Saturday, April 18, 2009

nelayan seremban



pernah try makanan lain dari yang lain (yang halal ler..) macam landak , rusa , ayam kampung , ikan sungai dll.? kat kl ni payah sikit kot nak dapat.

cuba gerak ke seremban. dah banyak kali keluar kat paper dan tv pasal restoran ni. restoran nelayan (tapi bukan kat tepi laut..seremban yang ada laut kat PD jer). lokasinya arah menuju ke kuala pilah , selepas parkson traffic light nombor 2. belok kiri , berhadapan padang latihan bola sepak persatuan bola sepak negeri sembilan.

macam-macam ada. mostly masak lemak cili api. cuma mahal sikit kot pasal payah nak jumpa. semangkuk daging rusa RM 10.00. ikan sungai (kelah , keli , haruan , patin , kaloi dan jenis ikan-ikan lain yang tak pernah aku dengar pun ada , dalam RM 8.00-9.00 seekor. lain-lain macam daging landak , kancil dan burung puyuh.

cuma yang bagusnya , dia letak price tage pada setiap makanan , so pandai-pandailah kita budget sendiri nak makan apa , terutama kalu datang ramai-ramai.

last aku datang hari tu (lone ranger jer..), aku order ikan keli bakar , pucuk paku masak lemak cili api , telur masin , cendol dan air suam adalah dalm RM 13.00. aku ingat nak order daging landak , tapi dah habis time tu (lambat sikit habislah jawabnya..). tak pa nanti balik kampung aku try adjust dengan laki adik ipar aku (dia memang terrer bab-bab memburu landak ni). daging landak memang sedap dan lembut serta kurang kolesterol.

apa pun aku bagi 5 bintang sebab teramatlah sedapnya masakan kat sini ..

No comments: