Friday, February 27, 2009

testing

salam, man testing hantar catatan utk blog ini, smoga hari jumaat yg mulia ini mendapat keberkatan kpd kenkawan lama smua.

kartun favourite hero aku



apa lagi kalu bukan kartun ben 10.

Sunday, February 15, 2009

mee banjir .. udang






aku ni dah kira macam traveller pulak ala "destinasi budget" , kushairi. blog ni pun dah kira travelling blog jer. korang layan jer. daripada kosong jer , ada jugak bahan bacaan.

aku sambung blog yang banyak gambar kete tu sebelum ni. kuala sepetang. lama dah aku tak dengar pekan ni. boss aku teringin nak makan "mee banjir" (dia tengok dalam tv tu , apa lagi destinasi budgetlah waktu kushairi gi taiping). dah satu jalan , on the way balik aku singgah. tak susah mana pun , exit tol changkat jering , gerak terus ke pekan simpang , jumpa traffic light belok kiri.

banyak gerai "mee banjir" kat kiri kanan jalan. biasalah , kat mana-mana pun , orang guna "brand name" jer. tapi sedap tak sedap kena pandai ushar. aku stop kat tempat yang paling banyak kete lepas aku habis pusing pekan kuala sepetang. kat sini ada jugak muzium kota ngah ibrahim , sebelum pekan matang. sejarah awal perak dan penentangan inggeris ada banyak dipamerkan.

warung mak teh , tempat yang aku tuju (dari pekan simpang lokasinya sebelah kiri bahu jalan , sebelum sampai ke taman rimba laut matang).

keistimewaan mee banjir ni bagi aku adalah tang kuahnya. sodap.. pergh.. tak boleh nak diciterkan. kena try sendiri baru boleh komen. semangkuk rm 6.00 dengan sepuluh ekor udang per plate. ada jugak yang rm 8.00 dn rm 10.00 (bergantung kepada saiz udang). aku yang tak suka udang ni pun , habis aku bedal semua siap hirup kuah lagi.

tips yang aku boleh bagi kalu datang sini , sebab ramai sangat orang datang , siap kena pasang khemah lagi macam ada orang kenduri. mula-mula berdiri standby kat meja orang yang dah habis makan (kalu tak melepas orang lain ambil meja tu), kalu hangpa dok tercegat guarantee tak depat meja. kemudia terus gi dapur order sendiri berapa pinggan mee yang nak. kalu tunggu waiter datang , sampai kedai tutup malam karang pun belum tentu orang datang ambil order sebab ramai sangat sampai aku rasa dia pun confuse mana satu customer.

aku jamin mesti hangpa dapat order cepat dan puas hati tak payah tunggu lama. selain tu boleh jugak order sate (40 sen secucuk dan memang sedap) sambil tunggu "mee banjir" sampai. apa pun air minuman ordar tak sampai-sampai (aku dah agak dah mesti sebab customer ramai ni). minum air mineral yang aku bawak dalam kete jer. aku gerak balik jam 7.10 pm dan berhenti sembahyang dulu kat pekan simpang sebelum sambung perjalanan.

eco-park











on the way balik , singgah kat eco-park. dah bayor , kenalah pergi ye tak.

pulau ini di bahagikan kepada beberapa bahagian spt. taman reptilia , binatang peliharaan , pertunjukan haiwan dan haiwan tropika. kalu kat kl sebijik macam sunway wild life. kiranya hero aku enjoy habis , dapat main dengan hamster , arnab dan kambing. banyak juga haiwan yang ada kat sini.

tempatnya pun sedap mata memandang dan nyaman dengan dikelilingi hutan dalam jaring.
dalam satu jam kat sini , kemudian gerak balik ke parking kete (jalan kaki atau boleh naik kenderaan buggy).

bukit merah













hujung minggu hari tu , "boss" aku ajak gi bukit merah. saja bawak parents aku berjalan. dah lama rasanya tak bawak dia orang jalan-jalan. hero aku apa lagi , suka jer.

