Sunday, February 15, 2009

eehh .. ada kenduri kahwin ke?



banyaknya kete beratur ..
tunggu ..

Thursday, February 12, 2009

jalan parit-rpt sri iskandar



ada sapa-sapa yang tahu "citer" bila lalu jalan ni waktu malam?
jalan ini merupakan short cut dari parit (bermula dekat belakang umah tun mohd asri) terus ke sri iskandar , keluar kat balai bomba.

tak payah lagi ikut jalan biasa melalui bukit chupak , padang tenggala terus ke bota kanan. menjimatkan masa perjalanan selama 45 minit untuk ke sri iskandar.

aku dah try sekali lalu hari tu tapi waktu sianglah. waktu malam , entahlah ..
aku dah dengar citer dari kawan kita xxxixxx xxxx , meremang juga bulu tengkok aku bila dengar , especially bila lepas kawasan ternakan kambing berkelompok tu.

malam ni malam apa hek...

Wednesday, February 11, 2009

misteri lagi ..



dulu-dulu zaman masa aku sekolah kat taiping (90's), citer ni sungguh famous untuk pengguna-pengguna kenderaan yang lalu lebuh raya utara selatan , jelapang ke kuala kangsar.

selepas melalui terowong menora (menghala ke kuala kangsar) , biasanya tiba-tiba muncul satu kete volkswagen kuning bergerak perlahan di hadapan kete anda. yang peliknya setiap kali anda cuba "cilok" dan berjaya "cilok" volkswagen ni , tiba-tiba dia muncul balik di depan kenderaan kita.

kes lain pulak , volkswagen ni tersadai di tepi lebuh raya selepas terowong ni. ada wanita yang melambai di tepi jalan meminta bantuan pertolongan. satu kes lagi volkswagen ni lalu tepi kenderan kita tanpa ada pemandu di dalamnya.

maleh aku nak buat ulasan seterusnya , cuma ..
jangan biarkan diri anda diselubungi "misteri"...

Tuesday, February 10, 2009

reunion buat kat parit ..






aku cadang nak tubuh ahli jawatan kuasa untuk projek reunion kita tahun 2009.
ada sapa-sapa nak joint ?

aku perlukan setiausaha , pengelola majlis , pengendali makanan dan minuman , tempahan penggunaan dewan di parit , akauntan untuk dana dan pengelola jemputan tetamu.

umah artis yang aku tahu ..






ini antara umah-umah artis kita yang aku tahu kat kl ni. yang atas sekali tu umah dato k (dan siti sekalilah bagi sikit kredit..) kat bukit antarabangsa , hulu klang. lokasi : naik terus panjat bukit antara bangsa tu terus turun bukit sampai ke petronas belah kanan (ada giant depannya). belok kanan lalu deretan kedai-kedai yang ada terus turun bukit dan belok kiri. umah dia selang 2 baris dari simpang tu.

banglo yang macam dalam kaca ni , umah yusri kru dekat dengan utm jalan gurney. tapi aku rasa dia dah jual umah ni lepas dia .. dengan erra dulu. aku tahu pun , pasal neighbour sebelah umah yusri tu mertua kakak aku. kiranya aku biasa juga jalan kat sini cuma jarang nampak kete dia kat laman umahnya. dia balik dok ngan family dia kot kat melawati.

lain-lain , umah double storey raja azura "sinar fm" kat seksyen 13 shah alam (depan stadium bola shah alam). lokasinya simpang yang mula-mula masuk ke kiri dari persiaran kayangan (bulatan) depan stadium menuju ke deretan umah kedai. aku tahu pun pasal anak raja azura ni classmate dan "geng bas sekolah" dengan hero aku masa kat tadika seksyen 13 ni. kalu tak , haram aku tak tahu. apa pun laki dia ok , dan aku selalu tegur-tegur macam tu jer masa ambil anak aku kat tadika masa balik keje.

cuma yang aku tak tahan , masa konvo anak aku kat bangunan SUK selangor , aku siap berebut-rebut dengan "makcik" tu snap gambar hero masing-masing pasal tempat dan kawasan terhad. aku buat derk jer , peduli apa aku kau artis ker apa ker. janji aku dapat tangkap gambar hero aku. laki dia aku tengok cool jer duduk baca paper. gambar atas sekali tu , hero aku diapit oleh anak "ra" yang pakai songkok dan polysterene warna merah.

inilah kelainan sikit tourist attraction yang aku ada dan boleh citer buat sesiapa yang jadi guest aku kat kl ni.

