Wednesday, April 15, 2009

lumut











sabtu lepas aku bawak parents dan hero aku berjalan ke lumut. kebetulan ada jemputan kenduri kahwin kat sri-manjung (dewan ikm). sori , syed masa terhad tak sempat nak singgah jumpa kau.

lumut dah banyak berubah dengan pembangunan yang amat pesat aku kira. adalah dalam 2 jam aku ronda kat sini sambil menikmati pemandangan laut dan minum ais kacang dari gazebo (cantik..) yang disediakan. memang sesuai untuk nak bercuti sambil relaks ,lari dari kesibukan kota.

dalam gambar tu jalan lengang tak sibuk (tak ada kete lalu pun), mungkin sempena keberangkatan aku datang melawat lumut kot. jangan marah aaa...

RM 7.00 sepinggan



sampai temerloh dalam 7.30 pm , renti sekejap solat maghrib. orang memang ramai. temerloh terkenal dengan keenakan masak tempoyak ikan patin. punyalah aku nak try . masakan dari sungai ni (kononnya fresh kot). kalu kat kl , dah 4-5 jam perjalanan mungkin dah start overage kot.

ushar semua gerai , harga standard RM 7.00 seketul. siap dengan nasi dan sayur sikit RM8.50. itu tak masuk air lagi. buat duit betul dia orang ni. lapar punya pasal (tak lapar sangat pun) , aku makan jer. rasanya .. korang semua kena datang dan try sendirilah. mana boleh semua nak citer.

Tuesday, April 14, 2009

pantai timur















aku ke pantai timur 3 minggu lepas , sorang-sorang gerak dari kl malam sabtu dalam 10.30 pm. dah biasa gerak malam , kete tak banyak cuma cabarannya hanya kabus tebal atas jalan dan macam biasalah .. tahu-tahu sendiri sudahlah.

biasanya kalu ngantuk , aku tidur dulu kat petronas (24 jam) dalam 1-2 jam sebelum sambung balik. biasanya aku stop kat temerloh atau gambang. tips jalan malam kat sini , biasanya area LPT akan start berkabus tebal antara 1.30 am - 4.30 am. bas tak kisah redah jer , cuma kete-kete dinasihatkan berhati-hati sebab kabus terlalu tebal dan menyukarkan jarak penglihatan.itu pasal aku stop dulu , dalam time zone macam ni.

lagi pun jalan kat LPT ni ada sesetengahnya tak rata (kena tutup sebelah untuk pembaikan). jadi kena kongsi jalan dengan arah yang satu lagi (bayar tol tak boleh nak kongsi pulak..pelik-pelik).

dalam 4.30 am aku sambung gerak , jalan clear betul dan aku boleh jejak kerteh dalam masa 1.45 jam dari temerloh. rekod baru ni. tak kisahlah , jalan kat sini pun dah banyak terang pasang lampu jalan.

dulu ada satu kawasan ni namanya bukit bauk (sebelum sampai politeknik), aku cukup seriau lalu kalu lepas tengah malam. kononnya kawasan ni tempat mangsa-mangsa kekejaman tentera jepun diseksa dan dibunuh. entah betul ke tidak aku pun tak sure.. biasanya kalu terlalu sini , aku pasang radio kuat-kuat dan pecut jer. tak pandang mana-mana lagi dah.

aku check in kat hotel uitm dungun. cool jugak , RM120 per night dengan sea view lagi (pantai teluk lipat). mana nak dapat tu. siap breakfast lagi dengan local cuisine , astro pun ada , welcome drink + free newspaper. sapa-sapa ada yang terlalu kat dungun ni , aku recommend boleh try check in kat sini. hotel-hotel lain pun ada tapi mahallah bayornya (salah satunya milik ex-artis 80 an datin zu-ghairi ada buat satu hotel beach resort kat tepi pantai ni).

aku stay dua malam kat sini (bercuti sambil menghilangkan "ketensenan keje"). tak ada sangat aktiviti aku buat sebab hari pun dok hujan jer. keistimewaan kat sini adalah nasi minyaknya dengan lauk ayam kari (RM 4.50 per plate). ada satu gerai yang paling sedap kat sini , lokasi tepi jalan dari arah paka menuju ke pekan dungun (sebelum lalu trafic light kat hospital dungun).

gambar kat atas tu masa aku nak balik , lalu kat paka. kat sini terletaknya pusat penapisan petroleum petronas (kalu lalu malam terang giler tempat ni..) macam siang. kalu ada duit syiling jatuh atas jalan , sure boleh jumpa punya , sebab cukup terang tempat ni. api yang dikeluarkan dari serombong penapisannya tu sentiasa terpasang 24 jam (termasuk waktu hujan). salah satu dari keajaiban dunia yang ada kat malaysia.

selain tu , pusat penjanaan tenaga elektrik milik YTL corporation.

Sunday, April 5, 2009

af .. tak relavan lagi

lama aku tak menulis. aku ushar blog ni dari jauh jer. aku nak tulis pasal af kali ni.

dah musim ke-7. mana transformasi nya? aku rasa raja lawak jauh lebih baik atau pun bintang rtm versi baru. apa pun af musim ke-3 yang terbaik dihasilkan. vote for m.nasir.

musim ke-7 macam2 aku nak komen. ini pertandingan lagu , bukannya pertandingan teater atau drama. jadi biarlah mereka2 yang pakar sahaja tentang lagu yang sepatutnya berada dalam pasukan. apa yang "pengetua" baru ni tahu tentang lagu. main citer sikit. kemudian timbullah komen entah apa2 pasal peserta yang dok kelas belajar tu (sampai naik blur dia orang ni)lepas habis konsert.

aku tengok dairi af , macam bagus jer nak komen peserta pasal pitchinglah , tonasi tak betullah .. sampai cikgu syafi dan siti hajar dok terkebil-kebil dengar komen dia.

lagi satu pasal dressing ... pakailah elok sikit. kalu macam ni aku pun nak register masuk af tahun depan pasal dapat pengetua seksi , macam mak datin. lagi satu pasal kasut pakai dalam kelas , kan ke umah tu , apa ke .. nya nak pakai-pakai kasut. common senselah sikit. yang penerbit pun satu , main ikut jer..

pemilihan lagu ? ke lautlah jawabnya. entah apa2 lagu yang dipilih. kononnya sebagai cabaran..piirah ... lagu pompuan kasi kat pelajar lelaki? kemudian bila pelajar kena belasah dengan pengkritik , cewah macam bagus jer pengajar dok defend pelajar (macam konsert malam tadi). dah macam sarkis pulak. pasal pengacara af ni , maleh aku nak komen pasai dok syok sendiri .. buat lawak gelak sendiri.

satu lagi , aku rasa kekalkan aar sorang saja yang layak jadi pengkritik. yang lain tu buat menghabiakan boreh jer. kritikan tak ada isi.

aku rasa af ni patut direhatkan dulu (buat macam word cup , 2 tahun sekali ke) supaya penerbit dapat perah otak fikir idea2 baru yang lebih segar sebelum af ni jadi sejarah masuk dalam muzium negara.

Thursday, March 19, 2009

Cantiknya Blog Page

aswbt..

cantiknya blog page. well done!

Wednesday, March 11, 2009

Resilient...

aswbt..

apa khabar semua. just to say hello.
hmm looks like the economy is expressing itself... no more lip service from our political master. the facts prevail about the state of our economy and region.

i hope that everybody is in good shape. spend wisely p/s: the economy needs our hard earned money in the syetem to bound its recovery. it may take years (more than 2 yrs as described by various literature)... resilient k.

take care everyone.

salam.

Friday, February 27, 2009

testing

salam, man testing hantar catatan utk blog ini, smoga hari jumaat yg mulia ini mendapat keberkatan kpd kenkawan lama smua.