bukit merah lake town resort (bmltr) terletak di utara taiping (1 jam dari ipoh), exit keluar tol bukit merah. sampai traffic light , belok kanan 100 meter sampailah ke pintu masuk , untuk ke bmltr.

aku sampai dalam 4 pm. tempat ni lebih kurang macam sunway lagoon jer. cuma istimewanya ada "pulau orang utan" , tempat dia orang ternak orang utan.

beli tiket , aku ambil pakej kombo-melawat pulau orang utan dan eco-park (mini zoo). rm 28.00 dewasa , senior citizen rm 16.00 , kanak-kanak bawah 90 cm (rm 15.00). banyak pakai duit jugak kalu nak pergi ke sini (especially yang datang rame-rame).

perjalanan bot , 10 minit dari jeti bmltr ke pulau orang utan. kat sini , tempat pemeliharaan orang utan start dari kecil (dilahirkan) sampai dewasa. dikenali sebagai sekolah orang utan (macam tak caya jer aku) , anak orang utan ini ditempatkan ikut "stage" , stage 1 - stage 5.

orang utan ini diajar cara untuk "bergayut" , "cari makan" , "cara membuat sarang sendiri" dll yang diajar oleh pelatih-pelatih (mostly awek) yang bertugas di sini. siap ada mini hospital yang merawat orang-orang utan yang sakit (punyalah bertuahnya dia orang ni). pelancong dapat melihat gelagat dia orang melalui jalan terowong sangkar besi yang disediakan , tak macam di zoo. kiranya orang utan ini dilepaskan keluar bebas di persekitaran kawasan pulau ini.

aku tour adalah dalam sejam kat sini. jumlah semua orang utan kat sini adalah dalam 24 ekor kot. habis tour , gerak balik semula naik bot.

eehh .. ada kenduri kahwin ke?



banyaknya kete beratur ..
tunggu ..

Thursday, February 12, 2009

jalan parit-rpt sri iskandar



ada sapa-sapa yang tahu "citer" bila lalu jalan ni waktu malam?
jalan ini merupakan short cut dari parit (bermula dekat belakang umah tun mohd asri) terus ke sri iskandar , keluar kat balai bomba.

tak payah lagi ikut jalan biasa melalui bukit chupak , padang tenggala terus ke bota kanan. menjimatkan masa perjalanan selama 45 minit untuk ke sri iskandar.

aku dah try sekali lalu hari tu tapi waktu sianglah. waktu malam , entahlah ..
aku dah dengar citer dari kawan kita xxxixxx xxxx , meremang juga bulu tengkok aku bila dengar , especially bila lepas kawasan ternakan kambing berkelompok tu.

malam ni malam apa hek...

Wednesday, February 11, 2009

misteri lagi ..



dulu-dulu zaman masa aku sekolah kat taiping (90's), citer ni sungguh famous untuk pengguna-pengguna kenderaan yang lalu lebuh raya utara selatan , jelapang ke kuala kangsar.

selepas melalui terowong menora (menghala ke kuala kangsar) , biasanya tiba-tiba muncul satu kete volkswagen kuning bergerak perlahan di hadapan kete anda. yang peliknya setiap kali anda cuba "cilok" dan berjaya "cilok" volkswagen ni , tiba-tiba dia muncul balik di depan kenderaan kita.

kes lain pulak , volkswagen ni tersadai di tepi lebuh raya selepas terowong ni. ada wanita yang melambai di tepi jalan meminta bantuan pertolongan. satu kes lagi volkswagen ni lalu tepi kenderan kita tanpa ada pemandu di dalamnya.

maleh aku nak buat ulasan seterusnya , cuma ..
jangan biarkan diri anda diselubungi "misteri"...

