommend boleh try check in kat sini. hotel-hotel lain pun ada tapi mahallah bayornya (salah satunya milik ex-artis 80 an datin zu-ghairi ada buat satu hotel beach resort kat tepi pantai ni).
aku stay dua malam kat sini (bercuti sambil menghilangkan "ketensenan keje"). tak ada sangat aktiviti aku buat sebab hari pun dok hujan jer. keistimewaan kat sini adalah nasi minyaknya dengan lauk ayam kari (RM 4.50 per plate). ada satu gerai yang paling sedap kat sini , lokasi tepi jalan dari arah paka menuju ke pekan dungun (sebelum lalu trafic light kat hospital dungun).
gambar kat atas tu masa aku nak balik , lalu kat paka. kat sini terletaknya pusat penapisan petroleum petronas (kalu lalu malam terang giler tempat ni..) macam siang. kalu ada duit syiling jatuh atas jalan , sure boleh jumpa punya , sebab cukup terang tempat ni. api yang dikeluarkan dari serombong penapisannya tu sentiasa terpasang 24 jam (termasuk waktu hujan). salah satu dari keajaiban dunia yang ada kat malaysia.
selain tu , pusat penjanaan tenaga elektrik milik YTL corporation.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment