Sunday, November 16, 2008

10.00 am suatu ketika dulu



kita pernah "menapak" sepanjang jalan ini untuk ke kantin sekolah masa rehat.
waktu time belajar kat blok c.
tapi ada jugak , yang maleh menapak , gi makan kat kantin sekolah kebangsaan parit (sebelah blok kita).

Saturday, November 15, 2008

Ex-Bangunan Blok B







cikgu-cikgu dan staff srk iskandar shah parit



pengenalan cikgu-cikgu dan staff srk iskandar shah parit ,

depan bermula kiri : c.rogayah (allahyarham) , miss tong , ustazah fatimah , c.ishak , cikgu (aku dah lupa ex-penolong kanan , allahyarham jugak) , c.bukhari (ex-guru besar),c.hassan ,c.hanif , c.ghazali (allahyarham),miss chand kaur,c.roziana

kedua kiri : cikgu (dah lupa) , c.asmah , c.saniah , puan aini kerani sekolah , c.fatimah , c.johara , c.sharifah , cikgu (dah lupa) , cikgu (dah lupa) , c.normah , miss (dah lupa) , c.hamimah (sarawak) , cikgu (dah lupa) ,

dari kiri barisan belakang : mariapan , pakcik ramli (referee bola) , pakcik jamaluddin , abang din kerani , c.nazri , c.zainun , c.mahmud , abang (dah lupa , ajar main takraw) , ustaz hashim

kisah sebuah report card



ini lah penanda aras masa kita belajar dulu-dulu.
emak aku yang masih simpan elok lagi sampai sekarang.

lain-lain di parit











pekan parit dari udara


kisah di sebalik akan datang










aku tak nak komen apa-apa dulu.
tunggu komen daripada yang empunya diri yang pernah duduk kat umah
ni suatu ketika dulu ..

gambar yang nombor 4 tu goyang sikit (gambar2 yang lain ok pulak), sebab masa aku nak mara masuk ke dalam umah untuk snap few more photos , bulu roma aku dah start naik 90 darjah. tu yang cancel tak jadi masuk , terus jer aku gerak balik. macam ada benda dok perhatikan aku jer dari kawasan sekitar umah tu.lagi pulak time tu hujan renyai-renyai tengah turun.

sebelum sampai kawasan ni , aku ada sembang dengan sorang pakcik yang tinggal agak jauh dari kawasan umah ni. beliau sempat sedikit sebanyak menceritakan pada aku tentang sejarah umah tu (mungkin dia dah duduk lama kot kat area situ).
menurut beliau dah hampir 4 tahun umah tu ditinggalkan tak berpenghuni. aku tanya kenapa orang tak roboh jer umah tu , sebab dah tak ada orang duduk. pakcik tu senyum je kat aku (membuatkan aku blur sekejap ..).

aku ingat nak snap gambar pakcik ni untuk load dalam blog kita , tapi beliau menolak (mungkin dia ingat aku nak buat double impose gambar dia kat internet kot). tak da pakcik saya jenis orang "baik punyer".

sebagai langkah keselamatan , aku gi tempat ni jalan kaki sorang-sorang (kete aku park jauh kat luar). kononnya petua dari aku , kalu ada "benda" nak ikut balik dia tak jadi nak ikut sebab aku jalan kaki.. dia akan complaint penat , jalan jauh.
entah yer ke idak (teori aku jer ni). dah macam "seekers" pulak aku ni..heheheheheh

sampai kat kete , aku lepak jap dalam 5 minit sebelum gerak terus tinggalkan tempat tu. alhamdulilah , semuanya selamat.
ini semua aku lakukan demi kerana mu iskandarian86.