Tuesday, February 10, 2009

reunion buat kat parit ..






aku cadang nak tubuh ahli jawatan kuasa untuk projek reunion kita tahun 2009.
ada sapa-sapa nak joint ?

aku perlukan setiausaha , pengelola majlis , pengendali makanan dan minuman , tempahan penggunaan dewan di parit , akauntan untuk dana dan pengelola jemputan tetamu.

umah artis yang aku tahu ..






ini antara umah-umah artis kita yang aku tahu kat kl ni. yang atas sekali tu umah dato k (dan siti sekalilah bagi sikit kredit..) kat bukit antarabangsa , hulu klang. lokasi : naik terus panjat bukit antara bangsa tu terus turun bukit sampai ke petronas belah kanan (ada giant depannya). belok kanan lalu deretan kedai-kedai yang ada terus turun bukit dan belok kiri. umah dia selang 2 baris dari simpang tu.

banglo yang macam dalam kaca ni , umah yusri kru dekat dengan utm jalan gurney. tapi aku rasa dia dah jual umah ni lepas dia .. dengan erra dulu. aku tahu pun , pasal neighbour sebelah umah yusri tu mertua kakak aku. kiranya aku biasa juga jalan kat sini cuma jarang nampak kete dia kat laman umahnya. dia balik dok ngan family dia kot kat melawati.

lain-lain , umah double storey raja azura "sinar fm" kat seksyen 13 shah alam (depan stadium bola shah alam). lokasinya simpang yang mula-mula masuk ke kiri dari persiaran kayangan (bulatan) depan stadium menuju ke deretan umah kedai. aku tahu pun pasal anak raja azura ni classmate dan "geng bas sekolah" dengan hero aku masa kat tadika seksyen 13 ni. kalu tak , haram aku tak tahu. apa pun laki dia ok , dan aku selalu tegur-tegur macam tu jer masa ambil anak aku kat tadika masa balik keje.

cuma yang aku tak tahan , masa konvo anak aku kat bangunan SUK selangor , aku siap berebut-rebut dengan "makcik" tu snap gambar hero masing-masing pasal tempat dan kawasan terhad. aku buat derk jer , peduli apa aku kau artis ker apa ker. janji aku dapat tangkap gambar hero aku. laki dia aku tengok cool jer duduk baca paper. gambar atas sekali tu , hero aku diapit oleh anak "ra" yang pakai songkok dan polysterene warna merah.

inilah kelainan sikit tourist attraction yang aku ada dan boleh citer buat sesiapa yang jadi guest aku kat kl ni.

Monday, February 9, 2009

dah try belum ... ipoh-kuala berang








ada sesiapa yang dah try bawa kete lalu menembusi banjaran titiwangsa membelah 4 negeri (perak , pahang , kelantan dan terengganu)? mesti kena cuba ..

ini merupakan lebuh raya barat-timur kedua untuk penduduk pantai barat yang hendak ke pantai timur. kiranya alternatif ketiga untuk orang ipoh yang nak ke pantai timur (ipoh-gerik-kota bharu) atau ipoh-kl-kuantan-k.terengganu-kota bharu.

aku dah try tapi setakat ipoh-simpang pulai-cameron-gua musang-kuala kerai dan k.terengganu sahaja. jalan memang clear , kiranya highwaylah , macam lebuh raya timur-barat. ada empat lorong (pergi-balik). dari simpang pulai-cameron (1 jam). cameron-pos slim-gua musang (2.0 jam). pemandangan gunung ganang di kiri kanan jalan memang cantik bro. kiranya nak layan drift tu bolehlah ..

sebelum sampai gua musang akan ada 3 persimpangan untuk dibuat pilihan. nak ke jeli kelantan boleh , nak ke umah siti nurhaliza pun boleh (kuala lipis) dan terus ke kl. nak ke kota bharu aka via through kuala krai pun boleh.

pekan gua musang ni takdalah besar mana , kiranya macam pekan lumut jer. dari gua musang gerak terus menuju ke laluan ke kuala krai adalah dalam 30 minit sebelum jumpa simpang sebelah kanan (siap ada signboard besar lagi) , arah menuju ke felda aring (kena lalu felda ciku dulu) dan taman negara kuala koh , kelantan. felda aring ni kiranya kawasan ladang kelapa sawit. umah orang kampung pun boleh bilang dengan jari , itu pun kalu ada. yang menraiknya , nanti kita akan jumpa satu post guard yang mana ianya merupakan pintu sempadan antara kelantan-terengganu (di kawasan tengah-tengah hutan). menarik tu..