Monday, February 9, 2009

dah try belum ... ipoh-kuala berang








ada sesiapa yang dah try bawa kete lalu menembusi banjaran titiwangsa membelah 4 negeri (perak , pahang , kelantan dan terengganu)? mesti kena cuba ..

ini merupakan lebuh raya barat-timur kedua untuk penduduk pantai barat yang hendak ke pantai timur. kiranya alternatif ketiga untuk orang ipoh yang nak ke pantai timur (ipoh-gerik-kota bharu) atau ipoh-kl-kuantan-k.terengganu-kota bharu.

aku dah try tapi setakat ipoh-simpang pulai-cameron-gua musang-kuala kerai dan k.terengganu sahaja. jalan memang clear , kiranya highwaylah , macam lebuh raya timur-barat. ada empat lorong (pergi-balik). dari simpang pulai-cameron (1 jam). cameron-pos slim-gua musang (2.0 jam). pemandangan gunung ganang di kiri kanan jalan memang cantik bro. kiranya nak layan drift tu bolehlah ..

sebelum sampai gua musang akan ada 3 persimpangan untuk dibuat pilihan. nak ke jeli kelantan boleh , nak ke umah siti nurhaliza pun boleh (kuala lipis) dan terus ke kl. nak ke kota bharu aka via through kuala krai pun boleh.

pekan gua musang ni takdalah besar mana , kiranya macam pekan lumut jer. dari gua musang gerak terus menuju ke laluan ke kuala krai adalah dalam 30 minit sebelum jumpa simpang sebelah kanan (siap ada signboard besar lagi) , arah menuju ke felda aring (kena lalu felda ciku dulu) dan taman negara kuala koh , kelantan. felda aring ni kiranya kawasan ladang kelapa sawit. umah orang kampung pun boleh bilang dengan jari , itu pun kalu ada. yang menraiknya , nanti kita akan jumpa satu post guard yang mana ianya merupakan pintu sempadan antara kelantan-terengganu (di kawasan tengah-tengah hutan). menarik tu..

jalan ini belum diwartakan oleh gov lagi. kiranya sapa nak lalu jalan ni atas risiko sendiri (masih dalam pembinaan dan dijangka siap 2010). risiko sendiri maksudnya ; tiada bantuan kecemasan di tengah jalan , tiada talian coverage , tiada lampu jalan , dan sendiri mahu ingat kalu lalu waktu malam .. jalannya pun ada yang bertar dan ada yang masih jalan tanah merah dan berbatu-batu (dalam 14 km).

itu pasal aku tak nak ambil risiko dulu waktu lalu kawasan ni , walau hati aku teruja nak try juga jalan baru ni dari dulu lagi. itu pun aku ambil panduan atas nasihat budak kilang aku yang ada tinggal kat area-area sini.jalan kat sini memang sunyi giler. tahun lepas pernah ada keluar "front page" dalam harian metro , sepasukan unit imigresen yang dalam operasi memburu PATI kat area sekitar tasik kenyir ni terdengar suara wanita mengilai di dalam kawasan hutan tebal ini. suara ini juga didengari oleh PATI tersebut yang membuatkan mereka lari ketakutan dan menyerah diri kepada pihak berkuasa. salah seorang pegawainya yang terlibat dalam operasi tersebut "bertuah" dapat menyaksikan satu lembaga berdiri di atas pokok mengilai dengan mengeluarkan suara yang menyeramkan melalui lampu suluhnya.

apa pun dari gua musang-felda aring terus ke tasik kenyir mengambil masa (catatan tidak rasmi) , 2.5 jam. kiri kanan hanya ada hutan tebal. satu yang menariknya sebelum sampai ke kenyir , kita akan disajikan dengan pemandangan tasik kenyir di sebelah laluan tersebut.

sampai di kenyir , anda boleh memilih untuk bermalam di tebing tasik kenyir (tasik kenyir country resort) atau meredah pulau-pulau di sekitarnya sambil menikmati keindahan alam semula jadi (aku dah pernah overnight kat sini) atau terus ke pengkalan gawi dan keluar di pesimpangannya. anda boleh memilih ke k.terengganu (belok ke kiri) atau ke kuala berang ,hulu terengganu (belok ke kanan) terus ke pekan ajil , bukit besi , dungun atau terus ke kuantan dan kuala lumpur melalui felda jerangau jabor (laluan yang aku jumpa hantu hari tu).

yang aku dengar citer jalan ni memang tak akan dikenakan tol nanti ..

jersi bola konon-kononnya ..




mas , kau dulu main bola team sekolah (defender) pakai jersi nombor berapa ?
aku belasah jer nombor 4 .. betul kot.

aku buat satu jersi khas untuk anak kau tengok , macam mana abahnya pakai dulu.