Tuesday, April 21, 2009

ketepi exora







nak beli exora .. nanti dulu. hujung tahun ni kot keluar perodua mpv ni. design dari toyota passo. kod dia pakai sekarang adalah D46T , macam saga jugak dulu BLM.price dalam 60K jer kot (macamlah aku ni CEO perodua pulak) , murah dari exora , cuma saiz dalaman kabin , kecik sikit kot dri exora.

perodua ni jenis suka kasi proton keluar dulu , kemudian cilok kat lap. yang cilok tak menjadi cuma masa nautica launching tu jer , saga jugak yang menang.

transformers II .. june 2009




lamanya nak tunggu ..

nasi minyak ayam kari





aku dah pernah view topik ni sebelum ni , cuma sikit-sikit jer sebab time tu aku tak bawa kamera. tak best citer gambar tak ada , feel tu tak sampai.

aku makan nasi kerabu tak jalan. nasi dagang kira oklah tapi nasi minyak tu dia sampai tak nampak jalan.

masih di gerai yang sama. di pekan dungun (tak ada nama kedai ni). land marknya kalu dah sampai dungun melepasi petronas di kiri jalan (petronas kedua , petonas pertama di sebelah kanan jalan)sebelum jumpa traffic light dan sampai hospital dungun.

buka bermula 6.00 pm hingga semuanya habislah (biasanya dalam 10.00 pm habis dah..).
nasi minyak sepinggan penuh , lauk ayam kari seketul (besar tuu..)RM4.50.

boleh top up jugak dengan lauk lain , gulai ikan tongkol seketul RM2.00. memang sedap dan sampai rasa tak nak balik pun ada. nak try .. boleh ajer.

akan datang



sure nasi tambah ni ..

dungun




abc best-best



yang terbesar setakat ni yang aku pernah jumpa. hanya di hotel uitm dungun.
RM 4.50 sepinggan (atau mangkuk ..). entahlah belasah jer.

exora





showroom proton adalah tempat hotspot sekarang , pasal mpv baru ni. aku dah pergi melawat sabtu lepas. not bad , sokonglah sikit produk tempatan.

kelebihan yang aku nampak , pegang ,rasa dan dengar antaranya :
keluasan dalaman (kabin) maksimum - 5 bintang (excellent)
bukaan pintu luas (ala myvi) - 5 bintang
interior design kemas dan bergaya - 4 bintang (ala honda city) , terutama tang stereng dan tombol gear
tempat duduk yang selesa , ruang pemanduan dan kabin belakang serta bentuk lampu panjang di sisi bonet belakang agak menakjubkan.
lubang air-cond di bumbung kabin penumpang belakang , di sisi kiri dan kanan sungguh melegakan kepada mereka yang selama ni terpaksa berkongsi corong lubang air-cond bersama penumpang di bahagian hadapan.

kekurangan setakat ni : (tak test drive lagi..) ,
enjin 1.6 campro agak sukar memecut dengan saiz mpv yang agak besar ni terutamanya aksi mendaki bukit. better tunggu exorra switch tu enjin turbo (dalam perancangan) atau at least enjin 2.0 L.

kedudukan gear yang terangkat ke atas (aku memang tak suka) , better pada kedudukan
rata di bawah untuk penukaran gear yang lebih kemas dan lancar.

panas-panas




sesatunya gerai lemang di terengganu yang beroperasi setiap hari dalam masa 360 hari setahun. lokasinya sebelum sampai ke bandar kijal. tepi jalan jer.

satu packet (tupperware RM 5.00-RM 10.00) , serunding beli lain. ikut saiz. apa pun puas hati , dan setakat ni yang aku sempat beli semuanya fresh tak ada yang expired date lagi.

Monday, April 20, 2009

cherating . .7.15 am





keluar tol cherating , solat subuh dulu dengan hero aku sebelum cari gerai favourite aku kat area cherating ni untuk breakfast. lokasinya jalan utama ke kemaman. dari kuantan gerainya di sebelah kiri jalan selepas kampung sungai ular.

aku sampai dah start 3,4 meja penuh dengan pelanggan. aku order nasi minyak lauk daging bakar (dekat penuh pinggan aku) dan hero aku makan nasi goreng cina dengan ayam kari 4 ketul. minum nescafe dan air suam. semua sekali RM 8.00.

aku rasa berbaloi coz breakfast dengan daging bakar payah nak dapat. dan yang penting sedap dan semuanya fresh.

Sunday, April 19, 2009

laluan lurus




sambung citer budak kecik terauto-lock dala kete tadi.rutin mingguan aku,kali ini aku gerak ke terengganu dengan hero aku pulak malam sabtu lalu , adalah dalam 9.30 pm. perak cuti isnin , birthday sultan perak.

macam biasa aku stop jap dalam 11.45 pm , kat temerloh depan shell. lelap jap sampai 5.30 am sebelum sambung perjalanan aku. tak boleh tidur sangat panas giler malam tu. tapi hero aku tidur selambar jer. penat sangat kot.

apa pun , terima kasih "SHELL" penaja penginapan rasmi aku malam tu.

ahli lama



ahli lama .. tapi dah lama tak dengar citer.
merajuk kot.

ahli baru



meor azman ada pencabar baru sekarang.
control handsome sikit bro ..