jalan ini belum diwartakan oleh gov lagi. kiranya sapa nak lalu jalan ni atas risiko sendiri (masih dalam pembinaan dan dijangka siap 2010). risiko sendiri maksudnya ; tiada bantuan kecemasan di tengah jalan , tiada talian coverage , tiada lampu jalan , dan sendiri mahu ingat kalu lalu waktu malam .. jalannya pun ada yang bertar dan ada yang masih jalan tanah merah dan berbatu-batu (dalam 14 km).

itu pasal aku tak nak ambil risiko dulu waktu lalu kawasan ni , walau hati aku teruja nak try juga jalan baru ni dari dulu lagi. itu pun aku ambil panduan atas nasihat budak kilang aku yang ada tinggal kat area-area sini.jalan kat sini memang sunyi giler. tahun lepas pernah ada keluar "front page" dalam harian metro , sepasukan unit imigresen yang dalam operasi memburu PATI kat area sekitar tasik kenyir ni terdengar suara wanita mengilai di dalam kawasan hutan tebal ini. suara ini juga didengari oleh PATI tersebut yang membuatkan mereka lari ketakutan dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. salah seorang pegawainya yang terlibat dalam operasi tersebut "bertuah" dapat menyaksikan satu lembaga berdiri di atas pokok mengilai dengan mengeluarkan suara yang menyeramkan melalui lampu suluhnya.

apa pun dari gua musang-felda aring terus ke tasik kenyir mengambil masa (catatan tidak rasmi) , 2.5 jam. kiri kanan hanya ada hutan tebal. satu yang menariknya sebelum sampai ke kenyir , kita akan disajikan dengan pemandangan tasik kenyir di sebelah laluan tersebut.

sampai di kenyir , anda boleh memilih untuk bermalam di tebing tasik kenyir (tasik kenyir country resort) atau meredah pulau-pulau di sekitarnya sambil menikmati keindahan alam semula jadi (aku dah pernah overnight kat sini) atau terus ke pengkalan gawi dan keluar di pesimpangannya. anda boleh memilih ke k.terengganu (belok ke kiri) atau ke kuala berang ,hulu terengganu (belok ke kanan) terus ke pekan ajil , bukit besi , dungun atau terus ke kuantan dan kuala lumpur melalui felda jerangau jabor (laluan yang aku jumpa hantu hari tu).

yang aku dengar citer jalan ni memang tak akan dikenakan tol nanti ..

jersi bola konon-kononnya ..




mas , kau dulu main bola team sekolah (defender) pakai jersi nombor berapa ?
aku belasah jer nombor 4 .. betul kot.

aku buat satu jersi khas untuk anak kau tengok , macam mana abahnya pakai dulu.

oh kome , deghoyan dah bebunge ..



layan jer , lagu klasik ni.
dalam maksudnya ..

ditangguhkan ke april 2009






sabor ajerlah ..

kejor yob kejor



layan jer semua .. tengah panas-panas kat ipoh ni.
lalalala .. kejor yob kejor .. yob cepat sape dulu dapat duduk office mb perak.

Wednesday, February 4, 2009

AKHIRNYA AKU BERJAYA

Salam semua,
Mintak mahap krn menunggu dari tahun 2008 till 2009 baru baru aku blh jwb prsoalan kekawan semua.Man bgus jugak hang mengistigharkan blog ini. Sekurang2nya boleh kita mintak halal mkn minum , duit dan sebagainya. Firstly aku nk jwp Lina san punya quest"n
1) Masa bila pulak aku ada kenalan dgn RPS ,convent ada la. La ni jadi wife org utara , aku jumpa
kat sintok.
Last week aku ada jumpa Byung , dia masih hensem, Dulu gosip dia Narimah,X tringin ke nak
jumpa.
2) Mior awat posing trtongek ? Bila hang nak balik kampung.
Aku ni try aje. Kalu senang aku coret byk sikit. Man Badrul Hisham ada jumpa ka.
Lastly Sharifah Adlina still cute ke.He.he

Thanks.

Tuesday, February 3, 2009

bangku bergerak sendiri ..

citer hantu lagi. pengalaman aku seterusnya berlaku dalam tahun 2005. kali ni kat office aku sendiri.

kadang-kadang aku keje stay back sampai lewat malam , habiskan tugasan. kadang-kadang aku keje masuk shift (kilang beroperasi 24 jam) melihat pergerakan operasi section aku.

ada sekali tu , dalam jam 10.00 pm masa aku tengah habiskan keje depan pc (aku sorang jer kat office masa tu) bangku yang terletak berhadapan tempat keje aku (adalah dalam 3 meter) bergerak dengan sendirinya (bergerak undur ke belakang) depan mata aku sendiri. siap ada bunyi lagi masa bangku tu bergerak dan bunyi macam ada orang duduk atas bangku tu. posisi bangku tu pun beralih dari kedudukan tersimpan dalam meja ke kedudukan luar dari meja. setahu aku , aku tak ada belajar magic yang boleh buat bangku bergerak dengan sendiri. heran aku .. masa tu bulu roma aku dah naik meremang kat tangan dan tengkuk aku. siap dah , dia dah mai tu..

aku perasan kejadian tersebut , tapi tak takut sangat sebab aku onkan semua lampu (jadi terang gilerlah office tu). last-last aku blah terus , shut down pc kemaskan barang atas meja lepas tu chow terus balik. orang-orang lama kata , "jangan tegur".

kadang-kadang tu (waktu yang lain pula) , aku terdengar bunyi orang berlari tepi koridor office aku (time lampu pasang kat office), tapi orangnya tak ada. mungkin dia tak suka aku keje sampai lewat malam kot.

"jimatkan elektrik , anda mampu mengubahnya"

mee combat satu ...




on the way balik kl , aku stop jap kat taiping. perut pun dah lapaq giler , siap hujan lebat lagi. ada tempat menarik ke untuk makan kat taiping ni ?

masuk bandar taiping , gerak terus ke bangunan larut matang (kat tengah-tengah bandar taiping . kiranya macam arked MARA) , bersebelahan dengan pasar basah (tempat orang jual ikan). sasarkan sasaran anda ke gerai "mee combat" @ mee goreng mamak kat tempat gerai terbuka bersebelahan bangunan tersebut. mai kena sepinggan.

wife aku malu-malu nak makan konon , yelah tempat gerai berselerak. tak tahu nak order apa. aku order mee combat sepinggan (RM 3.00), popia basah 5 ketul (50 sen seketul) dan "satay basri" (40 sen secucuk ... ada lagi harga murah cam ni , isi masih besar ?), air kelapa , air limau suam. bring back the good old days punya memory zaman aku dulu-dulu.

dah try sekali , last-last wife aku yang makan 3/4 dari mee combat yang aku order tu. tak palah , aku biarkan jer. tu lah penangan mee combat taiping.

hero aku mogok makan satay jer (penat sangat travel jauh kot).

tasik bukit merah



tasik bukit merah .., exit tol bukit merah kemudian belok kanan selepas jumpa traffic light. 200 meter dari situ terletaknya bukit merah lake town resort (tan sri mustapha kamal yang punya).

aku tak nak citer pasal resort ni (kena bayar dulu baru boleh masuk gi tasik dia). ini citer pasal free viewing kat tepi jalan lama menuju ke pekan selama (30 km dari exit tol tersebut). adalah dalam 10 minit dari tempat tu , terdapat satu kawasan terbuka pemandangan yang indah tasik ini. aku park kete tepi jalan pun macam ngam-ngam , nak sama level dengn air tasik.

yang bestnya kat atas tasik ni terdapat satu landasan kete api (macam tambak johor) menyusur dari hujung tasik ke hujung tanah besar ke arah taiping dan jalan lama selama. kalu hangpa perasan kat backdrop gambar aku paling hujung sekali (belakang sekali) adalah landasan kete api tu.

memang nostalgia tempat ni bagi aku. kaki pancing pun ramai melepak kat sini. banyak ikan kot.