Monday, February 9, 2009

oh kome , deghoyan dah bebunge ..



layan jer , lagu klasik ni.
dalam maksudnya ..

ditangguhkan ke april 2009






sabor ajerlah ..

kejor yob kejor



layan jer semua .. tengah panas-panas kat ipoh ni.
lalalala .. kejor yob kejor .. yob cepat sape dulu dapat duduk office mb perak.

Wednesday, February 4, 2009

AKHIRNYA AKU BERJAYA

Salam semua,
Mintak mahap krn menunggu dari tahun 2008 till 2009 baru baru aku blh jwb prsoalan kekawan semua.Man bgus jugak hang mengistigharkan blog ini. Sekurang2nya boleh kita mintak halal mkn minum , duit dan sebagainya. Firstly aku nk jwp Lina san punya quest"n
1) Masa bila pulak aku ada kenalan dgn RPS ,convent ada la. La ni jadi wife org utara , aku jumpa
kat sintok.
Last week aku ada jumpa Byung , dia masih hensem, Dulu gosip dia Narimah,X tringin ke nak
jumpa.
2) Mior awat posing trtongek ? Bila hang nak balik kampung.
Aku ni try aje. Kalu senang aku coret byk sikit. Man Badrul Hisham ada jumpa ka.
Lastly Sharifah Adlina still cute ke.He.he

Thanks.

Tuesday, February 3, 2009

bangku bergerak sendiri ..

citer hantu lagi. pengalaman aku seterusnya berlaku dalam tahun 2005. kali ni kat office aku sendiri.

kadang-kadang aku keje stay back sampai lewat malam , habiskan tugasan. kadang-kadang aku keje masuk shift (kilang beroperasi 24 jam) melihat pergerakan operasi section aku.

ada sekali tu , dalam jam 10.00 pm masa aku tengah habiskan keje depan pc (aku sorang jer kat office masa tu) bangku yang terletak berhadapan tempat keje aku (adalah dalam 3 meter) bergerak dengan sendirinya (bergerak undur ke belakang) depan mata aku sendiri. siap ada bunyi lagi masa bangku tu bergerak dan bunyi macam ada orang duduk atas bangku tu. posisi bangku tu pun beralih dari kedudukan tersimpan dalam meja ke kedudukan luar dari meja. setahu aku , aku tak ada belajar magic yang boleh buat bangku bergerak dengan sendiri. heran aku .. masa tu bulu roma aku dah naik meremang kat tangan dan tengkuk aku. siap dah , dia dah mai tu..

aku perasan kejadian tersebut , tapi tak takut sangat sebab aku onkan semua lampu (jadi terang gilerlah office tu). last-last aku blah terus , shut down pc kemaskan barang atas meja lepas tu chow terus balik. orang-orang lama kata , "jangan tegur".

kadang-kadang tu (waktu yang lain pula) , aku terdengar bunyi orang berlari tepi koridor office aku (time lampu pasang kat office), tapi orangnya tak ada. mungkin dia tak suka aku keje sampai lewat malam kot.

"jimatkan elektrik , anda mampu mengubahnya"

mee combat satu ...




on the way balik kl , aku stop jap kat taiping. perut pun dah lapaq giler , siap hujan lebat lagi. ada tempat menarik ke untuk makan kat taiping ni ?

masuk bandar taiping , gerak terus ke bangunan larut matang (kat tengah-tengah bandar taiping . kiranya macam arked MARA) , bersebelahan dengan pasar basah (tempat orang jual ikan). sasarkan sasaran anda ke gerai "mee combat" @ mee goreng mamak kat tempat gerai terbuka bersebelahan bangunan tersebut. mai kena sepinggan.

wife aku malu-malu nak makan konon , yelah tempat gerai berselerak. tak tahu nak order apa. aku order mee combat sepinggan (RM 3.00), popia basah 5 ketul (50 sen seketul) dan "satay basri" (40 sen secucuk ... ada lagi harga murah cam ni , isi masih besar ?), air kelapa , air limau suam. bring back the good old days punya memory zaman aku dulu-dulu.

dah try sekali , last-last wife aku yang makan 3/4 dari mee combat yang aku order tu. tak palah , aku biarkan jer. tu lah penangan mee combat taiping.

hero aku mogok makan satay jer (penat sangat travel jauh kot).

tasik bukit merah



tasik bukit merah .., exit tol bukit merah kemudian belok kanan selepas jumpa traffic light. 200 meter dari situ terletaknya bukit merah lake town resort (tan sri mustapha kamal yang punya).

aku tak nak citer pasal resort ni (kena bayar dulu baru boleh masuk gi tasik dia). ini citer pasal free viewing kat tepi jalan lama menuju ke pekan selama (30 km dari exit tol tersebut). adalah dalam 10 minit dari tempat tu , terdapat satu kawasan terbuka pemandangan yang indah tasik ini. aku park kete tepi jalan pun macam ngam-ngam , nak sama level dengn air tasik.

yang bestnya kat atas tasik ni terdapat satu landasan kete api (macam tambak johor) menyusur dari hujung tasik ke hujung tanah besar ke arah taiping dan jalan lama selama. kalu hangpa perasan kat backdrop gambar aku paling hujung sekali (belakang sekali) adalah landasan kete api tu.

memang nostalgia tempat ni bagi aku. kaki pancing pun ramai melepak kat sini. banyak ikan kot.