jalan nak ke mana ni ...
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 11, 2008
kedai tok mudim
kat atas ni gambar kedai atuk fairuz. dulu time kita kecik-kecik,dia jual gula-gula,snek,air minuman dll.yang paling aku ingat dulu masa tahun 86 , kedai ni ada jual sticker bola world cup 86 (yang tampal penuh dalam buku khas tu. kalu penuh tukar kat kedai dapat hadiah).
sekarang ni dah tukar pemilik kot.aku nampak ada pemilik lain , jual top up pre-paid jer.
by the way , ada sapa-sapa tahu fairuz azura berada di mana sekarang?
last aku dengar msa 90's family di pindah ke grik,perak.)
parit 2008
kerana mu iskandarian : bahagian II
gambar atas ni , kedai basikal kat pekan parit (sebelah caltex , berhadapan kedai gunting india)
kat sinilah dulu,bila basikal rosak kebanyakan budak hantar repair kat sini.tokeh cina tu masih tinggi tu jugak (mulut dia bising,tapi dia ok).aku rasa kedai dia ni satu-satunya kedai basikal kat dunia yang ada jual ubat (two in one).
kerana mu iskandarian
aku balik ipoh jumaat lepas.
rutin bulanan melawat ayah dan emak aku.
aku memang plan nak ke parit pagi sabtu,nak snap sebanyak
mungkin gambar-gambar kat parit.
dah rezeki aku,aku contact arbaiyah dapat jugak akhirnya (kali ke berapa aku pun tak ingat dah..kejap tu aku call dia tengah driving,kena saman dengan polis kang, bayah suruh aku pulak bayor nanti).
kredit kepada narimah yang beri aku contact number bayah sebelum ni.
berbual lebih kurang , bayah forward nombor-nombor yang dia ada.
dapatlah aku perluaskan jalur lebar iskandarian86 kepada zulkarnain,raja ahmad dan zafrina.aku ingat nak jumpa zul petang sabtu ,pekena teh tarik kat gerai mengadap pulau cempaka sari tu..syahdu tuu.
tak da rezeki kot , zul ada hal keluarga di manong.lain kali jerlah kalu aku ada ke parit nanti.
apa pun aku mengisi masa selama beberapa jam di parit untuk snap gambar-gambar yang mungkin boleh buat hangpa semua tersenyum sorang-sorang mengadap pc.
apa pun aku salut pada zul,dia sms subuh-subuh kat aku nombor-nombor syed,maswani,lan batu 7 dan khir.pukul 6.20 am tu ..(sejuk perut emak kau zul mengandungkan kau..solat subuh tu).itu yang membuatkan aku lagi bersemangat nak buat reunion ni..
Tuesday, November 4, 2008
2.15 pm
aku cuti hari ni.lepas ambil hero aku dari sekolah,aku ajak dia makan dulu kat seksyen 10.tengah sedap menyuap,sms masuk.narimah dikesan pada jam 2.15 pm.
aku dah lama tinggal message kat facebook dia,tapi tak de reply2.
aku ingatkan dah tak aktif lagi kot makcik ni.
dulu masa time sekolah,selalu kena usik dengan abang meor azman kite ..
apa pun bertukar sedikit sebanyak informasi dengan narimah.
sorilah , tak dapat sembang lama.aku bukannya jenis mat skima , tapi masa bertugas , tetap masa bertugas.kena respect masa keje masing2.itulah aku punya prinsip selama ni.macam bagus jer aku ni..
macam mana aku dapat kesan dia ? hehehehe..soalan yang sama macam
adlina tanya aku sebelum ni.
jawapan aku , "dunia di hujung jari anda"

Subscribe to:
Posts (Atom)