Tuesday, February 3, 2009

tasik bukit merah



tasik bukit merah .., exit tol bukit merah kemudian belok kanan selepas jumpa traffic light. 200 meter dari situ terletaknya bukit merah lake town resort (tan sri mustapha kamal yang punya).

aku tak nak citer pasal resort ni (kena bayar dulu baru boleh masuk gi tasik dia). ini citer pasal free viewing kat tepi jalan lama menuju ke pekan selama (30 km dari exit tol tersebut). adalah dalam 10 minit dari tempat tu , terdapat satu kawasan terbuka pemandangan yang indah tasik ini. aku park kete tepi jalan pun macam ngam-ngam , nak sama level dengn air tasik.

yang bestnya kat atas tasik ni terdapat satu landasan kete api (macam tambak johor) menyusur dari hujung tasik ke hujung tanah besar ke arah taiping dan jalan lama selama. kalu hangpa perasan kat backdrop gambar aku paling hujung sekali (belakang sekali) adalah landasan kete api tu.

memang nostalgia tempat ni bagi aku. kaki pancing pun ramai melepak kat sini. banyak ikan kot.

No comments: