Sunday, April 19, 2009

ahli baru



meor azman ada pencabar baru sekarang.
control handsome sikit bro ..

Saturday, April 18, 2009

anak kita tanggungjawab kita




malam tadi , masa aku isi minyak kat damasara , kecoh satu petronas. sampai ramai orang berkumpul.budak kecik terkunci dalam kete. parents nya aku rasa keluar bayar duit minyak ke atau beli makanan ke aku pun tak tahu. tinggal budak tu sorang dalam kete , enjin kete hidup pulak tu.

biasalah budaya malaysia , ada apa-apa kecoh berkumpul jer , menolongnya idak.
yang aku nak citer bukan pasal orang berkumpul , tapi perangai parent budak kecik tu. berpeluh-peluh nak buka juga kete yang dah terkunci dari dalam tu (kete dah terauto-lock). apa ke salahnya pecahkan jer tingkap sisi kete tu, keluarkan terus budak tu dari dibiarkan budak tu berpeluh-peluh ketakutan dalam kete. main pakai bahasa isyarat tanganlah suruh anak tu buka butang pintu. manalah budak tu reti (aku agak dalam 2 tahun umurnya). lemas karang , lain pulak citernya ..

aku dok perati dari jauh jer. apa pun aku dapat snap jugak dua gambar incident tersebut dari jauh (snap dekat karang , takut kena pukul pulak dengan mamat tu).

mamat tu pakai kete toyota wish (plat 3 nombor lagi) yang berharga dalam RM 140 K, takkan tak mampu nak ganti cermin baru yang harganya dalam RM300-RM400.00 tu jer. naik menyampah pun aku ada melihat kelakuan emak bapak yang tak reti nak jaga anak ni.. yang satu xxxx pergi tinggalkan anak kecik dalam kete tu sorang-sorang sapa suruh. aku tak heran kalu dia orang tak pakai kete mewah , standardlah tengah gawat-gawat ni tak da duit nak buat budget. ini pakai kete mewah. aku budget adalah dalam 30 minit lebih budak tu terperangkap dalam kete tu sorang-sorang sampai kete tu boleh buka (dia sanggup balik ambil kunci pendua). keluar jer budak tu , aku tengok naik fobia budak tu berpeluh-peluh sambil menangis.

aku ingatkan diri aku jugak sendiri. tapi aku tak sanggup nak biarkan anak aku terkapai-kapai kelemasan sorang diri dalam kete sambil diperhatikan oleh emak bapaknya sendiri yang tak tahu nak membezakan yang mana satu lagi berharga dari nyawa anak dan sayang kete. bangla yang keje pump minyak tu pun cakap kat aku ,"ini orang tarak guna punya orang". tarak kesian sama anak.

entahlah , dunia sekarang dah terbalik. kete lagi berharga dari nyawa anak kot. inilah yang dikatakan "bior pape , asalkan bergaye". dalam maksudnya tu ..

nelayan seremban



pernah try makanan lain dari yang lain (yang halal ler..) macam landak , rusa , ayam kampung , ikan sungai dll.? kat kl ni payah sikit kot nak dapat.

cuba gerak ke seremban. dah banyak kali keluar kat paper dan tv pasal restoran ni. restoran nelayan (tapi bukan kat tepi laut..seremban yang ada laut kat PD jer). lokasinya arah menuju ke kuala pilah , selepas parkson traffic light nombor 2. belok kiri , berhadapan padang latihan bola sepak persatuan bola sepak negeri sembilan.

macam-macam ada. mostly masak lemak cili api. cuma mahal sikit kot pasal payah nak jumpa. semangkuk daging rusa RM 10.00. ikan sungai (kelah , keli , haruan , patin , kaloi dan jenis ikan-ikan lain yang tak pernah aku dengar pun ada , dalam RM 8.00-9.00 seekor. lain-lain macam daging landak , kancil dan burung puyuh.

cuma yang bagusnya , dia letak price tage pada setiap makanan , so pandai-pandailah kita budget sendiri nak makan apa , terutama kalu datang ramai-ramai.

last aku datang hari tu (lone ranger jer..), aku order ikan keli bakar , pucuk paku masak lemak cili api , telur masin , cendol dan air suam adalah dalm RM 13.00. aku ingat nak order daging landak , tapi dah habis time tu (lambat sikit habislah jawabnya..). tak pa nanti balik kampung aku try adjust dengan laki adik ipar aku (dia memang terrer bab-bab memburu landak ni). daging landak memang sedap dan lembut serta kurang kolesterol.

apa pun aku bagi 5 bintang sebab teramatlah sedapnya masakan kat sini ..

taman melawati



sekolah tempat maharnisah bertugas ..

Wednesday, April 15, 2009

pemain golf pro.



gambar fairuz azura aku cilok dari internet. aku rasa mamat ni dah jadi orang koperat kot sekarang. time ni dia tengah dok layan main golf.

baguslah kita semua tumpang bangga pernah satu kelas dengan dia dulu.

anak dah dua tu.

uitm sri-manjung satu masa dulu











kawasan tapak lama kampus uitm perak (sri-manjung) sekitar tahun 90an. sekarang kampus tetapnya dah pindah ke tronoh. tinggallah bangunan umah kedai ini sebagai sejarah.

pelakon azhar sulaiman (architecture), afdlin shauki (estate management) , abang sulung darling nasri (computer science) dan lokman noor adam (ex-ketua pemuda keadilan) pernah sekolah kat sini dulu. aku pun heran kenapa dibiorkan jer , tempat ni tak dibangunkan balik dan dibiarkan kosong bertahun lamanya. entahlah ..

lagi pasal lumut










ais kacang semangkuk RM 3.50. sotong goreng tepung , RM 1.50 seekor. hero aku minum fresh orange (gelas besar) RM 2.00. gerai-gerai jual makanan laut dalam packet pun banyak. aku belilah sikit sotong packet dan sate ikan. enam bungkus RM 10.00. pilih-pilih campur-campur pun boleh.