Saturday, April 18, 2009

anak kita tanggungjawab kita




malam tadi , masa aku isi minyak kat damasara , kecoh satu petronas. sampai ramai orang berkumpul.budak kecik terkunci dalam kete. parents nya aku rasa keluar bayar duit minyak ke atau beli makanan ke aku pun tak tahu. tinggal budak tu sorang dalam kete , enjin kete hidup pulak tu.

biasalah budaya malaysia , ada apa-apa kecoh berkumpul jer , menolongnya idak.
yang aku nak citer bukan pasal orang berkumpul , tapi perangai parent budak kecik tu. berpeluh-peluh nak buka juga kete yang dah terkunci dari dalam tu (kete dah terauto-lock). apa ke salahnya pecahkan jer tingkap sisi kete tu, keluarkan terus budak tu dari dibiarkan budak tu berpeluh-peluh ketakutan dalam kete. main pakai bahasa isyarat tanganlah suruh anak tu buka butang pintu. manalah budak tu reti (aku agak dalam 2 tahun umurnya). lemas karang , lain pulak citernya ..

aku dok perati dari jauh jer. apa pun aku dapat snap jugak dua gambar incident tersebut dari jauh (snap dekat karang , takut kena pukul pulak dengan mamat tu).

mamat tu pakai kete toyota wish (plat 3 nombor lagi) yang berharga dalam RM 140 K, takkan tak mampu nak ganti cermin baru yang harganya dalam RM300-RM400.00 tu jer. naik menyampah pun aku ada melihat kelakuan emak bapak yang tak reti nak jaga anak ni.. yang satu xxxx pergi tinggalkan anak kecik dalam kete tu sorang-sorang sapa suruh. aku tak heran kalu dia orang tak pakai kete mewah , standardlah tengah gawat-gawat ni tak da duit nak buat budget. ini pakai kete mewah. aku budget adalah dalam 30 minit lebih budak tu terperangkap dalam kete tu sorang-sorang sampai kete tu boleh buka (dia sanggup balik ambil kunci pendua). keluar jer budak tu , aku tengok naik fobia budak tu berpeluh-peluh sambil menangis.

aku ingatkan diri aku jugak sendiri. tapi aku tak sanggup nak biarkan anak aku terkapai-kapai kelemasan sorang diri dalam kete sambil diperhatikan oleh emak bapaknya sendiri yang tak tahu nak membezakan yang mana satu lagi berharga dari nyawa anak dan sayang kete. bangla yang keje pump minyak tu pun cakap kat aku ,"ini orang tarak guna punya orang". tarak kesian sama anak.

entahlah , dunia sekarang dah terbalik. kete lagi berharga dari nyawa anak kot. inilah yang dikatakan "bior pape , asalkan bergaye". dalam maksudnya tu ..

nelayan seremban



pernah try makanan lain dari yang lain (yang halal ler..) macam landak , rusa , ayam kampung , ikan sungai dll.? kat kl ni payah sikit kot nak dapat.

cuba gerak ke seremban. dah banyak kali keluar kat paper dan tv pasal restoran ni. restoran nelayan (tapi bukan kat tepi laut..seremban yang ada laut kat PD jer). lokasinya arah menuju ke kuala pilah , selepas parkson traffic light nombor 2. belok kiri , berhadapan padang latihan bola sepak persatuan bola sepak negeri sembilan.

macam-macam ada. mostly masak lemak cili api. cuma mahal sikit kot pasal payah nak jumpa. semangkuk daging rusa RM 10.00. ikan sungai (kelah , keli , haruan , patin , kaloi dan jenis ikan-ikan lain yang tak pernah aku dengar pun ada , dalam RM 8.00-9.00 seekor. lain-lain macam daging landak , kancil dan burung puyuh.

cuma yang bagusnya , dia letak price tage pada setiap makanan , so pandai-pandailah kita budget sendiri nak makan apa , terutama kalu datang ramai-ramai.

last aku datang hari tu (lone ranger jer..), aku order ikan keli bakar , pucuk paku masak lemak cili api , telur masin , cendol dan air suam adalah dalm RM 13.00. aku ingat nak order daging landak , tapi dah habis time tu (lambat sikit habislah jawabnya..). tak pa nanti balik kampung aku try adjust dengan laki adik ipar aku (dia memang terrer bab-bab memburu landak ni). daging landak memang sedap dan lembut serta kurang kolesterol.

apa pun aku bagi 5 bintang sebab teramatlah sedapnya masakan kat sini ..

taman melawati



sekolah tempat maharnisah bertugas ..

Wednesday, April 15, 2009

pemain golf pro.



gambar fairuz azura aku cilok dari internet. aku rasa mamat ni dah jadi orang koperat kot sekarang. time ni dia tengah dok layan main golf.

baguslah kita semua tumpang bangga pernah satu kelas dengan dia dulu.

anak dah dua tu.

uitm sri-manjung satu masa dulu











kawasan tapak lama kampus uitm perak (sri-manjung) sekitar tahun 90an. sekarang kampus tetapnya dah pindah ke tronoh. tinggallah bangunan umah kedai ini sebagai sejarah.

pelakon azhar sulaiman (architecture), afdlin shauki (estate management) , abang sulung darling nasri (computer science) dan lokman noor adam (ex-ketua pemuda keadilan) pernah sekolah kat sini dulu. aku pun heran kenapa dibiorkan jer , tempat ni tak dibangunkan balik dan dibiarkan kosong bertahun lamanya. entahlah ..

lagi pasal lumut










ais kacang semangkuk RM 3.50. sotong goreng tepung , RM 1.50 seekor. hero aku minum fresh orange (gelas besar) RM 2.00. gerai-gerai jual makanan laut dalam packet pun banyak. aku belilah sikit sotong packet dan sate ikan. enam bungkus RM 10.00. pilih-pilih campur-campur pun boleh.