Saturday, November 15, 2008

hari penyampaian hadiah



boleh kenal lagi tak , wajah-wajah seperti dalam gambar di atas ..

Lagi Gambar Ex-Blok C








ini ajalah yang tinggal sekarang. padang kecil yang ada tepi kelas kita dulu dah jadi umah bangunan warna pink (asrama perempuan budak sekolah menengah sultan muzaffar shah , parit).
aku rasa kelas kita dulu darjah 6 , ialah di kawasan tengah-tengah bangunan warna pink tu.
gambar nombor 2 dari atas , tepi bangunan tu dulu , tempat kita parking basikal tepi kelas. cuba ingat balik , loceng basikal siapa yang favourite selalu kena main loceng dengan budak-budak kelas kita .. sapa tahu , cepat.

warisan kapal korek








kalu ada sesiapa yang nak bagi introduction ilmu alam kat anak2 korang yang tak pernah menengok apa kebendanya tu yang dinamakan kapal korek (kapal yang korek bijih timah kat lombong) , boleh ler berkunjung ke tanjung tualang (60 minit dari pekan parit). jalan menghala ke kampung gajah , ikut batu gajah.

terdapat peninggalan kapal korek yang terakhir di semenanjung malaysia.
inilah satu2nya kapal korek yang tinggal untuk tatapan generasi akan datang.
kawasan ni dah jadi tourist attraction, dia saja biar kapal ni half floating kat dalam lombong ni (ala2 titanic gitu).

bayaran masuk/naik kapal korek ni RM10.00 per head (dewasa).
tapi buat yang lemah semangat , aku nasihatkan baik nengok dari jauh jer.

kenapa? sebab last sekali kapal ni dibiarkan bergolek dalam lombong ni tanpa penghuni , adalah tahun 1982 !!!. bermakna dah 26 tahun kapal ni dibiarkan kosong tanpa penghuni. korang faham2 jerlah maksud aku ni.
memang tuan punya tempat ni saja biarkan kapal ini dalam keadaan asal , tanpa diuruskan (dibersihkan atau sebagainya). saja nak nampak real agaknya.. entahlah.
alhamdulillah tak ada benda2 lain pulak muncul dalam gambar aku tu ..

iklan sekejap




gambar aku masa tengah bakar lemang di petang menjelang hari raya puasa 2008
amacam ada gaya bakar lemang tak ..

Friday, November 14, 2008

tribute kepada allahyarham ahmad qadri





ahmad qadri telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya...
aku tak pasti tahun bila .. mungkin dalam 90's.
kalu ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang berita kematian arwah,tolong maklumkan di blog atau post comment.

atas permintan seseorang , aku tunaikan juga hasrat untuk melihat bekas tapak umah allahyarham.

kita sedekahkan al-fatihah kepada rohnya.
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
al-fatihah

Tukaran Akan Datang



ingat jangan tak ingat ..

posing depan umah lama tun mohd asri




gambar-gambar di atas aku snap masa sehari sebelum raya posa yang lalu.
al-kisah , mamat yang kat sebelah tu adalah traveller dari taiwan (back-packers).
dia tengah buat xpdc naik basikal keliling semenanjung. nama dia .. we lin tak silap aku.

pendekkan cite aku jumpa dia 3 kali dalam masa satu hari (kebesaran kuasa allah).

1st time aku jumpa dia di ipoh pagi tu (dia tengah sesat cari jalan nak ke super kinta (ada lagi ke emporium ni yeop..).
aku dengan bangganya sebagai rakyat malaysia yang prihatin , guide dia dengn kete aku dari bank negara ipoh ke super kinta.entah mende dia nak cari kat sana , aku pun tak tahu.

second time aku jumpa dia lagi kat jalan nak ke lahat , dalam tengah hari(masa tu aku on the way nak ke parit , projek bakar lemang kat umah arwah opah aku). pakcik-makcik yang berhenti kat traffic light pandang semacam jer kat kete aku (mamat taiwan ni siap selamba sembang2 dengan aku atas basikal tunggu lampu hijau on, sambil pegang kete aku).

kali ke-3 aku jumpa dia masa aku gi pasar kat parit (cari kelapa).aku siap kejar dia lagi,untuk snap gambar dia.last2 berhenti depan tapak umah lama tun.
kawasan umah tu dah convert jadi pusat gerakan umno. umah lama tun aku rasa dah kena roboh.sebelah tu siap da gerai makan lagi (jual tom yam)

sebagai penghormatan untuk tapak umah lama tun ,wife aku pun tolong snapkan gambar kami berdua.

lepas bergambor , mamat taiwan ni meneruskan perjalanan ke bruas (dia nak tengok kawasan tapak kerajaan beruas , gangga negara). lepas tu aku terus tak dengor cite dari dia sampai ler ke hari ni.