Wednesday, February 11, 2009

misteri lagi ..



dulu-dulu zaman masa aku sekolah kat taiping (90's), citer ni sungguh famous untuk pengguna-pengguna kenderaan yang lalu lebuh raya utara selatan , jelapang ke kuala kangsar.

selepas melalui terowong menora (menghala ke kuala kangsar) , biasanya tiba-tiba muncul satu kete volkswagen kuning bergerak perlahan di hadapan kete anda. yang peliknya setiap kali anda cuba "cilok" dan berjaya "cilok" volkswagen ni , tiba-tiba dia muncul balik di depan kenderaan kita.

kes lain pulak , volkswagen ni tersadai di tepi lebuh raya selepas terowong ni. ada wanita yang melambai di tepi jalan meminta bantuan pertolongan. satu kes lagi volkswagen ni lalu tepi kenderan kita tanpa ada pemandu di dalamnya.

maleh aku nak buat ulasan seterusnya , cuma ..
jangan biarkan diri anda diselubungi "misteri"...

No comments: