Sunday, February 7, 2010

avatar

boring giler .. aku pun tak fahm apa best sangat citer ni sampai jadi filem terlaris dalam sejarah perfilemen dunia (titanic much2 better).

dan yang lagi aku tak faham ada member2 aku yang dah tengok 2,3 kali citer ni. apa ke benda bestnya citer ni? ada kata grafik 3D lah , imej visual canggihlah. bagi aku tak ada yang menarik. mungkin science fiksyenya terlalu advance sangat. sampai banyak sangat yang dah tak logik. aku siap tertido masa tengah tengok tadi. cuma 3o minit terakhir jer yang best masa tengah berperang antara tentera "pandora" dan manusia.

kalu ada orang ajak tengok seklai lagi , aku akan cakap tengok "adnan sempit" jerlah. aku pun belanja pun tak pa.

Saturday, January 23, 2010

hari ini - esok - minggu depan

aku balik ipoh hari ni. esok balik kl balik. minggu depan balik johor.
minggu seterusnya johor kembali dan bulan yang baru aku kembali ke dungun.
satu perjalanan yang panjang.. aku rasa.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan 1430H


Salam Ramadhan buat semua. Daripada Ishak dan keluarga. Semoga kita bersama2 berlumba2 untuk mencari keberkatan di dalam bulan yg amat barakah ini, insya-allah.

Thursday, July 23, 2009

Tuesday, July 21, 2009

OneDrop Perfumes - Promosi Aidil Fitri

Salam sejahtera. Lama lagi Aidil fitri ni, tapi skrg pon dah bln Rejab, dah nak masuk Syaaban. Pastu Ramadhan....seterusnya Syawal, insyaallah.

Sempena Aidil fitri tahun ni, aku nak mempromosi serba skit produk yg aku ada. Manala tau kawan2 di sini berminat ke. Tawaran ni dan harga kawan2 ni untuk kawan2 yg ada dan sesiapa saja yg melawati blog ni.

Harga pasaran 1 kotak (Set Biasa = RM40), (Set Celebrity=RM45)

Harga kawan2, 1 kotak (Set Biasa = RM38), (Set Celebrity=RM43)

Untuk kotak ke-2 dan seterusnya, dapat lagi diskaun RM2 setiap kotak.

Bagi sapa2 yg ada bercadang nak bisnes ke, nak jual2 kat member2 atau famili, leh emel aku untuk dapat lebih byk diskaun.
emel : ishakmh@yahoo.com
PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH MALAYSIA

SILA LAYARI BLOG RASMI KAMI

http://1dropperfumes2u.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

PPSMI -suatu pandangan telus, tulus ikhlas



Salam buat smua, ok man, turn aku plak nak coret2 kat sini. Ni yg best ni, kalu ada perbezaan pandangan n pendapat, barulah meriah suasana. apa kata org puteh tu, "the more the merrier". ok, ni pandangan aku sebagai warganegara Malaysia, bukan sbg kakitangan awam/guru/ahli parti politik dll.

Sebenarnya, aku bkn la anti sangat tntng BI ni, kitaorg kat ITM, skrg UiTM pon blja dlm BI (kecuali beberapa subjek je). Bagus bahasa ni, bole wat tmbah2 bahasa, yela selain BM, ataupun bahasa2 tambahan spt Jawa, Bugis, Banjar dll. Cuma, nilai ekonomi kadang2 memberi kelebihan, ehh selalu sangat lahh.. kepada BI. Kalo nk banding BI vs. BM, aku rasa, org Indon je yg betul2 guna n bangga ngn bahsa diorg, Tgok ajela kumpulan2 indi, grup2 diorg, Kertas la, Kotak la, selamba je kan? Kalu kita d Malaysia, Search (Mencari), Wings (Sayap), Rusty Blade (Pisau cukur berkarat) dll. Sekarang ni aje baru ada Hujan.

Nilai ekonomi sejajar dgn nilai antarabangsa sbg bahsa ilmu, bahsa perantaraan yg menyebabkan BI ni lebih digemari, terutamanya di kalangan org2 bandar, org2 korporat, org2 politik, org2 artis (hehe, jgn ada wartawan hiburan baca dah la), nnti silap2 1 tahun tak abis nak komen statement aku ni. Disebabkan tu, sapa2 berbahsa BI je, seolah2 dia mengangkat dirinya setingkat lbih tinggi drp org lain (broken English, tu blakang kira).

Yang jadi persoalan/tanda tanya ialah pelaksanaannya yg tak menyeluruh kpd semua skolah. mungkin ramai yg tau, n ada gak yg taktau. Hanya SK (Skolah kebangsaan, d prgkat skolah rendah) aja yg diwajibkan PPSMI ni, SJKC, SJKT terkecuali. Mereka hanya melalui proses PPSMI ini bermula skolah menengah. Org akan tertanya2 lagi, ni apa kes? ada yg wajib, ada yg diberi pengecualian. Ni agenda politik ke apa? Mangsa keadaan dah semestinya pelajar n ibu bapa mereka.

Org Melayu akan ketinggalan disebabkan mereka biasa berbahsa Melayu, terutamanya di sekolah2 rendah dan di luar bandar. Tak salah kalo nk guna BI dlm apa jua subjek, tapi perlu la sesuai ngn tahap umur, latar belakang famili dan lain2 la. Kalo Tgkatan 6 guna BI, memang patut pon. Diorg dah sama level ngn diploma/matrik. takan la dah nak masuk U / nak jadi graduan, masih mencari2 alasan tak pandai BI lagi. Jadi apabila pelaksanaan PPSMI diwajibkan kpd semua pelajar, tak kira tempat, negeri, ceruk rantau, tu yg mula timbul masalah demi masalah.

Nampak cam kelakar pon ada, yela......statistik kan ke boleh diubah2. Bagai nak rak dihebah hebohkan PPSMI berjaya sana dan sini, keputusan PMR, SPM semakin baik walaupun guna bahsa inggeris. Akhirnya? Terbongkar jua kegagalan dalam "kejayaan".

Satu lagi, mungkin org akan kata ini satu isu perkauman. Sebenarnya tidak. Bahsa Melayu adalah bahsa kebangsaan Malaysia, termaktub dlm Perlembagaan. Apabila penggunaan BM ni dikurang2kan, secara tak langsung fungsinya sbg bahsa kebangsaan, bahsa perpaduan akan luntur, pudar, lemah longlai, hingga tak bermaya. Cubala cari di mana2 media, menteri yg guna bahsa Melayu yg semolek2nya, kalau bukan Dato Seri Utama Rais Yatim. Sampaikan H1N1 pon disebutnya H Satu, N Satu. Betul2 guna bahsa kebangsaan. Artis pula, tak salah aku bekas guru BI, Adibah Noor jika disoal dlm BM, beliau akan jawab dlm BM sepenuhnya. Org lain? suka campur2, rojak2.... (dlm blog ni tak kesah la, sbb informal). Bila guna bahsa rojak ni, terutama di TV atau drama2 TV, seolah2 org melayu dah ilang kosa katanya, kurang sangat vocab. diorg dlm BM, walhal lahir sbg org Melayu, rakyat Malaysia.

Jika kita mengimbau sejarah, bagaimana "terhapusnya" tulisan jawi di Malaysia, baru kita akan tau. Itulah antara sebabnya kenapa pejuang2 bahsa (BM) sanggup turun padang, berdemonstrasi (setelah pandangan demi pandangan ditolak jauh2). Kalu ada parti pembangkang amik kesempatan, tu hal diorg la. Yg pntingnya pejuang bahsa tu nak sampaikan mesej kpd kerajaan dan semua orang. Ni aku lampirkan skit tentang "penghapusan" tulisan jawi, siapa beliau tu, leh carilah sendiri, dah arwah pon menteri tu.

"Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular.

Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali dengan tajaan dari pihak-pihak tertentu"

(http://ms.wikipedia.org/wiki/)

Apa kena mengena tau jawi ke tak tau jawi? ramai yg tertanya2. Jawapannya senang je. tulisan jawi tu ada huruf2 spt di dlm Al-Quran. Tak tau baca jawi, kemungkinan tak tau baca Al-Quran pon ada. Itulah yg amat2 ditakuti terutamanya oleh pejuang2 bahsa supaya BM tidak akan menjadi bahsa yg tak ubah spt melukut di tepi gantang......dan biarlah ia tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan walaupun mengharungi pelbagai zaman.

(sila komen, "no heart feeling" jika komen kawan2 berbeza)



sekolah sekolah sekolah

kiranya malam ni sepatutnya aku pergi tengok 2nd game man u lawan malaysia kat bukit jalil. teruja pulak bila baca komen kat newspaper pasal game sabtu lepas. tapi apa nak buat aku seriously injured main futsal semalam , jadi niat tu aku terpaksa tolak tepi.kaki lagi penting. tengok kat superspot jer.

game sabtu lepas bukannya aku tak nak pi tengok , tapi last time tengok malaysia main lawan man u 2001 kat bukit jalil yang kena belasah 6-0 tertutup hati aku nak pi tengok. masa tu main macam cipan, kelam kabut. game sabtu lepas nampak teratur sikit. kudos to rajagopal and team player.

dua tiga menjak ni , tak der citer lain balik-balik citer kementerian pendidikan. dah macam jadi citer sensasi pulak. start dari PPSMI yang announce cancel english , sampailah ke cadangan nak hapuskan UPSR sehinggalah yang terbaru hari ni pendedahan..sorang mamat dari kementerian ni bahawa 52,000 pelajar tahun satu tak tahu membaca.

aku rasa kalu aku ni jadi menteri , benda-benda ni semua di hujung jari aku. tak payah nak tunggu tahun 2009 baru nak pi announce besar-besaran. this is all your bread and butter. terus cakap apa nak buat bagi mengatasi masalah tersebut.kalu tak tahu , maksudnya tak buat keje.

kalu turun padang pergi check kat sekolah-sekolah , tahun satu boleh dikira dengan jari berapa ramai murid yang tahu membaca terutamanya di kawasan luar bandar. sebabnya apabila naik ke tahun 1 , guru-guru dah beranggapan bahawa kanak-kanak ni telah diajar kesemuanya membaca dan menulis semasa pra-persekolahan (tadika). keje cikgu terus jer masuk gear auto-drive mengajar (anggap semua murid dah tahu).ini pengalaman yang aku lihat sendiri kat sekolah anak aku.

bukannya macam time kita sekolah dulu , masa darjah satu cikgu-cikgu kita susah payah nak pastikan kita semua ni tahu membaca dan menulis. senang jer jawapannya dulu tadika2 ni tak berapa famous. yang ada tabika kemas jer tapi tak semua yang mampu pergi.

kalu setakat buat annaouncement dan esok masuk front page , anak jiran aku pun boleh buat. tapi counter measures apa nak buat tak dak. bila tanya dok nganga tak tahu nak jawab. kalu ada pun ,jawapan yang diberi pelik dan tak tahu hujung pangkalnya.

sepatutnya kementerian kena kaji berdasarkan kelompok pelajar yang bermasalah ni , latar belakang , pendidikan pra-sekolahnya dan sebagainya sebelum datang dengan counter measure yang berbeza berdasarkan kelompok tersebut. pelajar kat bandar memanglah senang sebab emak bapak berduit boleh hantar anak kat tadika beratus ringgit sebulan. tapi tak semuanya effektif sebab ada sesetengah tempat ni banyak makan duit jer tapi kualitinya hampeh. korang semua ni kena ambil tahu jugak jangan dok biar bulat-bulat hantar anak kat tadika ni. buat spotcheck tanya cikgu-cikgunya dan guru besarnya. biar depa kalut sikit.kenapa kualitinya hampeh sebab tak pernah dipantau oleh badan berwajib. depa pun naik kepalalah.

satu lagi , pasal nak hapuskan UPSR,senang jer bagi cadangan. dah fikir habis ke. sepatutnya sesuatu benda yang dibuat itu perlu dikaji, diteliti datang dengan laporan keberkesanannya oleh pihak ketiga dan diperbaiki kalu ada kekurangannya dan dipantau berterusan bukannya main scrap macam tu jer. ini jenis orang yang lemah, tak ada vision dan nak keje senang ker. ni pun anak jiran aku boleh buat. tak payah bayar gaji mahal-mahal. kita dibayar gaji untuk buat keje , bukannya dok melilau tak tentu hala. semua nak tunjuk terrer overshadow masing-masing.

aku dok tunggu jugak depa ni tak nak announce ke hapuskan spm pulak , dengan alasan lambat sngat nak tunggu budak-budak ni masuk keje. tak pun pasal add maths susah sangat sebab budak melayu tak boleh pi. entahlah..